
Hari ini merupakan hari yang agak lega bagi aku dan jiwa ku..
Pagi tadi lepas sahur aku terus tak tidur menyiapkan kerja-kerja aku yang terbengkalai semalam..dan pukul 10.00 pagi tadi aku telah menghadirkan diri ke taklimat praktikum Jabatan Sejarah di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Taklimat telah disampaikan oleh penyelia praktikum, Pn. Wan Noorlizawati Wan Mat Ali dan sesudah itu, Danial selaku pemacu kelas telah mengendalikan penempatan praktikum yang sangat direbuti oleh kawan-kawan sekelasku.
Penempatan praktikum berjalan dengan lancar dan hanya ada beberapa masalah penempatan yang melibatkan sekolah convert dan sekolah methodist di Melaka.
Penempatan praktikum aku tak ada masalah kerana aku berjaya mendapatkan sekolah SMK Bandar Sungai Buaya di Rawang.
Aku agak terkilan kerana sekolah pilihan aku iaitu, SMK Sungai Choh terpaksa aku lepaskan demi menjaga hati kawan.
hm..aku agak terkilan dengan situasi ini..
Tapi, tak mengapalah sebab aku tetap praktikum di Rawang yang dekat dengan UPSI untuk kerja-kerja tertentu dan tugasan assigment.
Sementelahan, aku juga dapat melepak di kolej bersama otai serumahku jika aku boring sewaktu cuti persekolahan.
Sekarang apa yang aku perlu selesaikan ialah masalah untuk mendapatkan kuarters atau rumah sewa yang dekat dengan sekolah.
Dengar khabar, budak2 Kaunseling pun akan menjalani praktikum di sekolah yang sama dengan aku..
Alhamdulillah..aku dapat lagi kawan baru dari kursus yang berbeza..
Saat ini, aku cuma menghitung hari untuk menjalani praktikum pada 12 Januari sehingga 24 April 2009..
Saat ini, aku cuma menghitung hari untuk menjalani praktikum pada 12 Januari sehingga 24 April 2009..
Setelah itu, tugas aku sebagai pelajar akan berakhir sementara waktu sebelum aku bergelar pelajar kembali untuk menyambung Master. InsyaAllah..
Fokus kerja aku sekarang ialah menyiapkan thesis dan bersedia untuk peperiksaan akhir yang akan menjelang tidak lama lagi.
Fokus kerja aku sekarang ialah menyiapkan thesis dan bersedia untuk peperiksaan akhir yang akan menjelang tidak lama lagi.
Semoga perjalanan aku sebagai pelajar dirahmati dan diberkatiNya..



Orang cakap, kalo mendung tak beerti nak hujan.. tapi aku tengok..memang confirm-confirm nak hujan dah ni..
Tapi best tau kalau hujan.. sejuk je.. nak pulak lokasi kolej kediaman aku yang tersayang ni belakang Banjaran Titiwangsa.. Memang syok layan angin sepoi-sepoi..(maknenye tido la tu..kuikui) Aiseh..tapi hujung minggu awal Ramadhan ni aku tak tido petang tau.. maklumlah..asyik kena kacau ngn Nadia Yuna..(minah ni melepak kat bilik aku hujung minggu nih!)
Ni nama dia Bahtera Teracce. Lokasinya depan kolej aku je.. cantikkan ? sebab tu la aku asyik snap gambar ni je.. depan bilik jah.. buat ape susah2.. kalo tension ke hapa ke aku lepak depan balkoni.. macam-macam aku leh wat..minum ke makan ke baca buku ke..(poyo je baca buku pulak!!) melepak ngn buah hati aku ke..(laptop daaa…).. sebab sini tempat ni memang sweet..
