Monday, March 30, 2009

Surender..

Hati aku tak tenteram.
Aku macam ingin menyerah kalah kepada "sesuatu.."
Namun aku masih terikat antara rasional dan emosional.
Adakah ini hanya ujian semata atau satu petanda.
Bersabarlah wahai hati..
Sesungguhnya aku yang memilih jalan ini dan aku perlu tempuhinya.
Jika aku ditakdirkan bersendiri, aku akan bersendiri..
Namun, sekarang, aku tidak bersedia untuk bersendirian lagi..
Aku mahu teman di sisi..
Berkongsi segala suka dan duka di hati..
Bersabarlah wahai hati..
Seandainya dia tahu apa yang aku rasakan sekarang ini..
Aku mahu dia mengerti bahawa aku ingin dia disisi..
Namun, jika aku bukannya pilihan hati..aku sedia berundur diri..
Ya Allah..
Lindungilah aku dan dia dari segala musibah yang melanda diri ini..
Ya Allah.. hanya pada-Mu aku berserah..
Hanya pada-Mu aku bertawakkal..
Hanya kepada-Mu aku serahkah hati ini..
Hanya Engkaulah Yang Paling Memahami hati ini..
Sesungguhnya Engkau satukahlah kami dengan keredhaan-Mu..
Ya Allah..Hanya Engkaulah Yang Paling memahami gelora hatiku saat ini..
i`m helpless..

Sunday, March 15, 2009

~::aku dah update!::~


Assalamualaikum WBT.


Aku di kampung dah. cuti sekolah kan.. huih, best betul cuti ni..tak sabar nk cuti bulan 4 pulak! Sepanjang cuti ni memang sibuk betul. ok. Aku tak ada banyak idea nk menulis kali ni. Enjoy the pictures k.






~Aku yg tak sabar nk habis praktikum~




~keta sakit.~




~kawan2 yg sporting moting~




~ tak sabar nk packing dan balik!~




~ my schooL~




~ Iza & me.~






~ the making of ..muraL..~





~my new look~



~the GREAT teacher.. i suppose~




Lagi 5 minggu untuk menamatkan praktikum.


Aku sayangkan pelajar-pelajar aku. Sedih juga untuk berpisah dngan mereka. Tapi apakan daya, keseronokan aku untuk menamatkan praktikum mengatasi segalan-galanya..




wassalam.

Tuesday, March 3, 2009

update minggu ini..

1 MAC 2009 8.23 PM

Dah sampai di Sungai Buaya pun. Macam biasa la, sampai2 je aku terus kemas bilik bukak lagu kuat –kuat sampai bising sambil aku pun memekak sama. Tanda protes. Aku bosan sebenarnya.

::hal Ehwal rumah::

Lampu bilik gelap lagi. Tengok bil elektrik RM 40. Aku tak tau tang mana banyaknya guna elektrik. Rasa2nya aku dan Iza balik tiap2 minggu. Budak kaunseling ni pun kalo buat keje pun takdela stay up sampai tak tido. Hurm..

::Journey::

Tadi sewaktu dalam perjalanan ke Sungai Buaya, banyak jugak la aku merepek2 dlm keta.. Maklumla, hati tak suka sebab dah kena balik kannn… Then, pak incik berpesan kpd aku..

“buat keje kenalah ikhlas..tak dapat pahala kalo tak ikhlas..”

(Eheemmmm…dalam maknanya tuh..) Lepas tu pak incik ada jugak membebel kat aku secukup rasa,..

“..org pempuan tu la, ade aje yg tak kena, buat keje nk berkira…bla bla la laaa…..”

Melayan aje la.. dah betul katanya..

Seminit.

“Iye la tu pak incik.. saye ngaku la..”

Lepas tu pak incik sambung lagi,

“..tu laa…sape suruh pilih nk praktikum kat Sungai Buaya..”

Ewah2.. ape kena mengena pulak?? Zalim. Macam la aku nk sangat praktikum kat sini… cessss..
Then, mase aku nk turun keta tadik pak incik tiba2 bersuara..

“Errm… rase mcm jadi driver teksi pulak..he..he…”

Amboi amboi.. tembak tayar tu kang…

::Kad kahwinku::

Tengah buat pelan dan muktamad pak incik nk jugak kad dari Iris Wedding House. Hekellleee..aritu cakap nk murah aje ni mahal je aku rase.. mentang2 la kad kahwin dia ada sponsor…. Demand pulak!

::Sponsor::

Hehe.. aku pun ada sponsor jugak. Hehee.. Nasib la kan.. sape suruh meminang aku kan? Aku suruh la pak incik bayar brg hantaran aku. Kira dia le sponsor rasmi aku kan? Padan la muka awak. Orang dah cakap aritu…heheheeee…. Takpe takpe.. awk ikhlas kan?? Ekekee….

:: Laptop + Virus::

Laptop aku ada virus pulak! Tula, ari tu remove antivirus tak memandai nk install yang lain kan dah kena penyakit! Satu keroje pulak aku nk selesaikan penyakit laptop aku nih. Aku bajet2 nk beli laptop baru tapi sayanggg sangat kat laptop ni.. laptop ni dah nk meninggal dah aku risau jugak kang tiba2 dia meninggal terkejut.. masalah pulak aku menanggung rindu pada laptop ni.. saya sayang awak tau!

2 MAC 2009 1.22 PM

Di sekolah sekarang ni. Bosan pulak! Kejap lagi nk start buat mural. Emmm…macam nila cikgu praktikum. Baru aje announcement, petang ni ada latihan sukan pulak! Buatla sukan cepat2. Aku memang suka sangat bersukan ni, tapi tak tahan panas la. Aku suke bersukan di tempat yang redup2 je..hihik!!!

::Mural::

Mural kena tangguh lagi, sepatutnya buat hari ni tapi nk pilih font satu hal pulak. Aku serahkan pemilihan font pada cikgu keceriaan aje sebab mane boleh aku nk memandai suka2 hati aje nk decide. Tak sehaluan. Heheee… tak susah pun buat mural ni sebab aku memang suka sangat mengecat dan kerja comot momot ni. terserah kat aku la..ekekee..

3 MAC 2009 9.30 AM

Ambik mood dulu. Sekarang ni hari-hari aku bawak laptop ke sekolah. Banyak sangat kerja yang sengaja aku carik. Eh, eh.. tiba2 si shahril mengusha usaha-usaha aku menaip entri pulak!

“Buat ape tu? Assignment?” sambil kepalanya menjenguk2 ke arah laptop aku.

“Eh, eh….. uikss…!” sambil2 aku menutup skrin laptop. Gurau2 dengan si shahril..hehe..

Oh..ingatkan buat assigment..” Gaya mandur.

Poyo je si shahril, bimbang gak kalo2 mandur aku ni tanya pasal mural. Hehee..tak gerak2 pun lagi ni. kuang2. Serius je mamat ni sekarang takut aku nengok. Hahaa…Tiba2 aku masuk topik si shahril pulak.

Aku ada kelas moral lepas rehat. BBM aku ialah tayangan video. Kejap lagi kena standby.

::Lepas kelas dah..::

Ngeh2.. aku dah boleh rehat dah.. baru je bukak laptop, si shahril melintas depan meja aku lalu menyound…

“haii..tak siap2 lagi ke dengan blog dia tu…hehee…”

Keh keh.. aku gelak aje la..dah tengah menulis entri tentang kena ushar tadi..aku cover2 la sket.. mane latau kot2 lepas ni tiba2 si shahril terjumpa blog aku kan….kuang2… aisehhh.. asek2 citer pasal si shahril aje ni…hehheee.. Ok. Ok. Habis dah citer. Habih citer si shahril, keluar pulak citer pasal cikgu kamal. Aiseh cikgu nk follow blog aku jugak ke? Aku segan la pulak!

:: Goodies bag::

Tak habis2 cerita pasal nk kahwin kan? Bukan over excited tapi risau. Hish, petang ni nk keluar pegi Rawang shopping barang. Aku bajet2 dalam RM300 jugak habis untuk goodies bag. Yela..buat sikit2 beg kang, ramai yang nk datang..semua nk goodies .. untuk orang kampung aku bajet2 nk bagi plastic beg aje la kot. Biasa aje. Hehe..kesian kat orang kampung kannn…. Silap2 hari bulan, kad kahwin untuk orang kampung pun aku fotostat aje. Hihik!!!! Nasibla, aku save bajet la. Hehheeee…

::Contact Lens::

Dah sebulan dah aku cuba pakai. Setakat ni takda masalah. Mata pun sihat aje. 6hb ni kena tukar lain dah. Haishh.. tau dek mak ni, tak pasal2…, maklumla, mata aku ni jenis sensitive. Takpa2 setakat ni takda masalah lagi. InsyaAllah ok. AMin.

::bila nk balik ni??::

Baru pukul 2.20petang. Bosan dah ni. Bila nk balik ni? nk tengok cerita Anak Betong pulak ni. hehe.. Cerita Jelita konpem dah terlepas. Malam ni ada cerita Rozanna pulak! Ekeke.. dulu aku bukanlah haNtu tV. Tapi setakat jadi cikgu praktikum yg jiwanya asyik didera kebosanan..(ecececeee…) Aku jadi suka pulak tengok cerita berepisod ni. dah tu, cerita Marina pulak aku dok hapal jalan cerita dia. Apatah nk jadik dengan aku sekarang ni. kesian kannn….

::Malam::

Dah malam pun, hari ni dah masuk 3 kali aku tido selepas jam 11 mlm. Shopping tadi pukul 10mlm baru balik. Kerja satu habuk pun aku tak buat lagi. Syok oo shopping.. Org pempuan kannn…. Barang-barang tadik habis jugak la dalam RM400 lebih. Dasat ek. susah betul la nk buat kenduri kan. Haishhhh.. terpaksa beli. Kang tak beli tak sempat. Bila dah terdesak macam ni terpaksala jalankan misi mustahil sebelum kahwin.. uihhh..kira-kira duit.. mak aiii… dah tahap miskin dah ni. =/ Malas la nk pk.
Wesss....hari ni aku tak rehat langsung. Apa kesss!! Jgnle aku penat esok. Dahle esok waktu balik 4.30 petang. Lembik longlai aku..

Entri ini bersambung..


Sunday, March 1, 2009

one wEEk.

22 Feb.2009 9.00PM

::Rasa Hatiku::

Aku sudah berada pada minggu ke enam praktikum. Sudah dua bulan di sini. Masih menyibukkan diri dengan tugas2 harian yang tak pernah henti. Cuti penggal Mac nanti aku sepatutnya sudah menyelesaikan barang-barang hantaran namun sekarang persiapan masih berada pada skala 2:10.

Sebenarnya aku ingin sangat membeli barang-barangku dalam suasana yang harmoni dan tenang. Tak mahu terlalu mengejar masa sehingga aku menjadi penat. Setiap kali berada di Bandar Sungai Buaya, aku sering saja menghitung detik untuk kembali ke Tanjung Malim. Bukan kerana ada dia di sana. Tapi, aku ingin berehat dan aku berasa lebih tenang. Ketenangan buatku bukan di sini. Bukan di Sungai Buaya. Tetapi suasana hijau dan damai serta ada kawan-kawan yang sangat riang gembira. Di sini tidak damai. Disini tiada kehijauan dan keriangan. Aku tidak suka tinggal disini dan aku tidak sabar untuk menamatkan latihan mengajarku.

Sepanjang tempoh dua bulan aku di sini, aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, budaya setempat, serta mengubah gaya hidup aku.

Aku sudah mencuba dan masih lagi berusaha menyesuaikan diri. Tapi aku tidak serasi dengan gaya hidup di sini. Gaya hidupku bukan dengan terperap di rumah lepas sekolah, bukan TERPAKSA berjalan-jalan di “pasar malam mall” atau bersiar-siar di sekeliling taman yang penuh dengan rumah-rumah batu di kiri kanan dan di sepanjang jalan. Oh tidak! Aku masih ada baki dua bulan untuk menempuhi pengalaman ini. Semoga aku tabah. Paling penting, aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan teman serumah yang baru dan juga cuba untuk menyesuaikan diri dengan fizikal rumah ini. Namun aku gagal. Aku akui aku terlalu ‘manja’ dengan dugaan ini. Sememangnya dan atas dasar itu, aku akan berusaha untuk kembali ke Tanjung Malim setiap minggu.

Aku jadi rindu untuk kembali ke kolej. Aku jadi rindu untuk berjumpa dengan teman serumah. Telatah mereka membuatkan aku jadi rindu.

Namun, setiap kali perasaan hampa kerana dalam keadaan terpaksa aku kembali ke sini, aku jadi terubat dengan telatah pelajarku. Mereka sungguh menghiburkan. Kenakalan mereka pada awal pengajaranku dulu kini telahpun ‘sembuh’ walau tidak dengan sepenuhnya. Cuma ada sesetengahnya cemburu kerana kadangkala aku tidak melayan telatah mereka yang over expose dan sangat mengada-ngada. Juga ada pelajar yang sering menegur aku kerana aku menjadi seorang yang sangat garang dan tegas sewaktu di dalam kelas. Aku mengiyakan kerana dengan sikap mengada-ngada mereka aku menjadi sangat meluat dan menyampah. Aku tidak akan menjadi kaya dengan kata-kata pujangga atau pujian hanya kerana ingin melepaskan diri daripada tidak membuat kerja rumah, sebaliknya aku sangat berharap dan bangga sekiranya pelajar-pelajarku sedar bahawa kerja rumah itu bukan untuk menyusahkan mereka tetapi adalah satu tanggungjawab yang perlu digalas dibahu dan diselesaikan.

Aku cuba untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan optimis. Aku sedang mencuba dan sedang menimba pengalaman.

::Kad kahwinku::

Masih belum selesai. Sepatutnya hari ini aku dan dia decide untuk memilih pattern, harga dan kuantiti. Namun hajatku tidak kesampaian kerana masih belum diizinkan-Nya untuk kami berbincang tentang perkara ini. Takziah buat dia di atas pemergian bapa saudaranya yang mengadap panggilan Ilahi pagi 22/2/2009.

::Kenduri::

Biasa sahaja dan tiada yang istimewa. Yang aku amat harapkan biarlah dalam suasana yang meriah dan ceria. Semoga mendapat rahmat-Nya dan dimudahkan segala urusan. Masih lagi dalam perancangan dan aku perlu menyediakan kanopi yang agak besar memandangkan kenduriku akan dikunjungi oleh seluruh ahli keluarganya yang sangat menantikan pernikahannya. Menurut dia, seluruh ahli keluarga jauhnya sangat ingin berjumpa dengan aku dan melihat siapakah suri yang menjadi pilihan hatinya. Aku menjadi sangat segan namun Alhamdulillah semoga dimudahkan segala urusan. Semoga tiada yang terabai dan keluargaku harus membentuk pasukan yang cekap untuk melayani tetamu sebaik yang mungkin. InsyaAllah.

::Kawan-kawan::

Juga ada kawan-kawan jauh memaklumkan kepadaku akan hadir. Alhamdulillah. Juga ada kawan-kawan yang terkejut dengan pertunanganku tidak sabar menantikan hari bersejarahku. Tidak kurang juga yang berusaha untuk menjadi pengapit serta mak andam. InsyaAllah bulan 4 aku akan memaklumkan kepada kalian. Berdoalah semoga urusan walimah dan ikatan dua hati ini berjalan dengan lancar dan mendapat keredaan-Nya.

::Keluargaku::

Aku menjadi agak sedih sepanjang urusan persediaan pernikahanku kerana aku secara automatik bukan menjadi anak emak yang mengada-ngada lagi. Tak dapat menjadi seorang kakak yang banyak songeh terhadap adik-adiknya lagi. Aku harus mengubah karakter serta penampilan aku. Aku sedang belajar etika berpakaian ke arah yang lebih menutup aurat. Lebih baik dari sekarang. Aku sedang cuba dan kadang-kadang aku terkulat-kulat sendirian kerana zaman bujangku akan berakhir tidak lama lagi. Bagi aku semua itu tidak mengapa kerana perubahan ini dan peraturan yang ditetapkan ini baik untuk diriku, dia, keluargaku dan bakal keluargaku. Cuma yang tidak akan berubah sampai bila-bila ialah ::hati ini::. Tetap sama akan meluahkan segala setiap perasaan suka duka, yang kadang-kadang diselang selikan dengan kehadiran air mata. Hati ini tidak akan pernah berubah, sentiasa akan meluahkan segala hasrat dihati kerana ini adalah satu fitrah hati.

::Dia::

Hampir semua persiapan pernikahanku aku selesaikan tanpa dia. Bukan kerana dia seorang yang lepas tangan. Tetapi aku cuba mencuba berusaha tanpa dia. Dia sentiasa memberikan aku sokongan dan dorongan. Melalui sokongan dan dorongannya , setiap usaha yang kulakukan tanpa dia, Berjaya. Bukan menidakkan dia, tetapi kerana aku cuba memahami dia, menyelami hatinya, dan memahami hidupnya. Walau kadang-kadang air mata aku hampir saja tumpah apabila berhadapan dengannya apabila berbicara tentang persiapan yang belum ada sepenuhnya. Aku akur dan kadang kala tersenyum akhirnya. Kadangkala cerita hati sukar untuk dimengerti. Aku belum bersedia sepenuhnya untuk menonjolkan dirinya. Dia sangat unik dan sering saja membuatkan aku terpana. Terlalu banyak rahsia tentang dia. Masih terlalu banyak perkara yang perlu aku lakukan untuk menyelami hatinya dalam setiap perkara yang tidak kuduga. Aku sangat bertuah dipertemukan dengan dia. Alhamdulillah..

23 Feb. 2009 8.50 PM

Hari ini aku mendapat pujian dari guru pembimbing tentang cara pengajaran dan pembelajaranku di dalam kelas. Alhamdulillah. Ada juga penambahbaikkan dari guru tentang prestasi aku. Aku mencuba yang terbaik. Sungguh berbaloi usaha serta penatku sepanjang praktikum. Aku akui pada mulanya aku lemah dan sangat bingung apabila berhadapan dengan pelajar dalam situasi yang sebenar. Sekarang tidak lagi. Aku sudah mesra dengan pelajar dan aku sudah mengenali nama-nama mereka. Sememangnya aku akan cuba mengingati mereka agar tidak ada yang lost sewaktu proses p&p.

Hari ini telah berlalu dengan seribu satu cerita dan aku berharap esok yang bakal menjelma adalah satu lagi permulaan untuk aku menimba pengalaman yang bermakna. Syukranfillah.

24 Feb. 2009 8.10 PM

2Z. Pelajar aku menyiapkan nota. Namun hasil kerja mereka sangat cincai. Aku tidak suka kerja yang cincai kerana aku sangat sukakan nota yang berwarna-warni dan kemas. Mereka malas untuk membuat nota yang cantik bagai. Aku menjadi sangat geram dan marah. Namun aku tidak menonjolkan sikap marahku. Aku tidak mahu mood aku untuk mengajar mereka terjejas. Galang gantinya, esok mereka akan membuat aktiviti menyiapkan nota sambil dipantau oleh aku. Ugutan aku ialah, selagi mereka tidak menyiapkan nota, selagi itu aku berjanji tidak akan membawa mereka ke makmal untuk tayangan video. Tidak ada lagi kuiz dan tidak ada lagi power point menarik. Tidak akan ada. Tambahan lagi, ujian bulanan tidak lama lagi, maka, nota akan membantu mereka mengingati fakta dan peristiwa dalam sejarah.

Sewaktu di dalam kelas tadi, aku sangat memerhatikan seorang pelajar aku yang sangat monyok dan tidak bersemangat untuk belajar tingkahnya. Aku mengujinya dengan soalan berkaitan durbar. Sependek jawapan “persidangan raja” kemudian dia terus duduk. Aku jadi makin hairan. Maka aku bertanya dia,

“Awak ada apa-apa masalah ke Din?”
“Takde..” Sambil mengeleng-geleng kepala..
“Cikgu, Din putus cinta cikgu. Dia tengah frust..” Celah Amanina.
Aku memandang Din.
“Yeke Din?”
Din tak ada reaksi dan dengan wajah yang penuh kosong dengan perasaan memandang aku tidak berkedip. Aku tersenyum memandang Din. Aku mendekati Din sambil berbisik..
“Apa erti cinta Din..”

I have no idea..

Aku meneruskan pengajaran dan di akhir p&p, aku sempat memandang Din sekilas sebelum aku berlalu pergi. Saat itu, Din sedang berkemas-kemas untuk ke makmal bahasa.. Din..Din.. aku tersenyum sendirian.

Sewaktu di kelas moral tadi, aku menjadi kagum kerana pelajar-pelajarku sering memberikan respon yang sangat baik dan mereka sangat aktif. Penyertaan mereka tidak pernah menghampakan aku. Mereka juga sangat suka melukis. Nota mereka sangat cantik. Sewaktu aktiviti lakonan diadakan, mereka tidak segan untuk menonjolkan bakat mereka. Aku menjadi sangat bersemangat untuk mengajar mereka setiap kali tibanya waktu pendidikan moral. Untuk itu, pada minggu hadapan, aku sudahpun menyediakan tayangan video yang sangat menarik untuk meningkatkan minat mereka dalam subjek ini.

Setakat hari ini, aku sudah pun melupuskan segala tanggapan yang negatif dalam setiap hari-hari yang aku lalui. Usaha aku berjaya. Semoga esok juga adalah hari yang ceria untuk aku lalui. InsyaAllah.

::Maxis::

Aku telah membuat keputusan untuk menukar pelan prabayarku kepada pelan pascabayar. Aku telah memikirkan selama sebulan dan telah pun mengira perbelanjaanku untuk kad top up. Sangat rugi dan terlalu banyak duit dibazirkan. Perbezaan antara pelan ini juga sangat banyak dan pelan pascabayar lebih menjimatkan. Untuk pelan prabayar, panggilan telefon perminit ialah sebanyak 33sen manakala untuk pelan pascabayar adalah 12sen perminit. Bagi panggilan telefon ke rangkaian lain pula, untuk pelan prabayar, panggilan telefon perminit ialah sebanyak 38sen manakala untuk pelan pascabayar adalah 18sen perminit. Jadi, aku sudah pun memutuskan untuk memilih pelan pascabayar dan semua urusan berkenaan pertukaran pelan akan diuruskan oleh dia. Terima kasih ye..

::Bosan::

Aku sudah bosan berdiam diri seperti orang bodoh. Menunggu dan terus menunggu. Aku sudah melaporkan kepada tuan rumah bahawa mentol bilikku telah terbakar dan perkara ini sangat menyusahkan aku untuk bersiap-siap ke sekolah pada waktu pagi. Aku terpaksa bergelap dan hari ini merupakan hari ketiga bilikku berada dalam keadaan yang gelap. Aku menjadi sangat marah dan geram kerana dengan bayaran sewa sebanyak RM300 sebulan, tuan rumah langsung tidak kisah dengan keadaan rumah sewa beliau. Aku menjadi tidak ikhlas dan tidak redha dengan sewa bulanan yang dibayar berbanding dengan perkhidmatan yang diberikan. Sepanjang dua minggu yang lepas, tuan rumah telah berjanji untuk membaiki paip yang bocor, memotong rumput yang entahkan ular pun sudah beranak pinak disitu, membaiki pagar serta akan datang dengan segera jika ada apa-apa masalah. Tapi, apa sudah jadi?

Aku semakin menjadi ralat kerana tidak menyewa rumah Encik Yunus dengan bayaran RM100 seorang sebulan tanpa memikirkan bil api dan air serta kemudahan perabot yang cukup lengkap di dalamnya. Aku menjadi tidak faham kenapa cadanganku dulu harus sditolak mentah-mentah. Aku menjadi cukup menyampah dan meluat. Aku tidak suka dengan situasi ini. Aku tidak suka apabila aku pulang disambut dengan fizikal rumah yang sangat mejelekkan aku.

::Mengantuk & Sakit kepala::

Aku sangat mengantuk dan kadang kala kepala aku menjadi sangat sakit pada waktu-waktu tertentu. Mungkinkah aku tidak cukup rehat? Perut aku juga sering meragam dan kadang-kadang langsung tidak mahu menerima makanan walau aku sangat lapar. Sekarang aku sangat mengantuk dan aku mahu tidur.

25 Feb. 2009 5.56 PM

Aku baru pulang dari sekolah. Penat tapi mata tak mengantuk. Aktiviti di sekolah tadi sangat memenatkan. Malam nanti aku kena tidur awal. Harapnya, esok janganlah hujan lagi. Hujan pagi tadi sangat menyukarkan aku untuk ke sekolah.

Bulan Mac nanti ujian bulanan akan dijalankan di setiap tingkatan. Aku agak risau dengan prestasi pelajar aku. Aku telah mencuba yang terbaik. Namun adakah keputusan ujian bulanan mereka akan memuaskan hati aku? Aku menjadi sangat risau. Jika diperhatikan kepada gaya pembelajaran mereka, aku menjadi gusar dan terkilan sedangkan aku berusaha sedaya upaya memberikan mereka ilmu yang berguna tetapi mereka kulihat tidak bersungguh. Apa lagi yang aku perlu buat? Tayangan video pun sudah, power point menarik, aktiviti melukis, teka silang kata semuanya aku sudah lakukan untuk menarik minat mereka untuk belajar. Namun hampa, hanya beberapa kerat sahaja yang sedar betapa tingginya harapan aku terhadap mereka.

Kata-kata akhirku sebelum keluar daripada kelas tadi sangat menyentuh hatiku. Aku juga tidak menyangka akan terkeluar daripada mulutku sendiri kata-kata sedemikian rupa. Sewaktu aku mengucapkan kata-kata tersebut, air mataku hampir menitis. Semua kulihat diam membisu. Semua seolah-olah faham dengan perasaanku. Namun mereka tetap tidak punya perasaan. Mereka tetap akan menyakiti hatiku dan bersikap tidak beradab denganku. Mereka tetap akan mempunyai pelbagai alasan untuk menyiapkan kerja rumah apatah lagi membuat nota.

“Wahai pelajar-pelajarku 2Z. Demi kamu, cikgu berjaga malam menyiapkan bahan bantu mengajar untuk kamu. Demi kamu, cikgu sanggup mengorbankan waktu rehat cikgu untuk menyiapkan nota yang paling ringkas untuk kamu fahami dan kamu faham. Demi kamu, cikgu sanggup berlapar dari pagi menelaah aktiviti yang menarik untuk kamu supaya kamu tidak berasa mengantuk sewaktu di dalam kelas. Demi kamu, cikgu sanggup menghabiskan berpuluhan ringgit mencari video yang terbaik untuk kamu supaya kamu faham dan tak sabar untuk mengikuti subjek ini. Namun tindakbalas kamu sangat mengecewakan cikgu. Perbuatan kamu sangat menghampakan cikgu. Apa gunanya lagi cikgu terus berada di kelas ini mengajar subjek ini untuk kamu seandainya kamu tidak menghargai kehadiran cikgu disini? Kamu tidak perlukan cikgu di kelas ini, maka cikgu juga tidak perlukan kamu untuk menjadi pelajar cikgu. Cikgu tidak mahu cikgu diperkotak-katikkan hanya kerana cikgu hanya seorang guru praktikum. Cikgu sangat kecewa dengan sikap kamu. Kamu tidak suka dibentuk maka cikgu juga tidak akan membentuk. Hanya kamu yang boleh mengubah sikap kamu… Terima kasih atas kerjasama kamu kepada cikgu selama ini.”
Maka aku pun keluar daripada kelas itu selepas mengucapkan terima kasih dan salam. ( Sebenarnya minggu depan pun aku akan masuk juga kelas ni, mana boleh sewenang-wenangnya nk exchange kelas, dah tiba masanya aku perkotak-katikkan mereka pula..kuang2.. )

“cikgu, saya sayang cikgu..” Tibatiba aku terdengar suara seorang peajar perempuan menjerit memanggilku. Pelajar itu ialah NurAliffa. Aku hanya tersenyum tawar memandangnya dan aku pun berlalu. Sungguh aku sangat kecewa. Selama ini, aku sering memberikan peluang, aku sering membuat ugutan akan melaporkan kepada guru pebimbing seandainya pelajar-pelajarku berada di luar kawalan. Selama ini hanya ugutan semata. Aku sebenarnya tidak sanggup melihat mereka dirotan. Aku tidak sanggup kerana aku sangat kasihan kepada mereka. Mereka masih budak dan sudah tentu mereka mempunyai sikap nakal. Namun,kenakalan meraka sangat tidak sesuai. Kenakalan mereka hanya apabila cikgu praktikum mengajar mereka. Mereka menganggap guru praktikum bukanlah guru sebenar. Jadi,mereka menjadi sangat berani beraksi nakal denganku.

Ok. Hari ini juga telah berlalu. Esok adalah khamis. Harapnya janganlah hujan. Iza memaklumkan kepadaku akan membawa Pesona ke sini. Masih lagi dalam peringkat perbincangan.

26 Feb. 2009 3.34 PM

Sewaktu di kelas 1M tadi, pelajar-pelajarku bersorak.

“Yea, saya dapat bintang!”
“Mana? Oh, saya pun dapat bintang!!”
“Cikgu, saya tak dapat bintang pun..”
“Cikgu, tambah bintang lagi, saya dapat 1 bintang aje, Syamimi dapat 3 bintang.. kenapa cikgu?”
Aku tersenyum.. nak tergelak pun ada..
“Cikgu buat bintang pada buku nota cantik aje.. yang tak cantik tak dapat bintang. Lagi banyak bintang lagi cantik buku kamu. Sesiapa nk bintang.,teruskan usaha, buat nota cantik-cantik.. buat warna-warni. Nota paling cantik cikgu bagi hadiah.”
“Yeaaaaa!!!!!”

Pelajar-pelajarku terus bersorak.

“Ok. Siapa dapat bintang?”
“Saya!!!”
Hampir separuh daripada mereka menjawab serentak. Tidak kurang juga yang hampa kerana tidak berjaya mendapat bintang. Aku tergelak melihat gelagat mereka. Taktik aku berjaya. Kemudian aku meneruskan p&p.
“Cikgu, kena lukis ke gambar sultan tu?”
“A`a, kena lukis..”
“Cikgu, saya tak pandai lukis..”
“Cuba buat. Cikgu pun tak pandai lukis. Kamu kena lukis sebab cikgu pun lukis juga.”
“Baik!”

1M memang tak banyak karenah. Mereka tak banyak alasan. Penyertaan mereka di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan sangat menyenangkan aku.

“Cikgu, nanti cikgu bagi saya bintang ye. Tengok, saya dah buat nota cantik-cantik. Boleh ye cikgu?”
“Orait!”
“Cikgu, cantik tak nota saya?”
“Cantik. Ha..macam nilah baru cikgu tak boring baca nota awak. Bagus, teruskan.”
“Cikgu, bila cikgu nk tengok nota?”
“Minggu depan. Buat cantik-cantik ye..”
“Baik cikgu!!”
*****

1 jam berlalu maka p&pku pun berakhir.

“Ok kelas, siapkan nota. Jangan bertangguh buat kerja ye.. Terima kasih.”
“Baik cikgu!”
“Bye-bye cikgu. Saya suka cikgu.”

Itu suara Fatin. Setiap kali aku hendak masuk atau keluar kelas, aku terperasan dia selalu memandangku. Setiap kali pulang dari sekolah, sentiasa ada dia di depan pagar sekolah. Sebelum aku melangkah keluar, Fatin bertanya soalan kepadaku.

“Cikgu, saya panggil cikgu dengan panggilan cikgu Jelita boleh?..” ( Sambil matanya berkedip-kedip.)
Aku tersenyum… CISSS… kembang kempis hidung aku tau!!!!

::Rumput::

Hari ini, pakcik mesin rumput telah datang memesin rumput di kawasan rumah sewaku. Lewat 3 minggu dari tarikh yang telah dijanjikan. Mentol bila lagi nak baiki? Susah betul tidur dalam keadaan gelap. Sesudah menyiapkan air limau untuk pakcik mesin rumput, aku melepak depan tV. Kejap lagi nak pegi pasar malam mall. Nk beli buah pulak. Lama dah tak makan makanan berkhasiat sepanjang 4 hari tinggal disini.

::Temujanji::

Nampaknya, program shopping barang kahwin kena tangguh lagi. Sabtu aku kena attend kursus di politeknik. Hari Ahad aku perlu ke Banting temankan Iza drive ketanya dari Banting ke Rawang. Temujanji untuk berjumpa dia hanya pada hari sabtu sebelah petangnya sahaja. Tujuan temujanji kami adalah untuk men’decide’ kad kahwin. Jadi macam mana?

1 Mac 2009 1.00 A.M

Hari ini sudah hari Sabtu. Penatnya. Hari Jumaat aku tak sempat catatkan aktiviti harianku. Hari ini aku sudah attend kursus di politeknik dan kenduri di Sungai Dusun. Kad kahwin juga sudah selesai diuruskan. Semuanya aku serahkan kepada dia. Hantaran pun sudah ditempah maka aku hanya perlu uruskan chalet, borang-borang dan goodies bag.
-SEKIAN-