Thursday, November 20, 2008

~kenangan terindah~


Salam..



Malam ini merupakan malam yang terakhir aku dikolej ini, juga malam terakhir aku di bilik ini. Aku sangat sedih untuk meninggalkan semua kenangan yang terpahat selama tiga tahun setengah menginap disini. Sungguh. Lebih sedih untuk meninggalkan budak-budak rumahku yang sangat happening dan yang selalu menyakatku.. tentu aku akan rindukan mereka selalu.. juga akan selalu terbayang gurauan nakal mereka sewaktu melepak bersama..

akak akan sentiasa rindukan korang k..
kak Mega
Ija cun!
Effa
Ma
Shida
Shila
Yana

Aku tak dapat lagi menangkap gambar awan dan langit yang indah. Juga tak dapat meneruskan hobi bersantai di tepi tingkap kolej lagi.. Sungguh terasa seakan terlalu singkat pengajianku disini. Aku akan rindukan suasana aku belajar disini, rindukan suasana bersama dengan kawan-kawan, juga rindukan suasana gurau senda di rumah ini. Selepas ini aku akan menempuh kehidupan yang serba baru dan lebih mencabar.


...urm.. juga tak dapat melepak bersama dengan AZ lagi.. isk…




Sesungguhnya kenangan di sini sangat indah, ada suka dan duka. Ada tawa dan tangis. Ada kehidupan dan kematian, juga ada kenangan terindah yang aku ciptakan disini...




aku akan meninggalkan ija..


mengosongkan sebuah katil di rumah ini..

sebab aku sudah tidak di sini lagi..



meninggalkan rumah yang cantik dan kemas ini..




juga meninggalkan awan tanpa dapat dirakam keindahannya..



meninggalkan tempat lepakku di sini.. serta segalanya..

Ukhwahfillah..

semoga ketemu lagi..

Sayang korang sangat2!

follow blog akak k. Banyak lagi kenangan yang bakal terakam, juga perkara yang korang tunggu2 selama ni.. Doakan semoga dipermudahkan jalan dan dilembutkan hati insan yang tersayang.. InsyaAllah kita jumpa lagi,lagipun akak hutang korang KFC ek? Tahun depan kita mkn skali ngn AZ ye.

p/s : ehemm....nnti kita mkn byk2 lepas tu kita cabut lekas2 biar AZ bayo!

sekian.

Wednesday, November 19, 2008

hehe...



SALAM.




keje dah settle..

dah pegi DOBI.


dah KERING. BUNGKUS!


dah pegi MAKAN.



petang ni LAST PAPER.

yeaaaa!!!
p/s: Jumaat balik kampung. dan.. WISH ME LUCK!
SEKIAN

Monday, November 17, 2008

~ aku yang macam-macam ~

-saja-
Aku update lagi.. Bukan untuk memanjangkan cerita. Tidak. Tp nape tah.. Blog aku seakan-akan menjadi tempat luahan rasa pulak.. Aku ni macam2 la kan.. Aku tak tahu dan aku keliru, setiap teguran atau gurauan akan membuatkan hati aku tersentuh.. Aku tak sepatutnya macam tu kan? Aku sangat sensitif. Aku perasan, aku tak pernah macam ni.. hati aku tak pernah sehalus ini.. Aku mohon seribu kemaafan kerana terkasar.. Aku dah biasa disakiti.. dan aku dapat rasakan aku akan mungkin terus disakiti.. Weiii..sedihla macam ni.. tak bestla korang ni…


-you make me sad..-


Aku rindukan aku yang dulu.. Aku tak faham kenapa kali ni aku tak leh handle masalah yang datang.. Aku tak tahu kenapa aku jd selemah ini.. Aku tak faham perasaan aku.. Aku fikir, dengan percutian tempoh hari, aku dapat lupakan semua masalah aku, tapi tidak..


Aku mintak maaf kerana korang mesti bosan dengan aku.. Takpa.. Aku tak kisah.. dan sememangnya aku akui blog ini adalah separuh daripada hati aku.. Segalanya aku lontarkan disini.. Perasaan sedih, duka, gembira, semuanya aku tinggalkan disini.. Bukan untuk menunjuk2.. Tidak. Tapi ini adalah rasa yang aku lalui tiap2 hari dalam hidupku.. Aku tak tahu kenapa aku mesti menjadi sangat sedih..


p/s : mood dah ok sbb tadi dh mkn.

-habis disini-
SEKIAN

*apa sudah jadi?*

Salam..
Selamat pagi.. Bangun pagi dengan hati yang sebal. Bukak blog hati tiba2 panas jerk! Weii..mase ni kalo ada lesung batu aku tumbuk mangsa tersebut jadik belacan. Puas hati.
Sekian.

~~walimah Ekin~~



Assalamualaikum WBT.




Aku baru balik dari Pontian. Penat sgt badan. Malam ni baru ada mood nak update. Malas betul aku hari ni.. Aduss… dengan masalah yang baru aje selesai dan aku yang slalu buat mak huru hara.., aku boleh jadi depression tau tak? Kesian kat mak.. Minta maaf mak..bukan sengaja.. (iskk…)


Ok. Meh aku bawak korang menengok gambar Walimah Ekin hari tuh. Majlis kenduri dan bersanding aje. Akad dah langsung bulan 7 ari tu. (dah dibetulkan tarikhnye.). Pendek kata, semuanya berlangsung dengan meriah dan happening walau badan penat. Orang kata, kalo tengok orang bersanding ni, ada aura -konon2 diri tak sabar nk menikah jugak- Tapi aku? Felling tak best.. Kesian kat aku weii… ngeh2.. PADAN MUKA AKU!




Oklee.. jumla nengok gambar yang aku dah edit ni. Nk tengok gambar2 yang seterusnya, mai FS aku. Kat address ini.




pandai2 le kome add ok. Bukanle pandai mengedit sangat.. Tapi sbb aku ni suka mengedit apa jua bahan dan termasukle gambar yang aku ambik ni, hasilnya, cantik le juge…



Dah bertemu jodoh si Ekin ni. Nanti sape la pulak yang bakal menyusul ek? Aku tak sangka rupa2nya dah besar kawan2 aku ni.. Masing2 dah nk kena kebas dek orang.. Aku dok interview jugak kawan2 aku ni, “oiiit..korang bila lagi weiii.. Tak sabar nk nengok korang punya kenduri pulak!”. Best la soalan yang aku ajukan tu.. hehee..bila lagi nk nyakat dorang nih… Lama tak jumpa.. rindu aku pada korang..




Jomle nengok gambar!!
......................
................
.........
....
..



Nurasyikin Haji Ehsan


bertemu jodohnya dengan Fairuz (aku tak tau bin apa pak incik ni..)




Bersanding.




Dorang ni dok pk-pk la kan.. "bile lagi le turn aku..." heheee..





Ekin dan pengapit beliau yang cun.




Husna dan Naimah.





Sesi kontrol cun. ngeh2...




Huda Fauzi. Cun gileerrrr minah ni.. InsyaAllah.. tak lama lagi la ni, ye dak awk??.. hehee..




Aku dan Naimah. Ambik berkat...ngeh2... gatai na...



Manja comell... geram nengok gaya tido si comel nih...



Mama dan Abah Huda. Datang dari Singapore semata-mata nk penuhi undangan.





Kawan-kawanku.


Pengalaman jadi gadis TOL. hoho.




Sekian.









Wednesday, November 12, 2008

busan.

Assalamualaikum..



Alhamdulillah aku dah dapat cover tajuk-tajuk yang akan masuk exam nanti. Hanya nk refresh je.. Mengong gak rasanya.. Maklumlah dah lama tak exam.. Orang dah nk habis exam aku pulak baru nk start.. Haiyyaaa.. Hint yang aku dapat aku pulun habis-habisan.. Tapi otai sket la aku study kali ni, sambil2 dengar lagu.. Malam-malam pula tido sampai terhenyak nota aku atas katil. Ekekee..kesian pak incik kertas.. hikhik!!
Esok paper aku waktu pagi, dan semestinya aku bersemangat dan tak sabar nk jawab.. hehe.. Bukan sebab ilmu penuh di dada.. Tapi sebab aku rindukan suasana peperiksaan.. Mudah-mudahan aku dapat jawab dengan baik.
Sekarang ni tengah relaks kejap. Kepala dah berat. Badan lenguh. Taktau style mana lagi aku nk landing.. Macam-macam aksi dah aku buat.. semuanya sebab nk dapatkan mood yang best untuk study.. Last aku bukak laptop masuk tenet sambil hingaq dalam bilik sorang2.. ngeh2..
Sekian.

bayarlah dengan harga segelas susu..

SALAM..
Hari ini aku nk kongsi bersama satu artikel yang menarik dan sangat memberi makna..

Kisahnya begini,

Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.


Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.


Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.


Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.


Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.


“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.


Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar.
Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”

Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.


Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.


Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.


Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu.
Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”

Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.


Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.


Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.


Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya.
Tulisan itu berbunyi…

“Bayarlah dengan segelas susu..”
Aku termenung sejenak..
Korang mesti faham apa yang disebalik cerita daripada artikel ini kan? Jadi, bantulah sesama manusia dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Sebabnya, setiap apa yang kita lakukan pasti akan mendapat ganjaran daripada-Nya..
SEKIAN

Tuesday, November 11, 2008

F o k u s !!


Ignore them. FOKUS!

sadness..


Hoho..walaupun aku tengah sedeyy sgt2 hari ini dan semalam.. tapi aku harus KUAT!!!!!
"Cekalkanlah hatiku Ya Allah.. Sesungguhnya hanya Engkau Yang Mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi.. Bantulah aku Ya Allah.. Aku berserah segalanya kepada-Mu.."

Monday, November 10, 2008

feel something..urm..



"Ya Allah.. Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah.. kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya..."

**i`m helpness..

cerita aku dan kwn2.



Assalamualaikum.




Hoho. Banyak aktiviti aku buat sehari suntuk ni. Bukan study punnn.. buat keje lain da... Ape da dorang ni aku pulak yang terpengaruh tau! Aku buat apa? Jahit manik da.. Santek tak? hehe.. Bagus le jahit manik ni, jimat duit tau. Kalo tak silap aku la kan..kat kedai ni leh tahan juge harga upah jahit manik. Buat sendiri jimat, lagipun modal murah je. Yang penting kalo jahit manik jenis ni, dalam dua jam fokus dah siap. Siap jahit manik kat lengan dan leher ok. Berbaloi.. Lagi pulak. manik jenis ni murah je.. Ada yang jenis mahal tu mahalla kan.. Bagi aku yang miskin harta ni, manik murah pun jadi le.. yang penting pandai match warna. kan2??







Ni antara beberapa helai baju yang jadi mangsa keadaan. Minta Mahap le mak incik baju ye.. Janis jahitan manik ni sama je. Cuma kami jahit kat beberapa helai baju dengan beberapa kombinasi warna. Harga kos manik untuk baju bermanik di lengan dan di leher ialah cuma RM10 sahaja. Diulang. RM 10 sahaja. Jadi, korang jangan tertipu dengan harga kedai yang ambik upah mahal. Benda macam gini boleh belajar le.. (mintak mahap le bagi tetuan dan pepuan kedai jahitan manik ye..)



** bagi yang kaya raya dan duit tatau nk belanja kat mana tu, takpala nk hantar kedai punnn...






Habis cerita pasai manik.



Pagi tadi aku dan kawan-kawan yang dikasihi pegi ke Rawang. Pegi cari dan tengok rumah sewa. Hari tu dah dapat rumah dah. Tapi nape tah tiba2 owner tu tak jadi nak sewakan kat kami sbb kawan dia nk sewa rumah dia pulak! Tak senonoh betul la. Diulang. Tak senonoh peel macam gitu ok? Dah janji tapi tak tepati pulak. Takpelah cik akak.. Dah takde rezeki kami le tu...




Kami gerak dalam pukul 7.30 pagi dengan harapan jalan tak jem dan senang nak drive pagi2 kan.. Sudahnya, aku terbangun lewat pulak dalam pukul 7 gitu. Kira lewat le tu kan sbb cadangan asal nk gerak pukul 7 pagi. Lagipun aku tak gemar sangat kalo janji tapi lewat ni. sudahnya aku yg lewat! Alahai.. Kelam kabut le aku solat. Tak terjaga la.. Itule akibatnye tido lewat. (Padan muka aku kan? Kalo mak tau ni, sureee..... -takleh nk sambung. korang paham2 lee...). Tapi aku mandi le weiii..hehe..




7.30 pagi. Aku turun bawah dan tak sempat breakfast puns.. Sedih tau dahle mak incik perut jenis sensitif cam gini. Sampai sekarang aku merana disebabkan effect tak breakfast tadi.. iskkk...


Lihat gambar.

Kat bawah ni le bakal sekolah aku. Ambik dari depan bakal rumah sewa. Hah, lupa pulak nk bgtau tadi.. (Asyik bebel je sampai kang aku lupa motif... ekeke..) Kami dah dapat rumah sewa. Terima kasih ye Abang Aziz dan Kak Zati. Bayaran sewa cuma RM280 sebulan, rumah lot tepi, air cond, 3 bilik 2 bilik air. Ok le tu... Alhamdulillah.




** Aku tak ambik gambar bakal rumah sbb perut meragam**






Dalam pukul 11.30 pagi gitu. Kami pun balik le. Dah tengahari kan.. Kami singgah di KKB untuk makan. Perut aku dah cukup menderita baru le jumpa makanan dan minuman. Nasib baik dalam keta tadi Ain bawak bekal sandwich. Terima kasih ye Ain..



Tengah aku pening kepala pk pasal perut ni nk makan ape, Hafiz cakap kat aku. "Yati, Mee Kundur kat sini sedap. Cubalah rasa.." Aku pun.. "Ek?". Dalam hati, bukan tamau rasa Mee Kundur, tapi aku ni sensitif mee kuning tuh, perut aku ni cepat je detect kapur yang tak dicuci bersih dalam mee. Tapi takpala. Aku cuba rasa. Lagipun aku tak pernah pun dengar nama Mee Kundur sebelum ni, apatah lagi nk rasa. Jadi, aku pun order satu.. hehe.. Langgar pantang nampak?





"Macamana? Sedap?"


"Sedap. Hoho...Mintak mahap.. sy kalo dah mengadap ni tak hengat dunia dah.. Lapar sangat"



Tapi memang betul la sedap. Cukup rasa, bahan. Paling penting, banyak kuah. Harga cuma RM4.50. Sesape yang tak pernah rasa tu kalo tiba2 datang ke KKB, singgah le kat Dataran KKB, Gerai Mama Noor. Berbaloi. Tapi banyak le aku langgar pantang hari nih. Makan ikut dan je.. Siap minum ais. Hoho..

Gambar di bawah ni ialah Gerai Mama Noor. Sempat juge ambik gambar td walau tengah makan.. hehe..

Ok. Sekian.

** Kena tido awal nnti lewat bangun lagi daa..**

Bye2!!

Saturday, November 8, 2008

jalan2 tangkap gambar.

Salam.



On the way aku ke cafe td, sempat juga aku snap beberapa keping gambar di kawasan kolej. Nset berkamera aku ni slalunya tak pernah mengecewakan aku. Cantik!






Ni gambar dari dalam bilik.





Cafe Kolej Ungku Omar. aku slalunya beli kat sini la. Sedap dan murah.





Saje aku amik gambar benda ni jugak. Budak baju merah yang tengah dok sengih tu ialah Lin. Roommate Eika. Aku pegi cafe dengan budak berdua ni la.





Owh, gambar ni bukan gambar pada hari ini ok. Gambar ni aku snap beberapa hari lepas mase nk ribut di kawasan kolej.





Ni pun bukan gambar hari ini. Saja nk tunjuk latihan ilmiah aku yang dah berjilid. Aku dah submit keramat ni hari Selasa aritu. Ada 3 salinan semuanya. Lagi 2 bijik aku binding. Settle. Lega seeeyyyy!!!!!

Alhamdulillah.

Sekian.

Friday, November 7, 2008

Entri tentang Abah.


Assalamualaikum WBT.



Aku tukar lagu lagi, nape tah padahal lagu bintang hati tu best jugak.. Lagu yang aku taruk kat blog aku ni sebenarnya bukan le lagu kegemaran aku.. Lagu di pondok kecil ni merupakan lagu yang paling aku tak suka! Sebabnya? Sbb aku sayu dengar lagu ni... Dari kecik-kecik lagi kalo ada orang mainkan lagu ni, aku lari jauh-jauh. Aku tak boleh nk tahan sob seb sbb air mata aku mesti menitis kalo dengar lagu ni. Mesti korang tanya tertanya kan kalo dah macam tu peel aku, ape kes aku taruk lagu ni kat sini? Kan??



Takdela… kisahnya macam ni, tadi dalam pukul 8 malam macam gitu aku tengah makan malam la kan.. tengah-tengah syok makan sup ayam yang ada banyak karet dan incik kentang tu, (tengah syok makan nih!) tiba-tiba si Effa dok pasang lagu ni, siap nyanyi dengan feeling lagi.. aku pandang2 je.. malas aku nk layan, maklumla tengah mengadap kan.. aku dok dengar jela..sambil-sambil tu aku tenyeh kentang dalam pinggan aku tu sampai lumat. Yela.. korang maklum jela kan.. aku tengah geram.. tak dapat tenyeh tuan dia, tenyeh kentang pun jadileee… Sudahnya, lepas makan, aku masuk bilik.. berkurung lagi. satu hari ni aku asek berkurung je.. macam kena perintah berkurung pulaks.. aku tadak mood la.. Last, aku bukak tenet carik lagu ni. Aku pasang kuat2 kat earphone..padan muka aku, sape suruh aku xsuke dengar lagu ni.. sekarang, aku paksa diri aku dengar pulak! (Protes!) korang mesti paham perasaan aku kan?




Lagi pulak, yang buat aku tadak mood ialah.. dua tiga hari ni aku asek mimpi Abah jela.. Aduiiiiii… bukan aku tak suka tau.. tapi kadang-kadang bila aku bangun, perasaan aku normal yang sangat pelik, macam Abah ada lagi.. Padahal kalo aku ingat-ingat balik, Abah dah takde.. Dah takde. Paham? Apesal susah sangat aku nk paham ni.. Wes..aku bukan tak terima pemergian Abah, tapi pemergian Abah terlalu mengejut.. Lagi pulak sikit masa lagi aku dah nk abes kat sini.. Sedeyyylaaa… Aku ingat lagi mase aku sem3 kat sini, Abah dengan Mak datang jalan-jalan skali nak hangkut barang-barang yang aku tanak guna.. Abah cakap, “nanti Tie dah grad, kita datang awal sikit kat Tanjung Malim, kite pegi Genting, pegi Cameron ke.. pegi Hot Spring Water kat Sungkai nun..” Adik-adik aku melompat-lompatla dengar kata-kata Abah. Aduyaiii.. kata-kata Abah tu terkesan dalam jiwa aku tau tak? Sampai sekarang, kalo aku dok lihat Genting dari tingkap bilik aku nih, musti aku teringat kat Abah..




Aku kan… Kalo asek mimpi Abah nih, macam nile.. jadik macam sedih sikitla.. Abah datang sengih2.. malam esok datang lagi. Sengih lagi.. Suka la tu kat sana… sengih2 Abah ni buat aku rindukan dia sangat2 tau.. ishh….



Tapi takpela. Dah direncanakan Abah pergi dulu.. pergi dalam usia 48tahun. Aku redha walaupun pemergian Abah secepat ini.. Masuk bulan nih, dah 1 tahun 4 bulan la Abah takde. Abah pergi dalam tarikh yang sangat cantik. 20/ 07/ 2007. 5 Rejab 1428 pada pukul 1.10 pagi pada pagi hari Jumaat. Alhamdulillah, semua adik beradikku sempat berjumpa dengan Abah, mencium dahi abah dan membisikkan pada Abah betapa kami sangat sayang Abah dan meredhai pemergian Abah.



Oh, paling aku takleh lupa pagi Jumaat itu ialah adik aku, Muslim. Muslim menangis dari pukul 2 pagi, sampaile aku baru sampai rumah jam 10.30 pagi tu, dia masih lagi menangis.. itule menurut kata kakak aku. sayu betul aku nengok dia.. daripada aku tanak nages sampai la tiba2 air mata aku keluar tanpa sedar.. senyap-senyap aku keluar rumah, pegi belakang dapur menangis kat situ..takleh tahan.. sedih sangat.. isk.. Malamnya, adik aku yang bongsu, Ahmad Al-Ghazali.. dokla cium2 baju abah.. Ahmad kantoi dengan aku sbb aku carik-carik budak sorang ni tak jumpa.. mane tah.. Rupa-rupanya, dia ada dalam bilik aku, tengah cium baju abah yang mak tak sempat nak basuh.. weii..sedih aku nengok.. Abah dah takde dah sayang…




Emak. Mak sangat kuat, Cuma sewaktu jenazah Abah dibawa keluar dari rumah untuk disembahyangkan di masjid oleh para jemaah selepas solat Jumaat, Emak longlai, seakan sukar untuk menerima pemergian ini.. Aku membantu Emak bangkit.. aku memeluk Emak.. aku bisikkan pada Emak.. “ Mak..adik-adik akan sedih kalo tengok mak macam ni..Mak kena kuat.. sbb Emakla kiteorang jadi kuat.. Abah pegi dalam Husnul Khatimah mak..” Aku menangis.. aku sedih juga, dari tadi aku cuba menahan air mata aku tanak bagi adik-adik tengok, padahal dalam hati, hanya Tuhan aje yang tau macamana perasaan aku.. Namun, air mata aku melimpah juge saat itu..




Malam kedua Abah takde.. aku sangat terasa sbb aku dah tak dengar bunyi bikers Abah. Kalo tidak, dengar aje bikers Abah, aku le yang cepat yang bukakkan pintu untuk Abah. Tapi malam tu senyap je.. apesal ni weii.. Sunyi rumah aku nih.. Tapi mase berkabung tu la sunyi, sekarang dah tak sunyi dah sbb adik-adik aku sering balik rumah semenjak Abah dah takde, lagi pulak, adik-adik aku yang empat orang tu sekolah dengan Mak skali, riuh jugelah rumah cantik aku tu.. Lagi pulak, kiteorang tanak Mak rasa sunyi jadi memang slalu balik rumah walau mase Abah tengah ada lagi.. Itula pentingnya hubungan kekeluargaan ni, kena akrab. Kan?




Walaupun sekarang Abah dah takde, aku takkan lupa segalanya tentang Abah. Kenangan bersama dengannya, senyumannya, tanggungjawabnya, rajuknya, aku tak lupa.. Korang-korang yang masih ada mak ayah tu, hargailah mak ayah sementara masih ada kat dunia ni, jangan jadik macam si tanggang pulak! Aku hangin betul kalo sapa2 yang tanak berbudi dengan mak ayah. Bak sinila mak ayah korang tu... Tanak bebel dah. Jom tengok gambar Abah pulak!




Abah masa muda. Gambar masa ni aku tatau Abah umo berapa. Tapi aku agak, sebaya umo aku sekarang kot! Ensem kan Abah aku?? hehe..




Gambar ni Abah ambik sendiri sehari sebelum Abah xcident pada hari Rabu iaitu pada hari lahir aku yang ke -22.



Nile motosikal kesayangan Abah. Juge motosikal kesayangan aku sbb aku g skola naik motosikal ni la.. weweiitt!!!...


Owner motosikal ni yang baru. Mak jualkan. Aku sedih sgt bila dapat tau mak nk jual motosikal ni.. Nnti kalo aku kaya ke, aku tiba2 terjumpa balik motosikal ni. Aku nk beli. Nk suruh laki aku pakai. Laki aku? Boleh ke.. emm.. bagi adik aku pakai le... (kes suka berangan)
Abah pada hari raya 2006.

Rumah aku sentiasa ramai orang datang sewaktu Abah ada lagi. Sekarang kawan-kawan Abah pun tetap datang jugak menziarah. Terima Kasih ye..

Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku kepada roh abah, serta muslimin yang lain. ampunilah dosanya, kasihanilah dia serta sejahterakanlah dia. Maafkankah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih. AMIN