Saturday, September 20, 2008

Entri Balik Kampung

ASSALAMUALAIKUM..
Aku tengah buat assigment tapi tiba2 rasa nk create new entry pulaks! Owh.. assigment aku cuma dah nk buat rumusan je.. jgn ckp aku tak fokus ye! hehe.. Aku cam tiba2 seronok je... Almaklumlah minggu depan aku BALIK KAMPUNG!!! yea!!!! Wah, memang seronok segala bagai.. (upss!!!!!) Lepas tu mula la aku nk buat perancangan yang agak NAKAL.. hihik.. Orang yang pertama sekali nak aku call nanti bila dah sampai kampung ialah EFFA..pastinya aku nk buat dia jeles sangat2 sbb aku dah kat kampung.. hihik... Dorang ni semestinya masih kat kolej lagi... haha!! JAHAT!!!
NOTA KAKI
Aku dah sem 7 dan semestinya aku tak banyak kelas semester ni, jadi, kelas aku yg terakhir ialahhari selasa ini, 23hb9.. dorang2 yang semester 1 ni mestilah kena balik hari jumaat sebab kelas dorang2 ni FULL ... masa nilah aku nk macam ala2 berlagaks cikit.. maklumlah balikraya awall....
WALLAS!!!!!
Lepas tukan... Mestilah kat kampung aku timing berbuka dia awal sket drpd timing Perak.. So, masa ni lah aku kena memperbanyakkan top up aku dan call dorang2 kat sana memberitahu bahawa aku tengah pun nyum2 sewaktu dorang2 ni termenung kat meja makan tunggu waktu berbuka!!!! kui2... Ha... bagus x aku sebagai kakak senior? BAGUS bukan? Kali ni aku tak akan biarkan dorang2 ni buli aku lagi... OOoooo..... mentang2 la akak kecik hangpa buli ya... Kali ni rasa kan Eksyen Kamen!! haha... memang JAHAT!!
NOTA KAKI LAGI..
Aku sorang je semester 7 kat umah ni, memandangkan aku asyek2 di'buli', aku pun membawa askar tambahan, iaitu Nadia Yuna melepak kat rumah aku yang cantik ni.. Tapi, bukan boleh harap pun si Nadia Yuna tu, dia pun kena 'buli' sekali.. Apala.. tak senonoh je... Sebenarnye aku tau dorang2 ni sayang kat aku, sayang nk lepaskan aku pergi praktikum dan sekaligus meninggalkan rumah yang cantik ini tahun depan... sebab tulah terus-terusan gejala 'buli'membuli' ini berlaku diantara aku dan dorang2... hehehheee... Lantak kome lah.. Seronok bersama dorang2 kat rumah ni...Happening dan memang Happening!!!
Disebabkan aku dah nk balik kg pada Selasa ini, aku kena siapkan suma keje2 aku dalam minggu ni jugak la... Adui.. agak penats.. tapi takpa..nk balik kampung ni... SEMANGAT!!!!! Yea!!
(sebab nk balikkampung, dalam tido pun boleh senyum2..hihik..) =p
Oklah.. masa dah cukup.. takleh lama2 kat tenet.. nnti keje tak siap pulak..
p/s:
Entri ini hanya ada kena mengena dgn housemate rumah aku yang cantik je.. Jd, yg TERPAKSA lewat tanpa sengaja untuk BALIK KAMPUNG tu, memang takda kena-mengena dengan entri yang dipublishkan ini k.. Kepada yang terpaksa beraya di perantauan, saat-saat itu nanti akan menjadi KENANGAN yang paling berharga untuk disimpan di dalam kotak ingatan..
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
SELAMAT BERPUASA
&
SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Sekian, Wassalam

Friday, September 19, 2008

Keluaran Khas

Gambar ini menunjukkan tikus2 aku dan Nadia Yuna yang bersahabat baik & SEKALI-KALI takda kena mengena dengan tikus2 orang lain yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.. Sekian.



Entri ini ditujukan KHAS buat Nadia Yuna segala bagai..hehe


Aku tadak mood nk update panjang2 la mek.. otak jem dah ni ada lagi 1 assigment aku baru dapat.. Kansel rancangan aku hujung minggu nie.. Sebelum aku lupa, aku nk ucapkan
T E R I M A K A S I H kerana menjaga bilik aku dengan baik sekali sepanjang tiga hari dua malam aku takda.. kui2.. Kalo macam ni, aku lantik ko jadi guard bilik aku nih, kira merangkap KETUA GUARD bagi pak guard dan mak guard kolej ni la...hehehe..
ok x? ( just kidding mek !!!)


Aku bangga dengan ko..hikhik!!!




SEKIAN, WASSALAM


Monday, September 15, 2008

Terasa nk letak gambar sendiri pulak!


Dah pagi.. aku baru lepas edit dan betulkan Latihan Ilmiah, lepas sahur kena la cover tido.. tiba-tiba pulak otak aku ligat malam td.. Alhamdulillah siap jugak draf bab 2 dan bab 3.. hehe.. dah gumbira kena la buat wallpaper cantik.. kali ni aku taruk gambar ni pulak untuk laptop aku.. ekekee...sonok!!!!
Oklah.. nk sahur pulak..
Selamat Bersahur..
Wassalam

Thursday, September 11, 2008

Musibah

Salam sejahtera..
Mase tulis entri ni, aku baru je balik dari hospital Ipoh.. Penat sangat dua hari kat sana dan tak brapa lena nk tido.. Kawan baik aku, Eika, baru je ditimpa musibah yang agak berat dalam hidupnya.. adik dia, Khairul kemalangan dan saat ini, khairul masih lagi di ICU, koma kerana kecederaan dikepalanya.. otaknya yang membengkak menyebabkan doktor terpaksa menahannya dari sedar.. Keluarga Eika aku tengok, dalam keadaan yang bingung memandangkan baru aje kehilangan Tok Wan dan Moyang sehari sebelum itu.. Jadi, pada hari itu, aku bukan ke SMTeknik seperti mana yang direncanakan, tetapi aku terus bergegas ke hospital Ipoh menemani Eika. Bagi aku, semangat keluarga Eika sangat kuat dan mereka tabah menghadapi musibah ini.. Semoga keadaan Khairul kembali stabil..
AMIN

Tuesday, September 9, 2008

F o k u s !!

Dah pukul 12 mlm?
aduii... lamenye aku merayap kat tenet..
konon2 la nk intai2 je.. lepas lepak kat berita harian online terus ke sini pulak..
Dah alang2 aku masuk tenet,kenala singgah sini kejap..hehe..
Sebenarnya nk carik buah pikiran untuk thesis ni..tak siap2 lagi..
.. penatnye aku nk buat ayat..
mata ni kalo buka folder thesis terus je automatik ngntuk..
tapi bila masuk tenet..tiba2 je tersegar pulaks..
pelik lak mata aku nih..
takpa.. InsyaAllah siap nnti.. lega sket hati aku..
bolehla praktikum dengan senang hati..
Erm, cakap pasal praktikum, aku dah confirm akan buat latihan mengajar kat SMK Bandar Sungai Buaya.. Iza dah call pengetua tadik.. dengan putih hatinya sekolah tu terima kedatangan kteorg.. Alhamdulillah.. cuma sekarang ni kena merayap kat sana untuk carik rumah sewa.. kuarters takda memandangkan sekolah ni adalah sekolah yang agak baru dibuka.. takpala.. kat situ pun bukannya susah nk carik rumah.. ada tu..
ayat ni dibuat bagi menyenangkan hati aku dan senang nk jawab persoalan2 mak nnti..
Oklah xleh lama2 kat sini..nnti satu hapa pun tak jadik.. Ops, baru teringat.. esok jadual aku ngn Eika = nk g SMTeknik Slim River untuk follow up program Thesis dorang hari tu..
kena tido awal mlm ni..
ok dear, dah pelik2 tulisan aku ni..kena benti kat sini..

Jumpa lagi esok!!


S E L A M A T M A L A M..

Hari ini dan seterusnya..


SELAMAT!!!!
tajuk di atas tak berkenaan ngn gambar ni tau! cuma nk tunjuk
suasana indah di kawasan kolej aku jah.. hehe..
(Subhanallah.. Maha Suci Allah yang menjadikan bumi dan langit dan segala isi di dalamya..)

********************

Dah beberapa hari aku tak update blog aku ni..
dua hari yang lepas aku tidoq kat rumah Eika tolong translate jurnal dia..
sebenarnya tak siap habis pun.. asyik merepek ngn laptop nih..hehe..
Satu malam melepak kat rumah Eika, 5 jam dia 'buli' aku..takpala..dah 2 minggu tak jumpa dia..ada gakla bahan nk ngumpat tuh..hikhik.. masuk jugakla topik Nadia Yuna dan penyakitnya tuh..suspen betulla minah karan tuh.. pasni aku nk buli dia dan ubat dia lak..kena gantung ubat kat leher dia supaya xlupa lagi..
bukan xknal cik adik tuh..liat sungguh nk mkn ubat..
opss..terngumpat pulaks!

************************
dan hari ni merupakan permulaan yang ceria bg aku..maklumla..sahur tadik aku mkn tomyam ngn nasik..banyak lak tuh.. perut kenyang suka hati.. hehe.. dah kenyang terpaksalah sambung thesis pulak.. pastu dengar lagu sket2.. terus sambung g class.. macam best je kelas ngn Dr.Badriah Salleh tadik..clear je otak aku.. maklumla..dua tiga hari ni aku macam gumbira sket..ngeh2!!!
gatai!!! *xleh citer banyak2..nnti aku makin gatai pulaks.*

hehe..disebabkan tiba2 rase gatai, aku pun create satu wallpaper untuk laptop aku.. Okey, itu aje untuk hari ini.. aku nk wat thesis pulak.

BYE!

Sunday, September 7, 2008

Takbesh!!

muke aku bile rase xbesh..


Assalamualaikum WBT..
Boringla pulak..taktau nk buat apa..
Aku tengok si Nadia ni syok je layan video call..
Aku?? xde sape2 nk call.. maklumslah..aku malas nk layan..
huhu..
Padan muka aku gak!
Takpelah..
Hurm..ingatkan malam ni nk kua jalan2 carik makan..
Minum Laicikang kat Dusun Bay besh gak..
Tapi kansel la pulak keta cik abang masuk workshop..lagi xbesh..
Ah..memang xbesh.. minggu depan la pulak nampaknya nk jumpa pun..
Tahun depan aku dah praktikum..alahai..
Camana ek..takpelah aku..kalo ada jodoh ada la kan??
Padan muka aku lagi skali..
Oklah..disebabkan xbesh..aku nk tidola..



Yang benar:
Aku yang xbesh..


Selamat Malam!

Saturday, September 6, 2008

Praktikum..hanya menghitung hari..


Hari ini merupakan hari yang agak lega bagi aku dan jiwa ku..
Pagi tadi lepas sahur aku terus tak tidur menyiapkan kerja-kerja aku yang terbengkalai semalam..
dan pukul 10.00 pagi tadi aku telah menghadirkan diri ke taklimat praktikum Jabatan Sejarah di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Taklimat telah disampaikan oleh penyelia praktikum, Pn. Wan Noorlizawati Wan Mat Ali dan sesudah itu, Danial selaku pemacu kelas telah mengendalikan penempatan praktikum yang sangat direbuti oleh kawan-kawan sekelasku.
Penempatan praktikum berjalan dengan lancar dan hanya ada beberapa masalah penempatan yang melibatkan sekolah convert dan sekolah methodist di Melaka.
Penempatan praktikum aku tak ada masalah kerana aku berjaya mendapatkan sekolah SMK Bandar Sungai Buaya di Rawang.
Aku agak terkilan kerana sekolah pilihan aku iaitu, SMK Sungai Choh terpaksa aku lepaskan demi menjaga hati kawan.
hm..aku agak terkilan dengan situasi ini..
Tapi, tak mengapalah sebab aku tetap praktikum di Rawang yang dekat dengan UPSI untuk kerja-kerja tertentu dan tugasan assigment.
Sementelahan, aku juga dapat melepak di kolej bersama otai serumahku jika aku boring sewaktu cuti persekolahan.
Sekarang apa yang aku perlu selesaikan ialah masalah untuk mendapatkan kuarters atau rumah sewa yang dekat dengan sekolah.
Dengar khabar, budak2 Kaunseling pun akan menjalani praktikum di sekolah yang sama dengan aku..
Alhamdulillah..aku dapat lagi kawan baru dari kursus yang berbeza..
Saat ini, aku cuma menghitung hari untuk menjalani praktikum pada 12 Januari sehingga 24 April 2009..
Setelah itu, tugas aku sebagai pelajar akan berakhir sementara waktu sebelum aku bergelar pelajar kembali untuk menyambung Master. InsyaAllah..
Fokus kerja aku sekarang ialah menyiapkan thesis dan bersedia untuk peperiksaan akhir yang akan menjelang tidak lama lagi.
Semoga perjalanan aku sebagai pelajar dirahmati dan diberkatiNya..

Thursday, September 4, 2008

GURU OH GURU

Aku dah buat pilihan dah..nk buat praktikum kat Rawang..
InsyaAllah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Choh..
hujung minggu ni kena la jalan-jalan ke sana.. tengok2 rumah..
huhu..kali pertama dalam hidup aku tinggal kat rumah sewa..
gulp!!
harap2 dapat online dengan mudah..
AMIN
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
GURU OH GURU
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
::Nukilan SN Dato Usman Awang::

"di atas sajadah cinta"

dipetik dari buku ini..


" ..Jika kita terus bertakwa. Allah akan memberikan jalan keluar. tidak ada yang boleh aku lakukan saat ini kecuali menangis padaNya. Tidak mudah meraih cinta berbuah pahala. Namun aku sangat yakin dengan firmanNya..

...wanita-wanita yang tidak baik untuk lelaki yang tidak baik, dan lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita-wanita yang tidak baik [pula], dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik [pula]."

............................................


aku xlah jiwa-jiwa..tapi bait-bait ayat dalam buku ni sedikit sebanyak mencuri perasaan aku..

hati aku kerap kali tersentuh dek percintaan yang berlunaskan Islam dan bersulamkan Iman..

buku di atas sajadah cinta ni dah masuk 1 bulan aku pinjam dari Nadia Yuna..

hari ni baru aku tergerak nk baca..

betapa kerdil sangat aku ni kalo nk compare dengan mukminin pilihan Dia yang temui cinta sejati..
*aku jua mendambakan imam yang dapat membimbing aku dan keluargaku menuju bahagia dunia dan akhirat..
semoga aku jua dapat memilikinya..
AMIN

Wednesday, September 3, 2008

PRAKTIKUM OH PRAKTIKUM

praktikum nk buat kat sekolah mane ek?
SMK Yoke Yuan
SMKA Kuala Selangor
SMK Pengkalan Permatang
SMS Sains Kuala Selangor
SMK Sungai Besar
SMK Bagan Terap
SMKA Simpang Lima
SMK Dato` Mustafa
SMK Sultan Abdul Aziz
SMK Ungku Aziz
SMK Tunku Abdul Rahman Putra
tak tau nk buat kat mane sebab cadangan asal nk buat kat Slim atau Tapah je..
kalo kat Kuala Selangor pulak, nk buat kat SMK Jugra..
rumah dan kereta suma dah settle..tinggal nk gi praktikum je..
tp sekarang kena buat plan lain la..
nk carik rumah lagi..
macamana ek?



Dunia..

selamat tengahari aku!!
hehe..semalaman aku terlupa nk hiburkan hati aku ni..
fenat sangat. banyak pulak kejenye aku nih..
kelas aku full semalam..hari ni. esok. lusa. lepas lusa. lepas lusa. dan isnin baru aku ada kelas pulak..cuti lama..kena la sambung thesis..
...................
aku nak citer pengalaman aku gi bazar Ramadhan kat campuslife pulak..
alkisahnya..
kelas microteching aku habis awal la jugak semalam dalam pukul 6.30 petang.. jadi,sempatla aku nk merayap kat bazar kejap..
nk temankan iza..dia nk beli ikan bakar katenye..
dalam pada tengah syok berjalan tengok permandangan sana sini..
maklumlah dah lama xkeluar ikut pintu selatan di UPSI
tetiba banyak pulak lopak air kat atas jalan.. ok lagi la..
kira kena banjirla kasut cantik aku nihh..tp xpe kesah lagi..
slow je aku jalan..maklumlah air kotor..nk elak kena kaki.
last2 bukan setakat kena kaki..
malah..
kena kain kurung aku skali..
hm...yela..aku nk gtau yang kalo sape2 bawak motosikal tu..
berpada2lah.. bagila laluan kat pejalan kaki ni jugak..
kesian kat aku..habis kain cantik kena air kotor..
dengan muka yang manis aku mengumpat dalam hati..
forsure ngumpatlah jugak..
bukannye xleh nk tunggu aku lalu kejap..
kalo aku tau jalan tu becak..xde masenye aku nk cari masalah nk lalu kat situ..
rela aku lalu ikut jalan jauh..hm..
dunia sekarang..macam-macam..
tapi xpelah..nk buat macamana.. agaknya dia pun xsengaja kut..
excited tengok banyak makanan kat bazar...
xtengok kiri kanan dah..
bawak moto ikut bau je..
manusia...
~itu la al-kisahnya~
.................
itu tamat satu kesah..
ada lagi..
sesampainya di bazar..aku terjumpa budak yang bawak motosikal tadi..
dengan muka kacak dia tu..
innocent jerk dia jalan depan aku..
budak junior..
kalo xkerana menghormati bulan Ramadhan dan malu pada Dia..
agaknye lagi best aku ngumpat dalam hati kot!!
takpelah..aku maafkan je budak tu..x elok pulak berdendam..
mane tau kalo dia bukan memang tak sengaja dan malu nk mintak maaf..
lagipun..mak aku pernah pesan pada suma anak-anaknya..
kalo kita tak mudah nk maafkan orang..dah tentunya orang pun tak mudah nk maafkan kita..
lagi satu..
kalo kita tak nak bagi orang ruang.. macam mana Dia nk bagi kita ruang..
hmm..dialog yang biasa mak aku sebutkan ni dah tentulah bila tengah drive..
pemandu kat Malaysia ni kan berhemah..mane leh nk bagi ruang kat orang..
kalo leh dia je nk ada kat atas jalan raya nie..
kadang2 kesian kat orang lain..
sikit punya berhemah..alih2 kena maki pulak..
alahai..dunia zaman sekarang..
.............
merepek pulak
.............
sebenarnye aku nak cite pasal bazar Ramadhan ni..
aku nk citer betapa ramainya orang kat bazar sampaikan nampak orang je..
tak nampak lauk pun..
tengok kiri, perut orang..
tengok kanan..perut orang..
lauk xde ke?
aku bukan ape..kesian pulak kat si iza ni..dia dahla kecik..
memang sah2 tak nampak satu hape pon!
cian hang ek??
aku takpa.. yang NadiaYuna pesan.. laicikang panas.. ikan keli sambal.. suma settle..
jalan jalan hampir 15 minit..
barulah jumpa kelibat suara ikan bakar..
carik punya carik..
jengjeng.. JUMPA!
murah jugak..2 ekoq RM5..besar..kira bestla makan..cicah lagi dengan air asam..
tengok muka iza..barulah nampak dia senyum..kalo tak..macam mak nenek..
maklumlah..orang nk makan ikan bakar..heheheee...
aku pun beli la ikan bakar jugak..
Alhamdulillah.. Ramadhan kali ni aku berjaya jadi manusia yang tak tamak..
beli sekadar yang nk makan je..
tapi itulah..lauk berbuka aku semalam..nasik dengan ikan bakar..
-no comment-
*xleh gak nk makan banyak2.. bila berbuka je aku teringat kat orang-orang Islam daif kat Malaysia dan negara2 lain.. ape ek dorang makan untuk berbuka??

Monday, September 1, 2008

kolejku tersayang...

1 Ramadan di Kolej Harun Aminurashid datang lagi..Tapi hari ni mendung dan akan hujan.. Pagi-pagi lagi lagi aku dah snap gambar ni.. Orang cakap, kalo mendung tak beerti nak hujan.. tapi aku tengok..memang confirm-confirm nak hujan dah ni..


Hujan dah.. lebat la pulak ek?

Tapi best tau kalau hujan.. sejuk je.. nak pulak lokasi kolej kediaman aku yang tersayang ni belakang Banjaran Titiwangsa.. Memang syok layan angin sepoi-sepoi..(maknenye tido la tu..kuikui) Aiseh..tapi hujung minggu awal Ramadhan ni aku tak tido petang tau.. maklumlah..asyik kena kacau ngn Nadia Yuna..(minah ni melepak kat bilik aku hujung minggu nih!)
okey..

snap lagi gambar hujan..


Indah ek permandangan kat kawasan kolej aku nih.. Tu yang slalu aku rindu nak melepak kat sini.. (tp tak bestnye tahun depan aku dah takde lagi kat sini…isk2..)

Ni nama dia Bahtera Teracce. Lokasinya depan kolej aku je.. cantikkan ? sebab tu la aku asyik snap gambar ni je.. depan bilik jah.. buat ape susah2.. kalo tension ke hapa ke aku lepak depan balkoni.. macam-macam aku leh wat..minum ke makan ke baca buku ke..(poyo je baca buku pulak!!) melepak ngn buah hati aku ke..(laptop daaa…).. sebab sini tempat ni memang sweet..
hihi..
.......
Oklah..dah taknak citer pasal kolej lagi.. nak pegi Bazar Ramadhan pulak.. nanti kite citer-citer lagi ek??
Bye!!

PROTES !!


berselubung dan aku nak protes!
ayaaks..caner ek..
tadi aku dapat misi mustahil lagik..
sah2 dah praktikum aku nanti kat 3 tempat pilihan.
Melaka, Kuala selangor & Rawang. . ape nih.. tak best la..
apsal dapat kat tempat-tempat tuh..
caner ni ek?? ape aku nk buat nih..
yang pasti aku kena buat pilihan yang tepat kali nih..
apsal xbukak kat Perak jerk??
apsal..
tau.. ada cerita tersembunyi nih..
.......

baiklah..inilah masanya Istikharah perlu dilakukan..
harap dapat pilihan yang tepat dan terbaik untuk diriku..
.......

*takpelah..takbaik asyik nak protes jerk...aku kan ke nak jadik budak baik..hihi..