Sunday, August 31, 2008

geram!!!!


huh...geram..konon-konon nak kua la sangat..
penat dok tunggu-tunggu sampai dah nak Maghrib puns..
telinga aku pun dan sebal asyek pakai headphone jerk dari tadik..
nasib baik la smentara tunggu bulan jatuh tu aku aku dah siapkan sebijik assingment yang tak best nih..ceh..
aku masih lagi geram!!!
boleh T U M B U K dia x???

Selamat datang Bulan Kemuliaan..


Ramadhan datang lagi.. Alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk meraih pahala daripada keberkatannya.. Ramadhan bulan yang mulia.. oleh itu, sama-samalah kita memanfaatkan kehadirannya kerana pemergiannya nanti tak mungkin akan kembali.. cuma usia yang akan menentukan pertemuan kita dengannya..
melalui keizinan-Nya...
.......
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
.......
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
SEMOGA BEROLEH BERKAT DARIPADA-NYA
-AMIN-

my sweet little heart says..

hari ni aku berjaya create blog dengan jayanya..
terima kasih kepada BOSS..
Nadia Yuna yang Comei yang degil dan yang sangat kusayang..
hihi..

hari ni memang tak boring..
sambil-sambil melepak di tepi balkoni melayan internet sempat juga aku mempelajari seni jahitan manik..memang cantik dan sangat menawan hati..kepada SIFU jahitan manik yang cun..

Y a n a..

terima kasih ye.. memang cantik sangat!



inilah hasilnya..walaupun nampak tak seberapa..tapi bolehlah kan?

satu hari hari ni memang relaks..
saje bebaskan diri dari assingment yang mengikat langkah..
hujung minggu macam ni seronok luangkan masa bersama
lagipun dah nak habis pun study kat sini..

cuma kesenangan hatiku terusik dek cerita hati yang tak pernah sudah..
yang selalu menguji ketulusan hati..tapi aku cuma mampu diam membisu, meski aku terlalu ingin meluahkan hasrat yang terpendam..

T A M A T

..sentiasalah belajar untuk melengkapi diri sendiri..

my sweet little HEART says..

i dont know..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-51

hmm..sedar tak sedar dah 51 tahun kita merdeka..
tapi jiwa dan perasaan kita masih lagi belum merdeka..
selayaknya aku berpendapat
Malaysia belum lagi merdeka
kerana 'jiwa'nya sentiasa terjajah oleh
penjajahan..
J A D I
apa pendapat kalian?

Saturday, August 30, 2008

Eika and me

Malam Apresiasi 1957 di Kolej Harun Aminurasshid.
Best sangat..kiteorg cume jalan-jalan carik makanan jerk!

Malam Apresiasi 1957

__________with eika, Nadia, and me____________