Assalamualaikum WBT.
Aku tukar lagu lagi, nape tah padahal lagu bintang hati tu best jugak.. Lagu yang aku taruk kat blog aku ni sebenarnya bukan le lagu kegemaran aku.. Lagu di pondok kecil ni merupakan lagu yang paling aku tak suka! Sebabnya? Sbb aku sayu dengar lagu ni... Dari kecik-kecik lagi kalo ada orang mainkan lagu ni, aku lari jauh-jauh. Aku tak boleh nk tahan sob seb sbb air mata aku mesti menitis kalo dengar lagu ni. Mesti korang tanya tertanya kan kalo dah macam tu peel aku, ape kes aku taruk lagu ni kat sini? Kan??
Takdela… kisahnya macam ni, tadi dalam pukul 8 malam macam gitu aku tengah makan malam la kan.. tengah-tengah syok makan sup ayam yang ada banyak karet dan incik kentang tu, (tengah syok makan nih!) tiba-tiba si Effa dok pasang lagu ni, siap nyanyi dengan feeling lagi.. aku pandang2 je.. malas aku nk layan, maklumla tengah mengadap kan.. aku dok dengar jela..sambil-sambil tu aku tenyeh kentang dalam pinggan aku tu sampai lumat. Yela.. korang maklum jela kan.. aku tengah geram.. tak dapat tenyeh tuan dia, tenyeh kentang pun jadileee… Sudahnya, lepas makan, aku masuk bilik.. berkurung lagi. satu hari ni aku asek berkurung je.. macam kena perintah berkurung pulaks.. aku tadak mood la.. Last, aku bukak tenet carik lagu ni. Aku pasang kuat2 kat earphone..padan muka aku, sape suruh aku xsuke dengar lagu ni.. sekarang, aku paksa diri aku dengar pulak! (Protes!) korang mesti paham perasaan aku kan?
Lagi pulak, yang buat aku tadak mood ialah.. dua tiga hari ni aku asek mimpi Abah jela.. Aduiiiiii… bukan aku tak suka tau.. tapi kadang-kadang bila aku bangun, perasaan aku normal yang sangat pelik, macam Abah ada lagi.. Padahal kalo aku ingat-ingat balik, Abah dah takde.. Dah takde. Paham? Apesal susah sangat aku nk paham ni.. Wes..aku bukan tak terima pemergian Abah, tapi pemergian Abah terlalu mengejut.. Lagi pulak sikit masa lagi aku dah nk abes kat sini.. Sedeyyylaaa… Aku ingat lagi mase aku sem3 kat sini, Abah dengan Mak datang jalan-jalan skali nak hangkut barang-barang yang aku tanak guna.. Abah cakap, “nanti Tie dah grad, kita datang awal sikit kat Tanjung Malim, kite pegi Genting, pegi Cameron ke.. pegi Hot Spring Water kat Sungkai nun..” Adik-adik aku melompat-lompatla dengar kata-kata Abah. Aduyaiii.. kata-kata Abah tu terkesan dalam jiwa aku tau tak? Sampai sekarang, kalo aku dok lihat Genting dari tingkap bilik aku nih, musti aku teringat kat Abah..
Aku kan… Kalo asek mimpi Abah nih, macam nile.. jadik macam sedih sikitla.. Abah datang sengih2.. malam esok datang lagi. Sengih lagi.. Suka la tu kat sana… sengih2 Abah ni buat aku rindukan dia sangat2 tau.. ishh….
Tapi takpela. Dah direncanakan Abah pergi dulu.. pergi dalam usia 48tahun. Aku redha walaupun pemergian Abah secepat ini.. Masuk bulan nih, dah 1 tahun 4 bulan la Abah takde. Abah pergi dalam tarikh yang sangat cantik. 20/ 07/ 2007. 5 Rejab 1428 pada pukul 1.10 pagi pada pagi hari Jumaat. Alhamdulillah, semua adik beradikku sempat berjumpa dengan Abah, mencium dahi abah dan membisikkan pada Abah betapa kami sangat sayang Abah dan meredhai pemergian Abah.
Oh, paling aku takleh lupa pagi Jumaat itu ialah adik aku, Muslim. Muslim menangis dari pukul 2 pagi, sampaile aku baru sampai rumah jam 10.30 pagi tu, dia masih lagi menangis.. itule menurut kata kakak aku. sayu betul aku nengok dia.. daripada aku tanak nages sampai la tiba2 air mata aku keluar tanpa sedar.. senyap-senyap aku keluar rumah, pegi belakang dapur menangis kat situ..takleh tahan.. sedih sangat.. isk.. Malamnya, adik aku yang bongsu, Ahmad Al-Ghazali.. dokla cium2 baju abah.. Ahmad kantoi dengan aku sbb aku carik-carik budak sorang ni tak jumpa.. mane tah.. Rupa-rupanya, dia ada dalam bilik aku, tengah cium baju abah yang mak tak sempat nak basuh.. weii..sedih aku nengok.. Abah dah takde dah sayang…
Emak. Mak sangat kuat, Cuma sewaktu jenazah Abah dibawa keluar dari rumah untuk disembahyangkan di masjid oleh para jemaah selepas solat Jumaat, Emak longlai, seakan sukar untuk menerima pemergian ini.. Aku membantu Emak bangkit.. aku memeluk Emak.. aku bisikkan pada Emak.. “ Mak..adik-adik akan sedih kalo tengok mak macam ni..Mak kena kuat.. sbb Emakla kiteorang jadi kuat.. Abah pegi dalam Husnul Khatimah mak..” Aku menangis.. aku sedih juga, dari tadi aku cuba menahan air mata aku tanak bagi adik-adik tengok, padahal dalam hati, hanya Tuhan aje yang tau macamana perasaan aku.. Namun, air mata aku melimpah juge saat itu..
Malam kedua Abah takde.. aku sangat terasa sbb aku dah tak dengar bunyi bikers Abah. Kalo tidak, dengar aje bikers Abah, aku le yang cepat yang bukakkan pintu untuk Abah. Tapi malam tu senyap je.. apesal ni weii.. Sunyi rumah aku nih.. Tapi mase berkabung tu la sunyi, sekarang dah tak sunyi dah sbb adik-adik aku sering balik rumah semenjak Abah dah takde, lagi pulak, adik-adik aku yang empat orang tu sekolah dengan Mak skali, riuh jugelah rumah cantik aku tu.. Lagi pulak, kiteorang tanak Mak rasa sunyi jadi memang slalu balik rumah walau mase Abah tengah ada lagi.. Itula pentingnya hubungan kekeluargaan ni, kena akrab. Kan?
Walaupun sekarang Abah dah takde, aku takkan lupa segalanya tentang Abah. Kenangan bersama dengannya, senyumannya, tanggungjawabnya, rajuknya, aku tak lupa.. Korang-korang yang masih ada mak ayah tu, hargailah mak ayah sementara masih ada kat dunia ni, jangan jadik macam si tanggang pulak! Aku hangin betul kalo sapa2 yang tanak berbudi dengan mak ayah. Bak sinila mak ayah korang tu... Tanak bebel dah. Jom tengok gambar Abah pulak!
Abah masa muda. Gambar masa ni aku tatau Abah umo berapa. Tapi aku agak, sebaya umo aku sekarang kot! Ensem kan Abah aku?? hehe..
Gambar ni Abah ambik sendiri sehari sebelum Abah xcident pada hari Rabu iaitu pada hari lahir aku yang ke -22.
Nile motosikal kesayangan Abah. Juge motosikal kesayangan aku sbb aku g skola naik motosikal ni la.. weweiitt!!!...
Owner motosikal ni yang baru. Mak jualkan. Aku sedih sgt bila dapat tau mak nk jual motosikal ni.. Nnti kalo aku kaya ke, aku tiba2 terjumpa balik motosikal ni. Aku nk beli. Nk suruh laki aku pakai. Laki aku? Boleh ke.. emm.. bagi adik aku pakai le... (kes suka berangan)
Abah pada hari raya 2006.
Rumah aku sentiasa ramai orang datang sewaktu Abah ada lagi. Sekarang kawan-kawan Abah pun tetap datang jugak menziarah. Terima Kasih ye..
Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku kepada roh abah, serta muslimin yang lain. ampunilah dosanya, kasihanilah dia serta sejahterakanlah dia. Maafkankah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih. AMIN