Saturday, December 20, 2008
Wednesday, December 10, 2008
i miss my blog!
Bot Penambang namenye. naik bot ni la ritu, jalan2 dan paling penting FREE sempena MONSUN CUP!.. mak pulak sporting, lame gak aku kiteorg landing dlm bot ni. hehe..
Promote sket na.. hehe..
ni bukan promote naa.. AidilAdha hari tu.. memang suke sgt kalo bab posing memosing ni..hehe
Thursday, November 20, 2008
~kenangan terindah~
Malam ini merupakan malam yang terakhir aku dikolej ini, juga malam terakhir aku di bilik ini. Aku sangat sedih untuk meninggalkan semua kenangan yang terpahat selama tiga tahun setengah menginap disini. Sungguh. Lebih sedih untuk meninggalkan budak-budak rumahku yang sangat happening dan yang selalu menyakatku.. tentu aku akan rindukan mereka selalu.. juga akan selalu terbayang gurauan nakal mereka sewaktu melepak bersama..
Aku tak dapat lagi menangkap gambar awan dan langit yang indah. Juga tak dapat meneruskan hobi bersantai di tepi tingkap kolej lagi.. Sungguh terasa seakan terlalu singkat pengajianku disini. Aku akan rindukan suasana aku belajar disini, rindukan suasana bersama dengan kawan-kawan, juga rindukan suasana gurau senda di rumah ini. Selepas ini aku akan menempuh kehidupan yang serba baru dan lebih mencabar.
Sesungguhnya kenangan di sini sangat indah, ada suka dan duka. Ada tawa dan tangis. Ada kehidupan dan kematian, juga ada kenangan terindah yang aku ciptakan disini...
aku akan meninggalkan ija..
sebab aku sudah tidak di sini lagi..
juga meninggalkan awan tanpa dapat dirakam keindahannya..
meninggalkan tempat lepakku di sini.. serta segalanya..
Ukhwahfillah..
semoga ketemu lagi..
Sayang korang sangat2!
follow blog akak k. Banyak lagi kenangan yang bakal terakam, juga perkara yang korang tunggu2 selama ni.. Doakan semoga dipermudahkan jalan dan dilembutkan hati insan yang tersayang.. InsyaAllah kita jumpa lagi,lagipun akak hutang korang KFC ek? Tahun depan kita mkn skali ngn AZ ye.
p/s : ehemm....nnti kita mkn byk2 lepas tu kita cabut lekas2 biar AZ bayo!
sekian.
Wednesday, November 19, 2008
hehe...
SALAM.
dah pegi DOBI.
dah KERING. BUNGKUS!
dah pegi MAKAN.
petang ni LAST PAPER.
Monday, November 17, 2008
~ aku yang macam-macam ~
-you make me sad..-
Aku rindukan aku yang dulu.. Aku tak faham kenapa kali ni aku tak leh handle masalah yang datang.. Aku tak tahu kenapa aku jd selemah ini.. Aku tak faham perasaan aku.. Aku fikir, dengan percutian tempoh hari, aku dapat lupakan semua masalah aku, tapi tidak..
Aku mintak maaf kerana korang mesti bosan dengan aku.. Takpa.. Aku tak kisah.. dan sememangnya aku akui blog ini adalah separuh daripada hati aku.. Segalanya aku lontarkan disini.. Perasaan sedih, duka, gembira, semuanya aku tinggalkan disini.. Bukan untuk menunjuk2.. Tidak. Tapi ini adalah rasa yang aku lalui tiap2 hari dalam hidupku.. Aku tak tahu kenapa aku mesti menjadi sangat sedih..
p/s : mood dah ok sbb tadi dh mkn.
-habis disini-
*apa sudah jadi?*
~~walimah Ekin~~
Aku baru balik dari Pontian. Penat sgt badan. Malam ni baru ada mood nak update. Malas betul aku hari ni.. Aduss… dengan masalah yang baru aje selesai dan aku yang slalu buat mak huru hara.., aku boleh jadi depression tau tak? Kesian kat mak.. Minta maaf mak..bukan sengaja.. (iskk…)
Ok. Meh aku bawak korang menengok gambar Walimah Ekin hari tuh. Majlis kenduri dan bersanding aje. Akad dah langsung bulan 7 ari tu. (dah dibetulkan tarikhnye.). Pendek kata, semuanya berlangsung dengan meriah dan happening walau badan penat. Orang kata, kalo tengok orang bersanding ni, ada aura -konon2 diri tak sabar nk menikah jugak- Tapi aku? Felling tak best.. Kesian kat aku weii… ngeh2.. PADAN MUKA AKU!
Oklee.. jumla nengok gambar yang aku dah edit ni. Nk tengok gambar2 yang seterusnya, mai FS aku. Kat address ini.
Dah bertemu jodoh si Ekin ni. Nanti sape la pulak yang bakal menyusul ek? Aku tak sangka rupa2nya dah besar kawan2 aku ni.. Masing2 dah nk kena kebas dek orang.. Aku dok interview jugak kawan2 aku ni, “oiiit..korang bila lagi weiii.. Tak sabar nk nengok korang punya kenduri pulak!”. Best la soalan yang aku ajukan tu.. hehee..bila lagi nk nyakat dorang nih… Lama tak jumpa.. rindu aku pada korang..
Jomle nengok gambar!!
Dorang ni dok pk-pk la kan.. "bile lagi le turn aku..." heheee..
Ekin dan pengapit beliau yang cun.
Husna dan Naimah.
Sesi kontrol cun. ngeh2...
Aku dan Naimah. Ambik berkat...ngeh2... gatai na...
Manja comell... geram nengok gaya tido si comel nih...
Mama dan Abah Huda. Datang dari Singapore semata-mata nk penuhi undangan.
Kawan-kawanku.
Pengalaman jadi gadis TOL. hoho.
Sekian.
Wednesday, November 12, 2008
busan.
bayarlah dengan harga segelas susu..
Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.
Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.
Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.
Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.
“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.
Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar.
Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”
Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.
Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.
Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.
Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu.
Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”
Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.
Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.
Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.
Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya.
“Bayarlah dengan segelas susu..”
Tuesday, November 11, 2008
sadness..
Monday, November 10, 2008
feel something..urm..
**i`m helpness..
cerita aku dan kwn2.
Lihat gambar.
"Macamana? Sedap?"
"Sedap. Hoho...Mintak mahap.. sy kalo dah mengadap ni tak hengat dunia dah.. Lapar sangat"
Tapi memang betul la sedap. Cukup rasa, bahan. Paling penting, banyak kuah. Harga cuma RM4.50. Sesape yang tak pernah rasa tu kalo tiba2 datang ke KKB, singgah le kat Dataran KKB, Gerai Mama Noor. Berbaloi. Tapi banyak le aku langgar pantang hari nih. Makan ikut dan je.. Siap minum ais. Hoho..
Gambar di bawah ni ialah Gerai Mama Noor. Sempat juge ambik gambar td walau tengah makan.. hehe..
Ok. Sekian.
** Kena tido awal nnti lewat bangun lagi daa..**
Bye2!!
Saturday, November 8, 2008
jalan2 tangkap gambar.
Ni gambar dari dalam bilik.
Ni pun bukan gambar hari ini. Saja nk tunjuk latihan ilmiah aku yang dah berjilid. Aku dah submit keramat ni hari Selasa aritu. Ada 3 salinan semuanya. Lagi 2 bijik aku binding. Settle. Lega seeeyyyy!!!!!
Alhamdulillah.
Sekian.