Malam Annual Dinner..
Aku melangkah masuk ke Dewan Sri Tanjung, UPSI dengan muka yang sangat innocent.. buat don't know pada mata yang memerhati.. hehe.. Aku dah jangka.. Malas da aku nk semakkan kepale otak nih.. (yelah, mlm tu tema dia kaler purple, aku pulak pegi pakai baju kaler oren tu kenape..) Hurm..aku xkesah pun, ada lagi kekawan yang senasib dgn aku daa.. (Kenape aku tak pakai baju purple?, sbb baju purple aku tak basuh lagi!!! hehe..) Nasib le..
Gambar ni??
Gambar ni aku ambik pada pukul 7.00 pagi.. Permandangan seperti inilah yang aku tunggu2 setiap pagi.. Aku suka betul dengan kabus dan awan.. Pada aku, kabus dan awan sangat indah dan cantik.. Subhanallah..
Kenduri Kahwin di Langkap.
Gambar ini diambil pada 26hb10 di Kampung Degong, Langkap. Pelamin ini sangat cantik bagiku.. Sebab apa? Sebab ada unsur2 warna putih yang melatarinya.. Putih melambangkan kesucian dan tradisi.. InsyaAllah, andai diberi peluang dan diberi izin oleh-Nya, aku juga ingin menggunakan warna putih sebagai tema pernikahanku. InsyaAllah mudah2han.. Oh, paling best ialah..aku dapat mkn byk! hehe.. Terima kasih kepada Kak Yang sekeluarga.
Buku teks.. Biasala.. nk buat microteaching kena la ada buku nih.. Wajib untuk buat rujukan.. Hurm.. Aku tengah dalam antara percaya atau tidak? Aku kini CIKGU?? Alhamdulillah.. dulu hanya cita-cita..kini CIKGU adalah kehidupanku.. (Buat abah..terima kasih ye abah.. abah lah yg banyak mengorbankan segala masa dan tenaga untuk kejayaan ini..)
***
Walau abah tak sempat untuk melihat aku bergelar GRADUAN, namun aku tahu, abah melihatku dari kejauhan.. Saat aku hampir rebah tatkala pemergianmu abah, aku ada EMAK yang banyak menguatkan semangatku.. Alhamdulillah.. Aku tahu bahawa aku ada Dia.. kerana Dia, aku ada kekuatanku.. Alhamdulillah.. Aku berjaya melepasi saat-saat getir itu.. Apabila aku teringat kembali saat-saat itu, tak kusangka aku seorang yang sangat cekal menempuh hidup, sangat tekad dalam keputusanku.. Ya Allah.. semuanya kerana keizinan-Mu.. Dikurniakan sahabat semasa susahku, Nadia Yuna sentiasa disampingku..
Setiap saat di KLIA adalah saat-saat sedih bagiku.. Setiap sesaat aku memasrahkan diri terhadap kenyataan takdir ini.. Saat-saat yang sangat getir.. Juga saat-saat aku terbang seorang diri ke KT, menuju kedestinasiku menemui Abah buat kali terakhir, aku ditemani tanpa sesiapa.. Namun aku tahu bahawa Dia sentiasa menemaniku.. Ya Allah.. Aku masih terasa lagi perasaan itu.. Saat perit.. Sangat sukar.. Dalam ketenangan yang dikurniakan oleh-Nya, aku diketemukan jua dengan Abah tersayang.. Ya Allah.. aku tak akan lupa saat-saat itu.. Aku tak pernah lupa..
Kejayaanku adalah hadiah untukmu Abah.. Impian kuserahkan kepadamu Emak.. Alhamdulillah..
***
Kerusi kosong ini menandakan kelasku di UPSI telahpun berakhir.. Tahun hadapan, aku akan menjalani praktikum di SMK Sungai Buaya, Rawang.. Sekejap saja semuanya telah pun sampai dipenghujungnya.. Namun, difikiranku, aku sentiasa membayangkan saat-saat andai Abah ada bersama di hari Graduasiku.. Alangkah indahnya.. (Ya Allah.. Aku sangat merindui Abah..)
Setiap hari-hari kehidupanku aku lalui dengan penuh keredhaan kerana aku tahu, setiap aturan ini adalah rencana-Nya.. Aku yakin bahawa Dia sedang mengujiku.. Aku tahu bahawa Dia tak akan mengujiku sedemikian rupa andai Dia tahu aku tak mampu menempuhi segala dugaan ini.. Sekarang, aku sedang mendaki kejayaan di puncak.. Aku juga dikurniakan keluarga yang sangat memahami dan prihatin, juga dikurniakan seseorang yang InsyaAllah dapat menjagaku dan keluargaku dengan baik kelak..
Alhamdulillah..
2 comments:
salam yati..
gambar kerusi tu paling menyentuh dn berkait sgt dgn cerita. kosong dn sepi.
moga arwah abah bersama org2 yg soleh. banggakan dia. jadilah cikgu yg hebat.
hehe. skema! =)
oh, ek? sedih juga masa taip entry ni.. Namun, hidup mesti diteruskan! InsyaAllah..Alhamdulillah.
Post a Comment