Friday, November 7, 2008

Entri tentang Abah.


Assalamualaikum WBT.



Aku tukar lagu lagi, nape tah padahal lagu bintang hati tu best jugak.. Lagu yang aku taruk kat blog aku ni sebenarnya bukan le lagu kegemaran aku.. Lagu di pondok kecil ni merupakan lagu yang paling aku tak suka! Sebabnya? Sbb aku sayu dengar lagu ni... Dari kecik-kecik lagi kalo ada orang mainkan lagu ni, aku lari jauh-jauh. Aku tak boleh nk tahan sob seb sbb air mata aku mesti menitis kalo dengar lagu ni. Mesti korang tanya tertanya kan kalo dah macam tu peel aku, ape kes aku taruk lagu ni kat sini? Kan??



Takdela… kisahnya macam ni, tadi dalam pukul 8 malam macam gitu aku tengah makan malam la kan.. tengah-tengah syok makan sup ayam yang ada banyak karet dan incik kentang tu, (tengah syok makan nih!) tiba-tiba si Effa dok pasang lagu ni, siap nyanyi dengan feeling lagi.. aku pandang2 je.. malas aku nk layan, maklumla tengah mengadap kan.. aku dok dengar jela..sambil-sambil tu aku tenyeh kentang dalam pinggan aku tu sampai lumat. Yela.. korang maklum jela kan.. aku tengah geram.. tak dapat tenyeh tuan dia, tenyeh kentang pun jadileee… Sudahnya, lepas makan, aku masuk bilik.. berkurung lagi. satu hari ni aku asek berkurung je.. macam kena perintah berkurung pulaks.. aku tadak mood la.. Last, aku bukak tenet carik lagu ni. Aku pasang kuat2 kat earphone..padan muka aku, sape suruh aku xsuke dengar lagu ni.. sekarang, aku paksa diri aku dengar pulak! (Protes!) korang mesti paham perasaan aku kan?




Lagi pulak, yang buat aku tadak mood ialah.. dua tiga hari ni aku asek mimpi Abah jela.. Aduiiiiii… bukan aku tak suka tau.. tapi kadang-kadang bila aku bangun, perasaan aku normal yang sangat pelik, macam Abah ada lagi.. Padahal kalo aku ingat-ingat balik, Abah dah takde.. Dah takde. Paham? Apesal susah sangat aku nk paham ni.. Wes..aku bukan tak terima pemergian Abah, tapi pemergian Abah terlalu mengejut.. Lagi pulak sikit masa lagi aku dah nk abes kat sini.. Sedeyyylaaa… Aku ingat lagi mase aku sem3 kat sini, Abah dengan Mak datang jalan-jalan skali nak hangkut barang-barang yang aku tanak guna.. Abah cakap, “nanti Tie dah grad, kita datang awal sikit kat Tanjung Malim, kite pegi Genting, pegi Cameron ke.. pegi Hot Spring Water kat Sungkai nun..” Adik-adik aku melompat-lompatla dengar kata-kata Abah. Aduyaiii.. kata-kata Abah tu terkesan dalam jiwa aku tau tak? Sampai sekarang, kalo aku dok lihat Genting dari tingkap bilik aku nih, musti aku teringat kat Abah..




Aku kan… Kalo asek mimpi Abah nih, macam nile.. jadik macam sedih sikitla.. Abah datang sengih2.. malam esok datang lagi. Sengih lagi.. Suka la tu kat sana… sengih2 Abah ni buat aku rindukan dia sangat2 tau.. ishh….



Tapi takpela. Dah direncanakan Abah pergi dulu.. pergi dalam usia 48tahun. Aku redha walaupun pemergian Abah secepat ini.. Masuk bulan nih, dah 1 tahun 4 bulan la Abah takde. Abah pergi dalam tarikh yang sangat cantik. 20/ 07/ 2007. 5 Rejab 1428 pada pukul 1.10 pagi pada pagi hari Jumaat. Alhamdulillah, semua adik beradikku sempat berjumpa dengan Abah, mencium dahi abah dan membisikkan pada Abah betapa kami sangat sayang Abah dan meredhai pemergian Abah.



Oh, paling aku takleh lupa pagi Jumaat itu ialah adik aku, Muslim. Muslim menangis dari pukul 2 pagi, sampaile aku baru sampai rumah jam 10.30 pagi tu, dia masih lagi menangis.. itule menurut kata kakak aku. sayu betul aku nengok dia.. daripada aku tanak nages sampai la tiba2 air mata aku keluar tanpa sedar.. senyap-senyap aku keluar rumah, pegi belakang dapur menangis kat situ..takleh tahan.. sedih sangat.. isk.. Malamnya, adik aku yang bongsu, Ahmad Al-Ghazali.. dokla cium2 baju abah.. Ahmad kantoi dengan aku sbb aku carik-carik budak sorang ni tak jumpa.. mane tah.. Rupa-rupanya, dia ada dalam bilik aku, tengah cium baju abah yang mak tak sempat nak basuh.. weii..sedih aku nengok.. Abah dah takde dah sayang…




Emak. Mak sangat kuat, Cuma sewaktu jenazah Abah dibawa keluar dari rumah untuk disembahyangkan di masjid oleh para jemaah selepas solat Jumaat, Emak longlai, seakan sukar untuk menerima pemergian ini.. Aku membantu Emak bangkit.. aku memeluk Emak.. aku bisikkan pada Emak.. “ Mak..adik-adik akan sedih kalo tengok mak macam ni..Mak kena kuat.. sbb Emakla kiteorang jadi kuat.. Abah pegi dalam Husnul Khatimah mak..” Aku menangis.. aku sedih juga, dari tadi aku cuba menahan air mata aku tanak bagi adik-adik tengok, padahal dalam hati, hanya Tuhan aje yang tau macamana perasaan aku.. Namun, air mata aku melimpah juge saat itu..




Malam kedua Abah takde.. aku sangat terasa sbb aku dah tak dengar bunyi bikers Abah. Kalo tidak, dengar aje bikers Abah, aku le yang cepat yang bukakkan pintu untuk Abah. Tapi malam tu senyap je.. apesal ni weii.. Sunyi rumah aku nih.. Tapi mase berkabung tu la sunyi, sekarang dah tak sunyi dah sbb adik-adik aku sering balik rumah semenjak Abah dah takde, lagi pulak, adik-adik aku yang empat orang tu sekolah dengan Mak skali, riuh jugelah rumah cantik aku tu.. Lagi pulak, kiteorang tanak Mak rasa sunyi jadi memang slalu balik rumah walau mase Abah tengah ada lagi.. Itula pentingnya hubungan kekeluargaan ni, kena akrab. Kan?




Walaupun sekarang Abah dah takde, aku takkan lupa segalanya tentang Abah. Kenangan bersama dengannya, senyumannya, tanggungjawabnya, rajuknya, aku tak lupa.. Korang-korang yang masih ada mak ayah tu, hargailah mak ayah sementara masih ada kat dunia ni, jangan jadik macam si tanggang pulak! Aku hangin betul kalo sapa2 yang tanak berbudi dengan mak ayah. Bak sinila mak ayah korang tu... Tanak bebel dah. Jom tengok gambar Abah pulak!




Abah masa muda. Gambar masa ni aku tatau Abah umo berapa. Tapi aku agak, sebaya umo aku sekarang kot! Ensem kan Abah aku?? hehe..




Gambar ni Abah ambik sendiri sehari sebelum Abah xcident pada hari Rabu iaitu pada hari lahir aku yang ke -22.



Nile motosikal kesayangan Abah. Juge motosikal kesayangan aku sbb aku g skola naik motosikal ni la.. weweiitt!!!...


Owner motosikal ni yang baru. Mak jualkan. Aku sedih sgt bila dapat tau mak nk jual motosikal ni.. Nnti kalo aku kaya ke, aku tiba2 terjumpa balik motosikal ni. Aku nk beli. Nk suruh laki aku pakai. Laki aku? Boleh ke.. emm.. bagi adik aku pakai le... (kes suka berangan)
Abah pada hari raya 2006.

Rumah aku sentiasa ramai orang datang sewaktu Abah ada lagi. Sekarang kawan-kawan Abah pun tetap datang jugak menziarah. Terima Kasih ye..

Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku kepada roh abah, serta muslimin yang lain. ampunilah dosanya, kasihanilah dia serta sejahterakanlah dia. Maafkankah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih. AMIN

Thursday, November 6, 2008

hoooooooooooooooooo.....

Salam..



Aku sedang mengalami proses berhibernasi dlm bilik sepanjang minggu exam nih. hoho..paper aku ada 2 saje. di ulang. ada 2 ok? Paper LST 13 hb dan Paper Dokumen 19hb. Bahagia betul hidup aku. Semalam baru aku setat study.. hoho.. malas betul aku kalo nk study.. Budak2 rumah aku ni dah lama dah berperang. aku aje yg belum. kapal perang xsampai lagi da...wakaka.. Dorang? kesian dorang..dah xbetul masing2 dgn buku. mkn buku le kome.. hehee..
Nadia? heheee.. Nadia ke Eika ke..masing2 tengah berperang juge.. Esok dorang ada 2 paper. Aku agak, seperti semester-semester yang lepas, esok mesti dorang jd sewel sekejap..
Ya Allah.. kuatkanlah Iman budak2 nih..
AMIN
Hoh! 15 hb nih,
Ekin akan mengadakan majlis walimah. Kurang asam Pn. Ekin tak jemput aku dgn kad cantik beliau. Tak kira. Kalo xda aral, aku nk pegi jugak! Siap dia nnti..
Sekian.

Tuesday, November 4, 2008

i`m here!



Assalamualaikum..






Aku dh berada di Tanjung Malim.. Sekejap je rasanya kat Langkawi.. Best! Seronok! Mcm xnk balik daa... Tp apa nk buat, kenala balik jugak. sedeyyyy.....isk2... Tak ngapelah. aku ada bawak balik gambar2 yang best punya!!! hehe..




Aku ambik dengan buah hati kesayangan aku.. incik N73. Cayang dia.. cantik gambar ni..




Cantikle gambar nih.. Shoot by Dayang dan Sam. TQ!!






Oh, aku berada di puncak Gunung Mat Chincang.. Sejuk! gayat juga tp berbaloi sbb permandangan sgt cantik..


Tengah pilih2 ubat-ubatan ape yg aku nk beli..



Sambil2 tu, ambikle gambar..heheee..


Banyaknye cukelet.. Nile cukelet2 yang aku beli.. nk diberikan kepada adik2ku yng comeL2 kt kampung nnti,(Mak pun aku bagi cukelet..hehe..), bagi kat housemate yg suke mkn cukelet.., nk bagi jugak kat Zahid sbb beliau telah byk menolong aku uruskan hal2 jilid menjilid latihan ilmiah, bagi kat Pak Incik AZ (mknle cukelet byk2 ekh!!..), nk bagi kat Cik Eika sbb beliau juge pesan beli cukelet yg cantik2 dan comey.. Cukelet-cukelet Kak Ja dan juge aku beli cukelet untuk Mak Ngah yg berada di Politeknik Tg.Malim.. Banyaknye aku beli cukelet!! Dalam peti ni, suma aku punya cukelet! Ada lagi separuh yg xmuat aku nk sodok kat sini.. (weweittt..!)


Malam mkn2.. Mkn byk2 sbb dah bayar dlm pakej. Rugi tak mkn abes..dan budak2 ni memang mkn x abes.. Sudahnya.. Aku tapau bawak masuk bilik.. Nyum2!!





Gambar di atas serta gambar di bawah adalah aku dan kawan2 yg ikut serta program jalan2 ini..






Sangat Seronok! Jumpa lagi ye kawan2ku sekalian..

-Sayang kamu!-


H a p p y E n d i n g !!!

Friday, October 31, 2008

packing!!!!

Jom ambik gambar! Hari ni aku packing beg dan kemas2 almari.. Barule senang hati nk keluar rumah apabila semuanya terurus dengan baik!
BAGUS!!!!

Epal ni xdela aku packing skali.. saje ambik gambar dia ni td sebab mcm cantik jee..hihik!

Owh, my sweetheart ini pun kena tinggal jugak!

p/s: kepada Effa.. sila jaga mug akak dengan cermat ok! Pecah lagi skali siap ko karang. (hehe..)


Ho... suma harta benda ni kena bawak jugak!



Hoh! Tiket ni yang paling penting. Mati aku kalo tertinggal benda nih!


Beg cantik dengan bekas brooch. WAJIB!!! Senang ape2 hal..



Hehe.. TADAA!!!!! Inilah dia satu beg yg aku packing.. Macam nkbalik kampung pulak!
PERLU ada apabila jalan jauh ialah : UBAT, SURAH KECIL, HANGER, STOKIN.
Yang lain2 tu sendiri mau ingat le..hehe..



SEKIAN!


Thursday, October 30, 2008

hari ini dan JALAN2 MAKAN!




H A R I I N I & T A D I



- updated!-




Hari ini sangatlah membosankan.. dari pagi sampai ke petang, aku asyik mengadap laptop.. Disebabkan tersangat bosan, aku pun menyakatlah Effa, (adik rumah aku).. dok tengok dia ni study ke idak.. dah pukul 6 petang pun, tadak nk buat ape2 aktiviti.. semuanya dok nak pelihara lemak masing2.. jogging pun malas, planning nk jogging bukan main!! haiyaa.... sudahnya, semuanya jogging depan laptop. Aku dengan poyonye pun cadangkan dorang bersenam memandangkan dorang ni malas nk turun jogging.. Berkesan juga, bagus sangatlah bagi sesiapa yang nk menguruskan badan.. tak caye?? tengok!






Tak susah pun.. pakai alat senaman Nadia Yuna yang dia tertinggal kat sini..hehe..







*******************************************************************************



Dalam pukul 7 petang gitu, sambil2 tunggu Maghrib, aku ajak adik2 rumah aku makan kat RAKYAT. kat belakang kolej ni je.. okle tu kan.. (menu dia sedap, banyak dan berbaloi dengan harga serta permandangannya). Dulu aku datang makan kat sini pun, masa semester 1, juga dengan budak2 rumah aku.. datang makan kat sini lagi skali aku dan semester 7..(huhu) .. padahal punyala dekat.. Dah lama xdatang, aku pun tak tau ada jalan belakang yang sangat cantik dan indah menuju ke restoran ini.. Manela aku tau..hehe..(budak baikle katekan.. -kot?-)





Dalam tak sedar, aku tak pernah sekali habuk pun aku keluar mkn ngn adik2 aku nih..ehheh... malam ni le waktu yang sesuai.. esok aku tadak dah..tinggal la mereka bertiga nih.. (hehe..padan muka korang!) Takpala, jagala rumah ni ye..hehe.. -Mereka dengan aku- lagi sebulan aku bersama dengan mereka.. Lepas tu, aku dah tak menghuni rumah cantik ini lagi..(sedihnyaa....) Eh, takpa2.. takdela aku kena buli lagi..(hehehheeeee......)





~InsyaAllah, kalo ada kesempatan akak datang jalan2 ke sini ye..~






Terima kasih Shida sbb beliaulah yang banyak mengambil gambar perasan kiteorang nih.. Apa nk buat, semuanya asyik nk bergambar dengan aku je..( ops!!!) heheee...






owh!! hehe..she is my roommate..







SEKIAN.

Percutian aku..

Assalamualaikum WBT..


hoho.. Esok aku akan berangkat ke Langkawi.. xsabarnyee.. hihi.. dah lama xpegi bercuti nih.. harap2nye ombak xbergelora.. Sebenarnya aku ingatkan hari ni la bertolak ke sana, rupa2nya Jumaat nih.. nampak sgt xsabo..hoho..


Aku ke sana bersama dengan 26 lagi kawan2 sekelas.. percutian aku dgn kawan2 kali ini merupakan percutian aku yang terakhir bersama dengan mereka.. Lepas ni, semuanya akan menuju ke destinasi masing2.. Harapnya, persahabatan ini tak akan putus walau masing2 sudah berumahtangga kelak.. (hehe)


Inilah Best Star Resort.. aku dan kawan2 akan menginap disini selama 3 hari 2 malam.. Merujuk kepada research yang aku buat, nampak macam Alhamdulillah, baik.. sbbnya resort ni berhampiran dengan laut, (aircond semulajadi yg aku paling suka!!), serta pakej bilik2 yang ditawarkan pun nampak mcm best je.. sekali dengan BBQ dan breakfast. InsyaAllah harapnya bestlah berbanding dengan percutian di Pangkor semester yang lepas.. Hurm.. bagi aku antara perkara penting bagi setiap percutian tentulah makanannya.. yelah, mestilah mcm tu, kalo makanan tak best, tak berbaloi dengan harga yang dijual pun xseronok jugak kan? Tapi, aku tau juga bahawa makanan kat Kedah ni best2 dan murah..(hehe, bagus kalo mcm tuh!). Aku tak leh lupa Nasi Beriani singgit kat Alor Setar hari tu.. owh..sedap!!
Aku berharap, percutian kali ini berjalan dengan lancar..
Terima kasih kepada Ali, Azmi dan Zack kerana merekalah yang merancang dan menguruskan segala hal percutian kami kali ini. Tugas aku adalah membayar pakej je..hehe..
SEKIAN

Tuesday, October 28, 2008

tiada yang seindah kurnia-Nya..


Assalamualaikum WBT..

Sekali lagi seperti biasa putaran kehidupan pun beredar.. maka hari ini telah pun berlalu.. perjalanan kehidupanku tetap tidak sama seperti sebelumnya.. hurm.. macam2 perkara yang telah berlaku.. semuanya rumit.. semuanya bersangkutan dengan kisah pada masa hadapan..

Rabbana Ya Tuassir Wala Tua'ssir Ya Karim..
Alhamdulillah, Amin.


Malam Annual Dinner..

Aku melangkah masuk ke Dewan Sri Tanjung, UPSI dengan muka yang sangat innocent.. buat don't know pada mata yang memerhati.. hehe.. Aku dah jangka.. Malas da aku nk semakkan kepale otak nih.. (yelah, mlm tu tema dia kaler purple, aku pulak pegi pakai baju kaler oren tu kenape..) Hurm..aku xkesah pun, ada lagi kekawan yang senasib dgn aku daa.. (Kenape aku tak pakai baju purple?, sbb baju purple aku tak basuh lagi!!! hehe..) Nasib le..


Gambar ni??

Gambar ni aku ambik pada pukul 7.00 pagi.. Permandangan seperti inilah yang aku tunggu2 setiap pagi.. Aku suka betul dengan kabus dan awan.. Pada aku, kabus dan awan sangat indah dan cantik.. Subhanallah..




Kenduri Kahwin di Langkap.

Gambar ini diambil pada 26hb10 di Kampung Degong, Langkap. Pelamin ini sangat cantik bagiku.. Sebab apa? Sebab ada unsur2 warna putih yang melatarinya.. Putih melambangkan kesucian dan tradisi.. InsyaAllah, andai diberi peluang dan diberi izin oleh-Nya, aku juga ingin menggunakan warna putih sebagai tema pernikahanku. InsyaAllah mudah2han.. Oh, paling best ialah..aku dapat mkn byk! hehe.. Terima kasih kepada Kak Yang sekeluarga.


Buku teks.. Biasala.. nk buat microteaching kena la ada buku nih.. Wajib untuk buat rujukan.. Hurm.. Aku tengah dalam antara percaya atau tidak? Aku kini CIKGU?? Alhamdulillah.. dulu hanya cita-cita..kini CIKGU adalah kehidupanku.. (Buat abah..terima kasih ye abah.. abah lah yg banyak mengorbankan segala masa dan tenaga untuk kejayaan ini..)

***

Walau abah tak sempat untuk melihat aku bergelar GRADUAN, namun aku tahu, abah melihatku dari kejauhan.. Saat aku hampir rebah tatkala pemergianmu abah, aku ada EMAK yang banyak menguatkan semangatku.. Alhamdulillah.. Aku tahu bahawa aku ada Dia.. kerana Dia, aku ada kekuatanku.. Alhamdulillah.. Aku berjaya melepasi saat-saat getir itu.. Apabila aku teringat kembali saat-saat itu, tak kusangka aku seorang yang sangat cekal menempuh hidup, sangat tekad dalam keputusanku.. Ya Allah.. semuanya kerana keizinan-Mu.. Dikurniakan sahabat semasa susahku, Nadia Yuna sentiasa disampingku..

Setiap saat di KLIA adalah saat-saat sedih bagiku.. Setiap sesaat aku memasrahkan diri terhadap kenyataan takdir ini.. Saat-saat yang sangat getir.. Juga saat-saat aku terbang seorang diri ke KT, menuju kedestinasiku menemui Abah buat kali terakhir, aku ditemani tanpa sesiapa.. Namun aku tahu bahawa Dia sentiasa menemaniku.. Ya Allah.. Aku masih terasa lagi perasaan itu.. Saat perit.. Sangat sukar.. Dalam ketenangan yang dikurniakan oleh-Nya, aku diketemukan jua dengan Abah tersayang.. Ya Allah.. aku tak akan lupa saat-saat itu.. Aku tak pernah lupa..

Kejayaanku adalah hadiah untukmu Abah.. Impian kuserahkan kepadamu Emak.. Alhamdulillah..

***


Kerusi kosong ini menandakan kelasku di UPSI telahpun berakhir.. Tahun hadapan, aku akan menjalani praktikum di SMK Sungai Buaya, Rawang.. Sekejap saja semuanya telah pun sampai dipenghujungnya.. Namun, difikiranku, aku sentiasa membayangkan saat-saat andai Abah ada bersama di hari Graduasiku.. Alangkah indahnya.. (Ya Allah.. Aku sangat merindui Abah..)

Setiap hari-hari kehidupanku aku lalui dengan penuh keredhaan kerana aku tahu, setiap aturan ini adalah rencana-Nya.. Aku yakin bahawa Dia sedang mengujiku.. Aku tahu bahawa Dia tak akan mengujiku sedemikian rupa andai Dia tahu aku tak mampu menempuhi segala dugaan ini.. Sekarang, aku sedang mendaki kejayaan di puncak.. Aku juga dikurniakan keluarga yang sangat memahami dan prihatin, juga dikurniakan seseorang yang InsyaAllah dapat menjagaku dan keluargaku dengan baik kelak..

Alhamdulillah..