Owh, my sweetheart ini pun kena tinggal jugak!
p/s: kepada Effa.. sila jaga mug akak dengan cermat ok! Pecah lagi skali siap ko karang. (hehe..)
Ho... suma harta benda ni kena bawak jugak!
***and she`s always say something***
owh!! hehe..she is my roommate..
SEKIAN.
Malam Annual Dinner..
Aku melangkah masuk ke Dewan Sri Tanjung, UPSI dengan muka yang sangat innocent.. buat don't know pada mata yang memerhati.. hehe.. Aku dah jangka.. Malas da aku nk semakkan kepale otak nih.. (yelah, mlm tu tema dia kaler purple, aku pulak pegi pakai baju kaler oren tu kenape..) Hurm..aku xkesah pun, ada lagi kekawan yang senasib dgn aku daa.. (Kenape aku tak pakai baju purple?, sbb baju purple aku tak basuh lagi!!! hehe..) Nasib le..
Gambar ni??
Gambar ni aku ambik pada pukul 7.00 pagi.. Permandangan seperti inilah yang aku tunggu2 setiap pagi.. Aku suka betul dengan kabus dan awan.. Pada aku, kabus dan awan sangat indah dan cantik.. Subhanallah..
Kenduri Kahwin di Langkap.
Gambar ini diambil pada 26hb10 di Kampung Degong, Langkap. Pelamin ini sangat cantik bagiku.. Sebab apa? Sebab ada unsur2 warna putih yang melatarinya.. Putih melambangkan kesucian dan tradisi.. InsyaAllah, andai diberi peluang dan diberi izin oleh-Nya, aku juga ingin menggunakan warna putih sebagai tema pernikahanku. InsyaAllah mudah2han.. Oh, paling best ialah..aku dapat mkn byk! hehe.. Terima kasih kepada Kak Yang sekeluarga.
Buku teks.. Biasala.. nk buat microteaching kena la ada buku nih.. Wajib untuk buat rujukan.. Hurm.. Aku tengah dalam antara percaya atau tidak? Aku kini CIKGU?? Alhamdulillah.. dulu hanya cita-cita..kini CIKGU adalah kehidupanku.. (Buat abah..terima kasih ye abah.. abah lah yg banyak mengorbankan segala masa dan tenaga untuk kejayaan ini..)
***
Walau abah tak sempat untuk melihat aku bergelar GRADUAN, namun aku tahu, abah melihatku dari kejauhan.. Saat aku hampir rebah tatkala pemergianmu abah, aku ada EMAK yang banyak menguatkan semangatku.. Alhamdulillah.. Aku tahu bahawa aku ada Dia.. kerana Dia, aku ada kekuatanku.. Alhamdulillah.. Aku berjaya melepasi saat-saat getir itu.. Apabila aku teringat kembali saat-saat itu, tak kusangka aku seorang yang sangat cekal menempuh hidup, sangat tekad dalam keputusanku.. Ya Allah.. semuanya kerana keizinan-Mu.. Dikurniakan sahabat semasa susahku, Nadia Yuna sentiasa disampingku..
Setiap saat di KLIA adalah saat-saat sedih bagiku.. Setiap sesaat aku memasrahkan diri terhadap kenyataan takdir ini.. Saat-saat yang sangat getir.. Juga saat-saat aku terbang seorang diri ke KT, menuju kedestinasiku menemui Abah buat kali terakhir, aku ditemani tanpa sesiapa.. Namun aku tahu bahawa Dia sentiasa menemaniku.. Ya Allah.. Aku masih terasa lagi perasaan itu.. Saat perit.. Sangat sukar.. Dalam ketenangan yang dikurniakan oleh-Nya, aku diketemukan jua dengan Abah tersayang.. Ya Allah.. aku tak akan lupa saat-saat itu.. Aku tak pernah lupa..
Kejayaanku adalah hadiah untukmu Abah.. Impian kuserahkan kepadamu Emak.. Alhamdulillah..
***
Kerusi kosong ini menandakan kelasku di UPSI telahpun berakhir.. Tahun hadapan, aku akan menjalani praktikum di SMK Sungai Buaya, Rawang.. Sekejap saja semuanya telah pun sampai dipenghujungnya.. Namun, difikiranku, aku sentiasa membayangkan saat-saat andai Abah ada bersama di hari Graduasiku.. Alangkah indahnya.. (Ya Allah.. Aku sangat merindui Abah..)
Setiap hari-hari kehidupanku aku lalui dengan penuh keredhaan kerana aku tahu, setiap aturan ini adalah rencana-Nya.. Aku yakin bahawa Dia sedang mengujiku.. Aku tahu bahawa Dia tak akan mengujiku sedemikian rupa andai Dia tahu aku tak mampu menempuhi segala dugaan ini.. Sekarang, aku sedang mendaki kejayaan di puncak.. Aku juga dikurniakan keluarga yang sangat memahami dan prihatin, juga dikurniakan seseorang yang InsyaAllah dapat menjagaku dan keluargaku dengan baik kelak..
Alhamdulillah..
hikhik..
**********
******
**
Aku..
dah...
submit LATIHAN ILMIAH !!!!!
yea!!!!!!
Namun, perjuangan aku belum selesai setakat itu.. ada beberapa lagi timeline yang menunggu aku sehingga penghujung Oktober ini;
25 hb - Kelas / Annual Dinner
26 hb - Politeknik / Melaka
27 hb - Kenduri ?? (belum confirm lagi)
28 hb - Open House Tapah + Interview ?? / Kelas gaNti
29 hb - JPJ Test
30 hb - Langkawi
****************************
Tentang pengumuman pula, terlebih dahulu aku minta maaf byk2 kepada teman2 yg menunggu sbb lambat inform.. korang menunggu ek?
hehe..
selain pengumuman tentang aku dah submit thesis, ada lagi perkara penting. takpala nnti kite ber'YM' k..
Urmm..
disebabkan aku terlalu sibuk selesaikan urusan microteaching, QTI Test dan kelas-kelas tambahan yang aku hadiri, maka masuk minggu ini, dah dua minggu aku tak bersua muka dengan Nadia Yuna.
Sungguh bukan sengaja atau lupa, tetapi aku memang xsempat nk menjengah ke sana.. Kalo sebelum ini, selalu juga melepak ke sana, tengok TV ke hapa ke.. La ni, hiburan aku si tenet ni la.. Itu pun kalo aku rajin nk online.. hehe.. tp kena online jugak! aku dah berjanji.. Janji harus ditepati.
********************************
Buat Udeng, hoho..
td u msg i kan, i dah reply td but i tadak masa nk explain panjang lebar, actly, i dah lepas kelas microteaching dan QTI Test tu.. Hari ni perjuangan nk submit thesis jah! hehe.. Baru petang td dapat cover tido.. satu malam dok edit ejaan, rujukan ntah hapa-hapa lagi.. sakit mata mengadap laptop lama2.. Akhirnya, selesai juga.. Alhamdulillah..
Macam tula alkisahnya..
Husna,
hikhik.. berdebar ye nk tau? follow up dari rancangan kami hari tu la.. Tapi xsettle lagi pun.. sbb tu nk jalan2 ke politeknik.. hehe.. bedebar juga tp makcik dah beria2 ajak.. so, kena pegile.. Lagi cepat lagi bagus, lambat laun akhirnya kena tempuh jugak kan? Buat masa ni, perancangan kena buat satu-satu, slow and steady.. Doa2 ye..
Nadia,
Lama benar xjumpa ko.. agaknya ko pun dah kurus ek? hihi.. bawak muffin lagi skali.. aku dah bolehla kalo nk dtg rumah ko ke rumah Eika ke minggu depan. Aku teringin nk mkn daa..mesti sedap!! Oh,hari tu Kak Mega buat kek coklat. sedap juga.. teringat kat kek coklat ko.. besh!! nk mintak resepi.. Aku nk belajar buat pulak! hehe.. resepi biskut sampan ko pun aku nk jugak..Biskut kegemaran aku tuh.. Ko tau x, aku xsempat mkn pun biskut sampan yg ko bwk hari tuh..nape tah aku xmkn, walhal kemain lama biskut tuh atas meja.. Urmmm..mungkin mase tu aku mabuk dgn biskut makmur kot! tu yg asek culik almond je.. puas mkn almond hari tuh.. tp sekarang ni..terasa nk mkn biskut raya lagi la...heheheh... Tp tu la, mcmmana org boleh mkn biskut makmur ek..nape tekak aku xleh terima biskut tu? Sakit pale aku dok pk.. apebenda bahan yg ada dlm biskut makmur tu? (byk soal pulak!)
Td aku gi rumah Eika, hantar ubat, tetiba sakit perut lak cik adik tu.. pegi rumah dia, dok dengaq celoteh Lin dgn Tie tu pulak.. poning den..
ok nnti kita jumpa k..
****************************
Itu sahaja setakat malam ini,
mata pun dah ngntuk, jadi aku kena tido.
SEKIAN.
Sekarang ni, aku sedang membazirkan masa, melayari blog sedangkan aku ada keje nk buat. Aloya...kalo macam ni, bila keje nk siap keje aku oi... Tp bagus juga, otak aku dapatla rehat sekejap...td dah cramp. sampai xleh nk mikio ape... olaa... lupa..aku lupa daa.. kaki aku dah pun cramp td..patutla lenguh je..padan muka aku.. pakai lagi kasut cantik tu...
...................................
......................
..............
.....
..
Urm... sekarang ni apesal pulak ek???? (tengah mikio...)
ooola sekali lagi.. aku xmkn lagi hari ni.. baru aku ingat td aku breakfast minum air je, then aku mkn roti pizza untuk alas perut.. Carik nahas!!! Takpala,kejap lagila aku pegi cafe.. malas da.. Aku malas nk turun daa.... Adus!!!
Kejap2.. td aku snap gambar sikit punya cantik.. aku suka sangat gambar ni.. nk tengok???
hehe.. cantik? hehe..
hehee..
SEKIAN.
WASSALAM
Mereka ini merupakan teman2 seperjuangan-ku di SMAPL, Jannatul Naimah, Nurul Huda Fauzi, Zuliazwa, Fakhriah (kakChik), Azlin Aizat dan Hadiddin. dah sgt2 lama ku tak berjumpa dengan mereka.. Cuma td, sewaktu aku berkesempatan pulang ke kolej sementara menunggu jam 2 petang sempat juga aku ke FS, melihat2 perkembangan FS-ku. Terasa nk tgk sbb paginya aku menerima msg dari Husna. “x on ym?”. Aku membalas sopan. “Sory husna kte kat campuslife. Memang xon sb tgh bz thesis”. Sungguh, aku dah lama xon YM, dan aku memang xber'YM' sbb aku menjauhinya.. Tp, kesempatan td aku gunakan dengan membuka FS, kot2 Husna tgh online..takda rupanya.. Sewaktu itu, mataku terpaku pada FS, HUDA FAUZI. Terasa berminat dan terasa aura, adakah ini Udeng?
--YA --
Sungguh sekian lama aku mencari Udeng. Dulupun, sewaktu berFS, aku tak pernah jumpa FS udeng @ HUDA FAUZI. Sungguh.
Kesempatan itu aku gunakan dengan meninggalkan testimonial-ku kepada Udeng. Udeng membalasnya, Ya Allah.. aku sungguh terkejut dan sangat teruja dgn balasan itu. Alhamdulillah. Tetapi, masa sangat tak mengizinkan aku, aku perlu bergegas ke kampus. Dengan meninggalkan nombor telefon dan email, aku berharap agar Udeng menghubungi-ku, mungkin InsyaAllah..
Aku sangat seronok melihat gambar ini.. Syukranfillah.. Ya Allah..berikanlah kesempatan kepadaku untuk memperolehinya juga.. Amin.
**********************************************************************************
**********************************************************************************
Imbasan 3 tahun yang lalu.
Aku masih simpan lagi harta karun di bawah alas meja aku sewaktu di SMAPL. Harta karun ini sangat berharga bagiku, semuanya masih seperti baru, tak dimakan masa tak dimamah usia. Aku sangat cermat menyimpannya.. Sedar tak sedar, sudah 3 tahun aku memilikinya. Aku tak lupa semua ini. Special Gift sewaktu Friendship Day. Mereka selalui memotivasikan aku. Sehingga kini, separuh perjuangan aku bersandarkan kepada semua motivasi itu.. Terima Kasih teman-ku..
Ini adalah kad daripada Zarina Yusof. Mungkin sekarang telah menjadi graduan UPM. Perjumpaan terakhir aku dengannya adalah sewaktu tahun lepas, 2007. Mungkin. Aku ingat2 lupa.. Tapi, kad istimewa ini aku langsung xlupa. Tak berkedut langsung. Aku sangat teliti menjaganya.. Teman-temanku merupakan anugerah yang tak ternilai buatku.. Sbb itu bagiku, biarpun aku semakin meningkat dewasa, biarlah semua harta karun ini juga turut dewasa bersama denganku.. Sewaktu di SMAPL, Zarina merupakan jiran sebelah katilku, sungguh Zarina sangat caring.. sehingga kini, sifat caring itu masih lagi menebal dalam jiwa mulusnya.. (ceewahh!!)
Sijil dibawah merupakan sijil yang tak akan laku dimana2 tempat,sbbnya sijil ini merupakan sijil 'Friendship Day' daripada kelas aku. 6 Farabi 2.. sijil yg sengaja direka2 dan dianugerahkan kepada siapa yang dorang terasa nk bagi.. Aku masih lagi simpan sijil ni bukan apa, cop pada sijil tu tersangatlah mahal.. Entah sapa2 yg mengecop sijil nih.. Aku tak tau la Cikgu Zul tahu ke tidak tentang benda2 nih.. Al-Maklumlah, kelas aku kena aim sebagai kelas yg suka main2.. hehe.. Seronok sungguh waktu nih.. Aku tak akan lupa.
Imbasan lagi..
Keratan akhbar ini, walaupun tak berkaitan dengan aku, tetapi, kejayaan sahabatku, Ahmad Hadiddin Hashim (kalo xsilap) sangat membanggakan aku.. kejayaannya merupakan kejayaan yang paling manis buat kami.. Terima Kasih kepada guru-guru SMAPL yang tak jemu membimbing kami walau dalam tempoh yang singkat pertemuan ini, walau terpaksa mengharungi pahit getir perjuangan.. Semuanya berbayar dengan kejayaan SMAPL dalam STPM 2004. Alhamdulillah..
Aku memang seorang yang agak sentimental cuma aku tak pandai untuk mengekspresikan perasaan itu. Sungguh aku akui kekurangan-ku.. Walaupun begitu, jauh disudut hati, aku sangat merindui semua temanku, terutamanya teman-teman seperjuangan-ku di SMAPL. Andai diberi peluang, ingin aku aturkan pertemuan kita. Namun, semuanya hanya di peringkat perancangan. InsyaAllah andai diizinkan, juga InsyaAllah jika diberi kesempatan oleh-Nya..
Buat Udeng@ Huda Fauzi, sesungguhnya tautan persahabatan itu sangat indah, tak rela untuk diputuskan, biarkan terus bersemi di hati. InsyaAllah, dengan izin-Nya, kita akan bertemu jua nanti.. terlalu banyak peristiwa yang dilalui dalam tempoh empat tahun ini.. terlalu banyak cerita.. suka dan duka.
Ukhwafillah dan salam sayang;
NurhayatiRahim
kat sini pun ada karaoke.. sama la dengan Dusun Bay yang famous kat Tanjung Malim nih.. walaupun aku tak gemar sangat dengan menda2 mengarut mcm nih, tp layan jele.. Nasib baik jugak kami mlm ni tak kena karaoke, dan2 je owner restoran ni jemput kiteorg nyanyi.. dasat!! dah bayar, kiteorang pun terus masuk keta.. cabut!! minta maaf ye encik BOSS.. hehe..