Wednesday, November 11, 2009

Pening..*&%^@#

AssalamualaikumWBT..


Aduyai, aku pening la 2,3 hari ni..nape tah..sbb kurang darah ke..aiyakkk!!!! mungkin juga..
sebelum balik ke tapah,mak mentua dah siap2 bekalkan aku bayam merah untuk aku masak dan tambahkan darah, malangnya, aku je yg malas nk masak. Petang 4.30 baru balik, siap2 mandi, basuh baju dah maghrib. pastu malam, pastu aku dah ngntuk..ish..ish..tape hari ni kena masak jugak..kesian bayam tu..


Rase macam nk mc je tp sayang pulak nk mc sbb dh nk habih skola pun. tak larat betul hari ni..pening kepala, badan penat, kaki sakit..macam2 hal..kalo ngadu ni maunye terus dibawak ke klinik..tamaulaa..aku nk rehat je.. bosan betul..tu pasalla aku dh tak sabo nk habiskan minggu orientasi hujung minggu ni..penatle..lagi pulak tade geng, aku sorang2 je kat skola..boring..


Hari ni macam mana? badan tak larat sgt..rase nk xcuse je untuk tugasan petang ni..kang aku pengsan sorang2 kat skola kang sape nk jawab??haiiiyaaa... =(


Sekian.


Monday, November 9, 2009

::demam peperiksaan::

Assalamualaikum WBT.



Hari ni aku bangun awal dan datang awal ke sekolah. tiap2 hari aku sampai ke sekolah jam 6.55 pagi. emm..terpaksa gerak awal dari rumah sb tanak jem. maklumlah laki hantar dan ambik. nk kejar masa ke sekolah dan dari sekolah aku, si dia kena patah balik masuk pekan tapah terus ke chenderiang. sampai awal takpe, boleh lepak2 dan bekfes.



Owh, dah nk pukul 10.30, aku kena start xm hari ni. paper budak2 start pukul 10.45. Haih..perut dah kenyang ni, malas pulak nk gerak. nk pulak bila dah asyik mengadap tenet ni, montot bagai melekat2 dekat kerusi...ekekee..



Karang lepas balik sekolah nk makan2 dgn humaira, si comel yg kecik tomei2 tu..dah lame tk jumpa..rindunye...hehe..



Cikgu2 sekolah tengah countdown bila gaji nk kua, aku pulak sbb tade gaji lagi, sibuk coundown bila nk cuti sekolah..hihikkk!!!



okla, dh 10.30, taleh lambat2 g kelas sbb aku jalan lambat..kena datang awal sikit baru tak mengah.. maklumle baby dh beso..cepat mengah.. isyy...cayang baby aku ni tauu!!! =)


Sekian

Wednesday, November 4, 2009

penatnyee..

Assalamualaikum WBT..
Dikesempatan sebelum aku balik skola ni, aku curik2 surf tenet kejap. Hari ni nk balik awal, tknk balik 4.30 macam semalam, lagipun keje aku dh siap. pengetua pulak tade sbb balik awal. huihh..penat tau aku..nk pulak aku tengah lapar nih..aduyaiii...
dari pagi tadi aku curik2 makan je.. banyak pulak kelas aku hari ni. relef campur dengan kelas subjek agama yg aku ajar..jaga budak pekse lagi..macam penat sangat hari ni. esok tataula macamana..sib baik aku dh makan bihun pukul 7 pagi tadi..
Hurm, mane laki aku ni..tak sampai2 lagi.. mata dah ngantuk ni.. tapi tula, kalau dh sampai rumah, bukan bole tido pun, mata ni segar je..buat itu, buat ini..tiba2 dah malam..haihhh.. pastu tiba2 dah nk kena g skola.. macam ajaib je masa berlalu..tak sedar pelan2 masa berlalu sbb bz yg merepek2..hurrmmm...
Esok kamis, minggu depan aku ada seminggu lagi nk kena TERPAKSA balik 4.30. Apedaa..
Lagi 2minggu nk balik kampung..yea!!! Sebulan cuti kat kampung..sungguh mengujakan.... hehehehheeeeee....senyum lebar aku tauuu!!!!
****Erk? dah kul 4 p.m?? ermm..balik lewat jugakle aku..haiyaa...

Tuesday, November 3, 2009

update!!

Assalamualaikum WBT

Berjaya!!!

Hampir 6 bulan juga blog terbengkalai. Aku pulak asyik bertangguh aje nk servis blog ni, yela maklum, tenet tade kann..

Sekarang aku dah pun posting sebagai GSST di tempat tinggal ke-3 aku. Baru je nk masuk 2 mnggu jd cikgu ni haa..

Kehidupan aku sekarang ni normal..macam biasa2 je.. Baby pun dah masuk 5 bulan, tapi masih dalam perut la...hehe.. excitednyee.. Alhamdulillah.. ada yg tanya macamane agaknye rupanya aku pregnant ek? ekekee..ala..mcm biasa2 aje la kawan2ku..tak tahula nk ckp mcmana sbbnya semenjak mngandung ni aku tak pulak gila2 bergambar..nape tah..agaknye sbb aku terlampau tade mood mase alah aritu kottt…kan?kan? ntahla… Haa..ehem..ehem.. aku ada satu maklumat ni aku kira kawan2 aku berminat sgt nk tau.. aku dah nk naik 5kg sepanjang mengandung ni tau..sekarang berat aku dh cecah 48kg dah. Aku tau ramai sgt kawan2 di luar sana yang beria nk tgk badan aku berisi..sekarang dh berisi sikit..tapi tak sampai tahap tembam lagi k…maintain lagi tau..hehe

Bulan 8 lepas aku dh pun selamat konvo dgn teman2 yg lain termasukla Cik Nadia Yuna dan Cik Eika.. owh, rindu dorang sgt2!! Memang happening mase konvo..sweet sgt! Rindula kat dorang, nk pulak sekarang dah jarang dapat lepak2 macam dulu2.. bile la dapat bersama lagi kan...


Hurm... aku tengah tade idea sekarang. Nntila aku update lain..tade idea la sgt2 nk bercerita.. lagipun aku tataula korang berminat ke nk bace blog aku ni kannn..maklumla tak femes….ekeke..


Okla, aku benti kat sini dulu la ye.


Wassalam.


Thursday, June 25, 2009

my nEw life~


Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar.
Syukranfillah
































Monday, May 11, 2009

Majlis Kesyukuran.

Majlis Kesyukuran
31 Mei 2009.
Dungun, Terengganu.
&
WalimatulUrus
6 Jun 2009.
Slim River, Perak.

Thursday, April 30, 2009

aduyaiiii........~

Salam.
Hari ni aku saje pegi cc konon nk format laptop ni.
On the way, tiba2 bunyi besi yang sangat kuat meleret-leret kat bawah keta..
Aku gabra ingatkan exzos tercabut ke... uisshhhh..
Then bila aku check..
Ada besi tersangkut?
Macam mana besi yang takda kena mengena dengan part keta ni boleh sangkut padahal aku dah check tadi tade ape-ape benda pelik pun berhampiran keta.
Ini sah besi yg kat tengah jalan.
Tapi macamana besi boleh ada kat tengah2 jalan raya?
(Err... laju sangat ke aku bawak sampai boleh sangkut???)
Sekarang ni aku tengah pk2..
Lubang apa kat bawah keta tu ek?
Adusss.....
SEKIAN.

Friday, April 24, 2009

Akhirnya~~

Salam..
Entry ini adalah entry terakhir aku di BSB.
Akhirnya tempoh praktikum tamat jua.. Walau sedih nk tinggalkan pelajar2 tapi aku tetap jua gembira sebab 'praktikum' dh TAKDE lagi lepas ni..
Tahap gaban otomen taro kegembiraan aku sekarang nih tau!
DASAT EK?
Esok, after BBQ dgn kawan2 aku terus fly ke TgMalim. Isnin pulak aku terus fly ke Trg.
Sekarang ni aku tengah pening kepala nk settle surat pengenalan diri untuk grad dan sipa cop pengesahan sekali.
Alahai,....akademik UPSI ni banyak songeh tau. geram seyy.
Arahan dia yg salah menyusahkan org tak tentu pasal.
Syukur juga aku ambik tiket tengahari Isnin tuh. Urmmm...
Dush! Dush!
(ini adalah tanda PROTES!)
Well, dengan tamatnya praktikum elama 4 bulan ini, maka, tamatlah tempoh 4 tahun pengajianku di UPSI. UPSI telah memberikan aku byk pengalaman dan mematangkan aku..
SMKBSB juga adalah sebahagian 'pengajianku' yang telah memberikan berjuta peluang dan menimba beribu-ribu pengalaman fizikal & mental.
thanks a lot!

Friday, April 17, 2009

Finally. ~

Ok. =)
Sampai Tg Malim aku melepak kat cc kejap.
Td jalan-jalan dalam kampus aku jd rindu nk jd student balik. Uish!
Kejap lagi balik kolej.
Tak sabar nk nengok kad kahwin aku baru siap.
Nk mkn nasik kerabu cik abe Kelate yg SEDAP!
Esok nk g pasar malam mall TgMalim.
Nk mkn chicken chop d` Easy Cafe.
Nk lepak tepi balkoni sambil surf tenet.
Nk jumpa junior-junior yg tak lama lagi akan jd senior.
Nk jumpa Husna Hanim, my BEST Friend Ever.. (miss u so much dear!)
Nk jumpa jugak Lin, ape citer beliau dan katak-katak peliharaannya ek?
Aku nk buat macam-macam sbb minggu dpn dah tak lepak di kolej lagi. Zaman aku di sini dh nk tamat. After this, aku tk boleh berpoya-poya lagi.. (Dh janji nk jD isteri taat kan... hihik!!). Minggu depan after BBQ dgn budak2 praktikum aku terus pegi Politeknik then balik kg.
Yeaa!!!!!
SEKIAN.

yes! yes!

Salam.


Today is Friday. YES!!!!

Aku seronok hari ni dapat balik Tg.Malim..

yeaa!!!!!!!!!!


Penat betul badan 2 minggu ni. Aku nk claim tido sepuas-puasanya.

Lagipun observation pun dh habis kan? hehe..

Sekian

Wednesday, April 15, 2009

macam~macam cErita.





Update.
Aku dh delete entry seram ganas. Tutup cerita lgpun praktikum dh nk habis kan.. Jd, aku nk lupakan semua peristiwa pahit yg pernah terjadi sepanjang praktikum.


Jomla aku citer pasalmenda lain pulak.


update.

-deleted-


Tak sabar nk balik Tg.Malim. Sabtu minggu lepas aku tak balik. Kaw-kaw aku pulun sakan Hari Sukan ritu. Sampai berbelang dah aku nengok. Knp nk blk Tg.Malim? Tak sabar nk surprisekan pak incik sebenarnya. Bila pk-pk balik perlu juga aku buat something special untuk si dia sempena birthday beliau tempoh hari. Walaupun pak incik cakap birthday tak penting pun tp aku rasa dalam penting tak penting pun dia seronok jugak kalau dapat hadiah kan? Ade ke manusia kalau dapat hadiah dia tak gembira? Ada ke? Ada? Pelik kan?


Ni satu lagi. Aku dah beli ubat panau k. Diulang. Aku dah beli. Aku tak tau ape masalah kulit muka aku tiba-tiba bertompok dompok pulak. 4 bulan aku kat sini, 4 bulan juga aku jadi tak cun sbb kulit muka mcm gini. Tension k sbb lagi dua bulan aku nk jadi pengantin (InsyaAllah). So, kena jaga aset beb! Nnti orang tengok muka macam gini.. iusshhhhhhh!!! Tak dapat aku nk bayangkan.... Malu seyyy....


Sekarang da pukul 8.45 malam. Dah Isyak pun. Aku dah mengantuk. Esok aku jd AJk Debate English sekolah pulak. Nk ambik tenaga esok banyak kudrat nk guna. Malas nk merapu banyak-banyak sbb idea nk menulis pun dah berkurangan.
SEKIAN



Sunday, April 5, 2009

~for him.


I`m coming back!


Aku sekarang berada di kolej. Bersenang lenang dan beristirehat.


Mula2 aku buat keputusan untuk menyerah kalah aje dan tutup terus blog ini.
tapi aku rasa tak mungkin la.
Aku sayang blog aku dan setakat ni aku rasa aku belum melanggar etika sebagai seorang blogger.
Jadi buat apa aku rasa tak berguna kan?


Oh, sekarang hati aku masih belum sembuh sepenuhnya.
Pukul 2 nanti aku akan kembali ke Rawang.
Tak sempat jumpa pak incik minggu ni pun tak pela..

(walaupun aku balik ni semata2 nk jumpa dia..)
Pak incik tengah exam sekarang ni dan aku tak nk ganggu dia.
Minggu depan pula aku tak balik ke Tanjung Malim dan buat keputusan untuk ke Banting bersama dengan kawan2 praktikum.


Never Mind. Tak ada rezeki nk belanja dia.


Esok 6 hb 4 adalah hari lahir pak incik.


Selamat Hari Lahir AZ..


Semoga dimurahkan rezeki dan sihat selalu.
Saya tak ada hadiah special untuk diberikan..
Cukuplah awk memiliki hati saya untuk selama-lamanya..
selepas 31 Mei ini, InsyaAllah kita akan disatukan sebagai suami isteri..
Saya berjanji untuk setia di samping awk..
Saya tak kisah awk tidak sempurna sepertimana orang lain kerana saya ikhlas serahkan hati ini kerana saya sayang awak..
Mungkin kata orang.. saya boleh dapat yg lebih baik lagi dari awk..

Tp bg saya.. Awklah yg terbaik untuk saya..


Selamat Hari Lahir sayang..




Monday, March 30, 2009

Surender..

Hati aku tak tenteram.
Aku macam ingin menyerah kalah kepada "sesuatu.."
Namun aku masih terikat antara rasional dan emosional.
Adakah ini hanya ujian semata atau satu petanda.
Bersabarlah wahai hati..
Sesungguhnya aku yang memilih jalan ini dan aku perlu tempuhinya.
Jika aku ditakdirkan bersendiri, aku akan bersendiri..
Namun, sekarang, aku tidak bersedia untuk bersendirian lagi..
Aku mahu teman di sisi..
Berkongsi segala suka dan duka di hati..
Bersabarlah wahai hati..
Seandainya dia tahu apa yang aku rasakan sekarang ini..
Aku mahu dia mengerti bahawa aku ingin dia disisi..
Namun, jika aku bukannya pilihan hati..aku sedia berundur diri..
Ya Allah..
Lindungilah aku dan dia dari segala musibah yang melanda diri ini..
Ya Allah.. hanya pada-Mu aku berserah..
Hanya pada-Mu aku bertawakkal..
Hanya kepada-Mu aku serahkah hati ini..
Hanya Engkaulah Yang Paling Memahami hati ini..
Sesungguhnya Engkau satukahlah kami dengan keredhaan-Mu..
Ya Allah..Hanya Engkaulah Yang Paling memahami gelora hatiku saat ini..
i`m helpless..

Sunday, March 15, 2009

~::aku dah update!::~


Assalamualaikum WBT.


Aku di kampung dah. cuti sekolah kan.. huih, best betul cuti ni..tak sabar nk cuti bulan 4 pulak! Sepanjang cuti ni memang sibuk betul. ok. Aku tak ada banyak idea nk menulis kali ni. Enjoy the pictures k.






~Aku yg tak sabar nk habis praktikum~




~keta sakit.~




~kawan2 yg sporting moting~




~ tak sabar nk packing dan balik!~




~ my schooL~




~ Iza & me.~






~ the making of ..muraL..~





~my new look~



~the GREAT teacher.. i suppose~




Lagi 5 minggu untuk menamatkan praktikum.


Aku sayangkan pelajar-pelajar aku. Sedih juga untuk berpisah dngan mereka. Tapi apakan daya, keseronokan aku untuk menamatkan praktikum mengatasi segalan-galanya..




wassalam.

Tuesday, March 3, 2009

update minggu ini..

1 MAC 2009 8.23 PM

Dah sampai di Sungai Buaya pun. Macam biasa la, sampai2 je aku terus kemas bilik bukak lagu kuat –kuat sampai bising sambil aku pun memekak sama. Tanda protes. Aku bosan sebenarnya.

::hal Ehwal rumah::

Lampu bilik gelap lagi. Tengok bil elektrik RM 40. Aku tak tau tang mana banyaknya guna elektrik. Rasa2nya aku dan Iza balik tiap2 minggu. Budak kaunseling ni pun kalo buat keje pun takdela stay up sampai tak tido. Hurm..

::Journey::

Tadi sewaktu dalam perjalanan ke Sungai Buaya, banyak jugak la aku merepek2 dlm keta.. Maklumla, hati tak suka sebab dah kena balik kannn… Then, pak incik berpesan kpd aku..

“buat keje kenalah ikhlas..tak dapat pahala kalo tak ikhlas..”

(Eheemmmm…dalam maknanya tuh..) Lepas tu pak incik ada jugak membebel kat aku secukup rasa,..

“..org pempuan tu la, ade aje yg tak kena, buat keje nk berkira…bla bla la laaa…..”

Melayan aje la.. dah betul katanya..

Seminit.

“Iye la tu pak incik.. saye ngaku la..”

Lepas tu pak incik sambung lagi,

“..tu laa…sape suruh pilih nk praktikum kat Sungai Buaya..”

Ewah2.. ape kena mengena pulak?? Zalim. Macam la aku nk sangat praktikum kat sini… cessss..
Then, mase aku nk turun keta tadik pak incik tiba2 bersuara..

“Errm… rase mcm jadi driver teksi pulak..he..he…”

Amboi amboi.. tembak tayar tu kang…

::Kad kahwinku::

Tengah buat pelan dan muktamad pak incik nk jugak kad dari Iris Wedding House. Hekellleee..aritu cakap nk murah aje ni mahal je aku rase.. mentang2 la kad kahwin dia ada sponsor…. Demand pulak!

::Sponsor::

Hehe.. aku pun ada sponsor jugak. Hehee.. Nasib la kan.. sape suruh meminang aku kan? Aku suruh la pak incik bayar brg hantaran aku. Kira dia le sponsor rasmi aku kan? Padan la muka awak. Orang dah cakap aritu…heheheeee…. Takpe takpe.. awk ikhlas kan?? Ekekee….

:: Laptop + Virus::

Laptop aku ada virus pulak! Tula, ari tu remove antivirus tak memandai nk install yang lain kan dah kena penyakit! Satu keroje pulak aku nk selesaikan penyakit laptop aku nih. Aku bajet2 nk beli laptop baru tapi sayanggg sangat kat laptop ni.. laptop ni dah nk meninggal dah aku risau jugak kang tiba2 dia meninggal terkejut.. masalah pulak aku menanggung rindu pada laptop ni.. saya sayang awak tau!

2 MAC 2009 1.22 PM

Di sekolah sekarang ni. Bosan pulak! Kejap lagi nk start buat mural. Emmm…macam nila cikgu praktikum. Baru aje announcement, petang ni ada latihan sukan pulak! Buatla sukan cepat2. Aku memang suka sangat bersukan ni, tapi tak tahan panas la. Aku suke bersukan di tempat yang redup2 je..hihik!!!

::Mural::

Mural kena tangguh lagi, sepatutnya buat hari ni tapi nk pilih font satu hal pulak. Aku serahkan pemilihan font pada cikgu keceriaan aje sebab mane boleh aku nk memandai suka2 hati aje nk decide. Tak sehaluan. Heheee… tak susah pun buat mural ni sebab aku memang suka sangat mengecat dan kerja comot momot ni. terserah kat aku la..ekekee..

3 MAC 2009 9.30 AM

Ambik mood dulu. Sekarang ni hari-hari aku bawak laptop ke sekolah. Banyak sangat kerja yang sengaja aku carik. Eh, eh.. tiba2 si shahril mengusha usaha-usaha aku menaip entri pulak!

“Buat ape tu? Assignment?” sambil kepalanya menjenguk2 ke arah laptop aku.

“Eh, eh….. uikss…!” sambil2 aku menutup skrin laptop. Gurau2 dengan si shahril..hehe..

Oh..ingatkan buat assigment..” Gaya mandur.

Poyo je si shahril, bimbang gak kalo2 mandur aku ni tanya pasal mural. Hehee..tak gerak2 pun lagi ni. kuang2. Serius je mamat ni sekarang takut aku nengok. Hahaa…Tiba2 aku masuk topik si shahril pulak.

Aku ada kelas moral lepas rehat. BBM aku ialah tayangan video. Kejap lagi kena standby.

::Lepas kelas dah..::

Ngeh2.. aku dah boleh rehat dah.. baru je bukak laptop, si shahril melintas depan meja aku lalu menyound…

“haii..tak siap2 lagi ke dengan blog dia tu…hehee…”

Keh keh.. aku gelak aje la..dah tengah menulis entri tentang kena ushar tadi..aku cover2 la sket.. mane latau kot2 lepas ni tiba2 si shahril terjumpa blog aku kan….kuang2… aisehhh.. asek2 citer pasal si shahril aje ni…hehheee.. Ok. Ok. Habis dah citer. Habih citer si shahril, keluar pulak citer pasal cikgu kamal. Aiseh cikgu nk follow blog aku jugak ke? Aku segan la pulak!

:: Goodies bag::

Tak habis2 cerita pasal nk kahwin kan? Bukan over excited tapi risau. Hish, petang ni nk keluar pegi Rawang shopping barang. Aku bajet2 dalam RM300 jugak habis untuk goodies bag. Yela..buat sikit2 beg kang, ramai yang nk datang..semua nk goodies .. untuk orang kampung aku bajet2 nk bagi plastic beg aje la kot. Biasa aje. Hehe..kesian kat orang kampung kannn…. Silap2 hari bulan, kad kahwin untuk orang kampung pun aku fotostat aje. Hihik!!!! Nasibla, aku save bajet la. Hehheeee…

::Contact Lens::

Dah sebulan dah aku cuba pakai. Setakat ni takda masalah. Mata pun sihat aje. 6hb ni kena tukar lain dah. Haishh.. tau dek mak ni, tak pasal2…, maklumla, mata aku ni jenis sensitive. Takpa2 setakat ni takda masalah lagi. InsyaAllah ok. AMin.

::bila nk balik ni??::

Baru pukul 2.20petang. Bosan dah ni. Bila nk balik ni? nk tengok cerita Anak Betong pulak ni. hehe.. Cerita Jelita konpem dah terlepas. Malam ni ada cerita Rozanna pulak! Ekeke.. dulu aku bukanlah haNtu tV. Tapi setakat jadi cikgu praktikum yg jiwanya asyik didera kebosanan..(ecececeee…) Aku jadi suka pulak tengok cerita berepisod ni. dah tu, cerita Marina pulak aku dok hapal jalan cerita dia. Apatah nk jadik dengan aku sekarang ni. kesian kannn….

::Malam::

Dah malam pun, hari ni dah masuk 3 kali aku tido selepas jam 11 mlm. Shopping tadi pukul 10mlm baru balik. Kerja satu habuk pun aku tak buat lagi. Syok oo shopping.. Org pempuan kannn…. Barang-barang tadik habis jugak la dalam RM400 lebih. Dasat ek. susah betul la nk buat kenduri kan. Haishhhh.. terpaksa beli. Kang tak beli tak sempat. Bila dah terdesak macam ni terpaksala jalankan misi mustahil sebelum kahwin.. uihhh..kira-kira duit.. mak aiii… dah tahap miskin dah ni. =/ Malas la nk pk.
Wesss....hari ni aku tak rehat langsung. Apa kesss!! Jgnle aku penat esok. Dahle esok waktu balik 4.30 petang. Lembik longlai aku..

Entri ini bersambung..


Sunday, March 1, 2009

one wEEk.

22 Feb.2009 9.00PM

::Rasa Hatiku::

Aku sudah berada pada minggu ke enam praktikum. Sudah dua bulan di sini. Masih menyibukkan diri dengan tugas2 harian yang tak pernah henti. Cuti penggal Mac nanti aku sepatutnya sudah menyelesaikan barang-barang hantaran namun sekarang persiapan masih berada pada skala 2:10.

Sebenarnya aku ingin sangat membeli barang-barangku dalam suasana yang harmoni dan tenang. Tak mahu terlalu mengejar masa sehingga aku menjadi penat. Setiap kali berada di Bandar Sungai Buaya, aku sering saja menghitung detik untuk kembali ke Tanjung Malim. Bukan kerana ada dia di sana. Tapi, aku ingin berehat dan aku berasa lebih tenang. Ketenangan buatku bukan di sini. Bukan di Sungai Buaya. Tetapi suasana hijau dan damai serta ada kawan-kawan yang sangat riang gembira. Di sini tidak damai. Disini tiada kehijauan dan keriangan. Aku tidak suka tinggal disini dan aku tidak sabar untuk menamatkan latihan mengajarku.

Sepanjang tempoh dua bulan aku di sini, aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, budaya setempat, serta mengubah gaya hidup aku.

Aku sudah mencuba dan masih lagi berusaha menyesuaikan diri. Tapi aku tidak serasi dengan gaya hidup di sini. Gaya hidupku bukan dengan terperap di rumah lepas sekolah, bukan TERPAKSA berjalan-jalan di “pasar malam mall” atau bersiar-siar di sekeliling taman yang penuh dengan rumah-rumah batu di kiri kanan dan di sepanjang jalan. Oh tidak! Aku masih ada baki dua bulan untuk menempuhi pengalaman ini. Semoga aku tabah. Paling penting, aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan teman serumah yang baru dan juga cuba untuk menyesuaikan diri dengan fizikal rumah ini. Namun aku gagal. Aku akui aku terlalu ‘manja’ dengan dugaan ini. Sememangnya dan atas dasar itu, aku akan berusaha untuk kembali ke Tanjung Malim setiap minggu.

Aku jadi rindu untuk kembali ke kolej. Aku jadi rindu untuk berjumpa dengan teman serumah. Telatah mereka membuatkan aku jadi rindu.

Namun, setiap kali perasaan hampa kerana dalam keadaan terpaksa aku kembali ke sini, aku jadi terubat dengan telatah pelajarku. Mereka sungguh menghiburkan. Kenakalan mereka pada awal pengajaranku dulu kini telahpun ‘sembuh’ walau tidak dengan sepenuhnya. Cuma ada sesetengahnya cemburu kerana kadangkala aku tidak melayan telatah mereka yang over expose dan sangat mengada-ngada. Juga ada pelajar yang sering menegur aku kerana aku menjadi seorang yang sangat garang dan tegas sewaktu di dalam kelas. Aku mengiyakan kerana dengan sikap mengada-ngada mereka aku menjadi sangat meluat dan menyampah. Aku tidak akan menjadi kaya dengan kata-kata pujangga atau pujian hanya kerana ingin melepaskan diri daripada tidak membuat kerja rumah, sebaliknya aku sangat berharap dan bangga sekiranya pelajar-pelajarku sedar bahawa kerja rumah itu bukan untuk menyusahkan mereka tetapi adalah satu tanggungjawab yang perlu digalas dibahu dan diselesaikan.

Aku cuba untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan optimis. Aku sedang mencuba dan sedang menimba pengalaman.

::Kad kahwinku::

Masih belum selesai. Sepatutnya hari ini aku dan dia decide untuk memilih pattern, harga dan kuantiti. Namun hajatku tidak kesampaian kerana masih belum diizinkan-Nya untuk kami berbincang tentang perkara ini. Takziah buat dia di atas pemergian bapa saudaranya yang mengadap panggilan Ilahi pagi 22/2/2009.

::Kenduri::

Biasa sahaja dan tiada yang istimewa. Yang aku amat harapkan biarlah dalam suasana yang meriah dan ceria. Semoga mendapat rahmat-Nya dan dimudahkan segala urusan. Masih lagi dalam perancangan dan aku perlu menyediakan kanopi yang agak besar memandangkan kenduriku akan dikunjungi oleh seluruh ahli keluarganya yang sangat menantikan pernikahannya. Menurut dia, seluruh ahli keluarga jauhnya sangat ingin berjumpa dengan aku dan melihat siapakah suri yang menjadi pilihan hatinya. Aku menjadi sangat segan namun Alhamdulillah semoga dimudahkan segala urusan. Semoga tiada yang terabai dan keluargaku harus membentuk pasukan yang cekap untuk melayani tetamu sebaik yang mungkin. InsyaAllah.

::Kawan-kawan::

Juga ada kawan-kawan jauh memaklumkan kepadaku akan hadir. Alhamdulillah. Juga ada kawan-kawan yang terkejut dengan pertunanganku tidak sabar menantikan hari bersejarahku. Tidak kurang juga yang berusaha untuk menjadi pengapit serta mak andam. InsyaAllah bulan 4 aku akan memaklumkan kepada kalian. Berdoalah semoga urusan walimah dan ikatan dua hati ini berjalan dengan lancar dan mendapat keredaan-Nya.

::Keluargaku::

Aku menjadi agak sedih sepanjang urusan persediaan pernikahanku kerana aku secara automatik bukan menjadi anak emak yang mengada-ngada lagi. Tak dapat menjadi seorang kakak yang banyak songeh terhadap adik-adiknya lagi. Aku harus mengubah karakter serta penampilan aku. Aku sedang belajar etika berpakaian ke arah yang lebih menutup aurat. Lebih baik dari sekarang. Aku sedang cuba dan kadang-kadang aku terkulat-kulat sendirian kerana zaman bujangku akan berakhir tidak lama lagi. Bagi aku semua itu tidak mengapa kerana perubahan ini dan peraturan yang ditetapkan ini baik untuk diriku, dia, keluargaku dan bakal keluargaku. Cuma yang tidak akan berubah sampai bila-bila ialah ::hati ini::. Tetap sama akan meluahkan segala setiap perasaan suka duka, yang kadang-kadang diselang selikan dengan kehadiran air mata. Hati ini tidak akan pernah berubah, sentiasa akan meluahkan segala hasrat dihati kerana ini adalah satu fitrah hati.

::Dia::

Hampir semua persiapan pernikahanku aku selesaikan tanpa dia. Bukan kerana dia seorang yang lepas tangan. Tetapi aku cuba mencuba berusaha tanpa dia. Dia sentiasa memberikan aku sokongan dan dorongan. Melalui sokongan dan dorongannya , setiap usaha yang kulakukan tanpa dia, Berjaya. Bukan menidakkan dia, tetapi kerana aku cuba memahami dia, menyelami hatinya, dan memahami hidupnya. Walau kadang-kadang air mata aku hampir saja tumpah apabila berhadapan dengannya apabila berbicara tentang persiapan yang belum ada sepenuhnya. Aku akur dan kadang kala tersenyum akhirnya. Kadangkala cerita hati sukar untuk dimengerti. Aku belum bersedia sepenuhnya untuk menonjolkan dirinya. Dia sangat unik dan sering saja membuatkan aku terpana. Terlalu banyak rahsia tentang dia. Masih terlalu banyak perkara yang perlu aku lakukan untuk menyelami hatinya dalam setiap perkara yang tidak kuduga. Aku sangat bertuah dipertemukan dengan dia. Alhamdulillah..

23 Feb. 2009 8.50 PM

Hari ini aku mendapat pujian dari guru pembimbing tentang cara pengajaran dan pembelajaranku di dalam kelas. Alhamdulillah. Ada juga penambahbaikkan dari guru tentang prestasi aku. Aku mencuba yang terbaik. Sungguh berbaloi usaha serta penatku sepanjang praktikum. Aku akui pada mulanya aku lemah dan sangat bingung apabila berhadapan dengan pelajar dalam situasi yang sebenar. Sekarang tidak lagi. Aku sudah mesra dengan pelajar dan aku sudah mengenali nama-nama mereka. Sememangnya aku akan cuba mengingati mereka agar tidak ada yang lost sewaktu proses p&p.

Hari ini telah berlalu dengan seribu satu cerita dan aku berharap esok yang bakal menjelma adalah satu lagi permulaan untuk aku menimba pengalaman yang bermakna. Syukranfillah.

24 Feb. 2009 8.10 PM

2Z. Pelajar aku menyiapkan nota. Namun hasil kerja mereka sangat cincai. Aku tidak suka kerja yang cincai kerana aku sangat sukakan nota yang berwarna-warni dan kemas. Mereka malas untuk membuat nota yang cantik bagai. Aku menjadi sangat geram dan marah. Namun aku tidak menonjolkan sikap marahku. Aku tidak mahu mood aku untuk mengajar mereka terjejas. Galang gantinya, esok mereka akan membuat aktiviti menyiapkan nota sambil dipantau oleh aku. Ugutan aku ialah, selagi mereka tidak menyiapkan nota, selagi itu aku berjanji tidak akan membawa mereka ke makmal untuk tayangan video. Tidak ada lagi kuiz dan tidak ada lagi power point menarik. Tidak akan ada. Tambahan lagi, ujian bulanan tidak lama lagi, maka, nota akan membantu mereka mengingati fakta dan peristiwa dalam sejarah.

Sewaktu di dalam kelas tadi, aku sangat memerhatikan seorang pelajar aku yang sangat monyok dan tidak bersemangat untuk belajar tingkahnya. Aku mengujinya dengan soalan berkaitan durbar. Sependek jawapan “persidangan raja” kemudian dia terus duduk. Aku jadi makin hairan. Maka aku bertanya dia,

“Awak ada apa-apa masalah ke Din?”
“Takde..” Sambil mengeleng-geleng kepala..
“Cikgu, Din putus cinta cikgu. Dia tengah frust..” Celah Amanina.
Aku memandang Din.
“Yeke Din?”
Din tak ada reaksi dan dengan wajah yang penuh kosong dengan perasaan memandang aku tidak berkedip. Aku tersenyum memandang Din. Aku mendekati Din sambil berbisik..
“Apa erti cinta Din..”

I have no idea..

Aku meneruskan pengajaran dan di akhir p&p, aku sempat memandang Din sekilas sebelum aku berlalu pergi. Saat itu, Din sedang berkemas-kemas untuk ke makmal bahasa.. Din..Din.. aku tersenyum sendirian.

Sewaktu di kelas moral tadi, aku menjadi kagum kerana pelajar-pelajarku sering memberikan respon yang sangat baik dan mereka sangat aktif. Penyertaan mereka tidak pernah menghampakan aku. Mereka juga sangat suka melukis. Nota mereka sangat cantik. Sewaktu aktiviti lakonan diadakan, mereka tidak segan untuk menonjolkan bakat mereka. Aku menjadi sangat bersemangat untuk mengajar mereka setiap kali tibanya waktu pendidikan moral. Untuk itu, pada minggu hadapan, aku sudahpun menyediakan tayangan video yang sangat menarik untuk meningkatkan minat mereka dalam subjek ini.

Setakat hari ini, aku sudah pun melupuskan segala tanggapan yang negatif dalam setiap hari-hari yang aku lalui. Usaha aku berjaya. Semoga esok juga adalah hari yang ceria untuk aku lalui. InsyaAllah.

::Maxis::

Aku telah membuat keputusan untuk menukar pelan prabayarku kepada pelan pascabayar. Aku telah memikirkan selama sebulan dan telah pun mengira perbelanjaanku untuk kad top up. Sangat rugi dan terlalu banyak duit dibazirkan. Perbezaan antara pelan ini juga sangat banyak dan pelan pascabayar lebih menjimatkan. Untuk pelan prabayar, panggilan telefon perminit ialah sebanyak 33sen manakala untuk pelan pascabayar adalah 12sen perminit. Bagi panggilan telefon ke rangkaian lain pula, untuk pelan prabayar, panggilan telefon perminit ialah sebanyak 38sen manakala untuk pelan pascabayar adalah 18sen perminit. Jadi, aku sudah pun memutuskan untuk memilih pelan pascabayar dan semua urusan berkenaan pertukaran pelan akan diuruskan oleh dia. Terima kasih ye..

::Bosan::

Aku sudah bosan berdiam diri seperti orang bodoh. Menunggu dan terus menunggu. Aku sudah melaporkan kepada tuan rumah bahawa mentol bilikku telah terbakar dan perkara ini sangat menyusahkan aku untuk bersiap-siap ke sekolah pada waktu pagi. Aku terpaksa bergelap dan hari ini merupakan hari ketiga bilikku berada dalam keadaan yang gelap. Aku menjadi sangat marah dan geram kerana dengan bayaran sewa sebanyak RM300 sebulan, tuan rumah langsung tidak kisah dengan keadaan rumah sewa beliau. Aku menjadi tidak ikhlas dan tidak redha dengan sewa bulanan yang dibayar berbanding dengan perkhidmatan yang diberikan. Sepanjang dua minggu yang lepas, tuan rumah telah berjanji untuk membaiki paip yang bocor, memotong rumput yang entahkan ular pun sudah beranak pinak disitu, membaiki pagar serta akan datang dengan segera jika ada apa-apa masalah. Tapi, apa sudah jadi?

Aku semakin menjadi ralat kerana tidak menyewa rumah Encik Yunus dengan bayaran RM100 seorang sebulan tanpa memikirkan bil api dan air serta kemudahan perabot yang cukup lengkap di dalamnya. Aku menjadi tidak faham kenapa cadanganku dulu harus sditolak mentah-mentah. Aku menjadi cukup menyampah dan meluat. Aku tidak suka dengan situasi ini. Aku tidak suka apabila aku pulang disambut dengan fizikal rumah yang sangat mejelekkan aku.

::Mengantuk & Sakit kepala::

Aku sangat mengantuk dan kadang kala kepala aku menjadi sangat sakit pada waktu-waktu tertentu. Mungkinkah aku tidak cukup rehat? Perut aku juga sering meragam dan kadang-kadang langsung tidak mahu menerima makanan walau aku sangat lapar. Sekarang aku sangat mengantuk dan aku mahu tidur.

25 Feb. 2009 5.56 PM

Aku baru pulang dari sekolah. Penat tapi mata tak mengantuk. Aktiviti di sekolah tadi sangat memenatkan. Malam nanti aku kena tidur awal. Harapnya, esok janganlah hujan lagi. Hujan pagi tadi sangat menyukarkan aku untuk ke sekolah.

Bulan Mac nanti ujian bulanan akan dijalankan di setiap tingkatan. Aku agak risau dengan prestasi pelajar aku. Aku telah mencuba yang terbaik. Namun adakah keputusan ujian bulanan mereka akan memuaskan hati aku? Aku menjadi sangat risau. Jika diperhatikan kepada gaya pembelajaran mereka, aku menjadi gusar dan terkilan sedangkan aku berusaha sedaya upaya memberikan mereka ilmu yang berguna tetapi mereka kulihat tidak bersungguh. Apa lagi yang aku perlu buat? Tayangan video pun sudah, power point menarik, aktiviti melukis, teka silang kata semuanya aku sudah lakukan untuk menarik minat mereka untuk belajar. Namun hampa, hanya beberapa kerat sahaja yang sedar betapa tingginya harapan aku terhadap mereka.

Kata-kata akhirku sebelum keluar daripada kelas tadi sangat menyentuh hatiku. Aku juga tidak menyangka akan terkeluar daripada mulutku sendiri kata-kata sedemikian rupa. Sewaktu aku mengucapkan kata-kata tersebut, air mataku hampir menitis. Semua kulihat diam membisu. Semua seolah-olah faham dengan perasaanku. Namun mereka tetap tidak punya perasaan. Mereka tetap akan menyakiti hatiku dan bersikap tidak beradab denganku. Mereka tetap akan mempunyai pelbagai alasan untuk menyiapkan kerja rumah apatah lagi membuat nota.

“Wahai pelajar-pelajarku 2Z. Demi kamu, cikgu berjaga malam menyiapkan bahan bantu mengajar untuk kamu. Demi kamu, cikgu sanggup mengorbankan waktu rehat cikgu untuk menyiapkan nota yang paling ringkas untuk kamu fahami dan kamu faham. Demi kamu, cikgu sanggup berlapar dari pagi menelaah aktiviti yang menarik untuk kamu supaya kamu tidak berasa mengantuk sewaktu di dalam kelas. Demi kamu, cikgu sanggup menghabiskan berpuluhan ringgit mencari video yang terbaik untuk kamu supaya kamu faham dan tak sabar untuk mengikuti subjek ini. Namun tindakbalas kamu sangat mengecewakan cikgu. Perbuatan kamu sangat menghampakan cikgu. Apa gunanya lagi cikgu terus berada di kelas ini mengajar subjek ini untuk kamu seandainya kamu tidak menghargai kehadiran cikgu disini? Kamu tidak perlukan cikgu di kelas ini, maka cikgu juga tidak perlukan kamu untuk menjadi pelajar cikgu. Cikgu tidak mahu cikgu diperkotak-katikkan hanya kerana cikgu hanya seorang guru praktikum. Cikgu sangat kecewa dengan sikap kamu. Kamu tidak suka dibentuk maka cikgu juga tidak akan membentuk. Hanya kamu yang boleh mengubah sikap kamu… Terima kasih atas kerjasama kamu kepada cikgu selama ini.”
Maka aku pun keluar daripada kelas itu selepas mengucapkan terima kasih dan salam. ( Sebenarnya minggu depan pun aku akan masuk juga kelas ni, mana boleh sewenang-wenangnya nk exchange kelas, dah tiba masanya aku perkotak-katikkan mereka pula..kuang2.. )

“cikgu, saya sayang cikgu..” Tibatiba aku terdengar suara seorang peajar perempuan menjerit memanggilku. Pelajar itu ialah NurAliffa. Aku hanya tersenyum tawar memandangnya dan aku pun berlalu. Sungguh aku sangat kecewa. Selama ini, aku sering memberikan peluang, aku sering membuat ugutan akan melaporkan kepada guru pebimbing seandainya pelajar-pelajarku berada di luar kawalan. Selama ini hanya ugutan semata. Aku sebenarnya tidak sanggup melihat mereka dirotan. Aku tidak sanggup kerana aku sangat kasihan kepada mereka. Mereka masih budak dan sudah tentu mereka mempunyai sikap nakal. Namun,kenakalan meraka sangat tidak sesuai. Kenakalan mereka hanya apabila cikgu praktikum mengajar mereka. Mereka menganggap guru praktikum bukanlah guru sebenar. Jadi,mereka menjadi sangat berani beraksi nakal denganku.

Ok. Hari ini juga telah berlalu. Esok adalah khamis. Harapnya janganlah hujan. Iza memaklumkan kepadaku akan membawa Pesona ke sini. Masih lagi dalam peringkat perbincangan.

26 Feb. 2009 3.34 PM

Sewaktu di kelas 1M tadi, pelajar-pelajarku bersorak.

“Yea, saya dapat bintang!”
“Mana? Oh, saya pun dapat bintang!!”
“Cikgu, saya tak dapat bintang pun..”
“Cikgu, tambah bintang lagi, saya dapat 1 bintang aje, Syamimi dapat 3 bintang.. kenapa cikgu?”
Aku tersenyum.. nak tergelak pun ada..
“Cikgu buat bintang pada buku nota cantik aje.. yang tak cantik tak dapat bintang. Lagi banyak bintang lagi cantik buku kamu. Sesiapa nk bintang.,teruskan usaha, buat nota cantik-cantik.. buat warna-warni. Nota paling cantik cikgu bagi hadiah.”
“Yeaaaaa!!!!!”

Pelajar-pelajarku terus bersorak.

“Ok. Siapa dapat bintang?”
“Saya!!!”
Hampir separuh daripada mereka menjawab serentak. Tidak kurang juga yang hampa kerana tidak berjaya mendapat bintang. Aku tergelak melihat gelagat mereka. Taktik aku berjaya. Kemudian aku meneruskan p&p.
“Cikgu, kena lukis ke gambar sultan tu?”
“A`a, kena lukis..”
“Cikgu, saya tak pandai lukis..”
“Cuba buat. Cikgu pun tak pandai lukis. Kamu kena lukis sebab cikgu pun lukis juga.”
“Baik!”

1M memang tak banyak karenah. Mereka tak banyak alasan. Penyertaan mereka di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan sangat menyenangkan aku.

“Cikgu, nanti cikgu bagi saya bintang ye. Tengok, saya dah buat nota cantik-cantik. Boleh ye cikgu?”
“Orait!”
“Cikgu, cantik tak nota saya?”
“Cantik. Ha..macam nilah baru cikgu tak boring baca nota awak. Bagus, teruskan.”
“Cikgu, bila cikgu nk tengok nota?”
“Minggu depan. Buat cantik-cantik ye..”
“Baik cikgu!!”
*****

1 jam berlalu maka p&pku pun berakhir.

“Ok kelas, siapkan nota. Jangan bertangguh buat kerja ye.. Terima kasih.”
“Baik cikgu!”
“Bye-bye cikgu. Saya suka cikgu.”

Itu suara Fatin. Setiap kali aku hendak masuk atau keluar kelas, aku terperasan dia selalu memandangku. Setiap kali pulang dari sekolah, sentiasa ada dia di depan pagar sekolah. Sebelum aku melangkah keluar, Fatin bertanya soalan kepadaku.

“Cikgu, saya panggil cikgu dengan panggilan cikgu Jelita boleh?..” ( Sambil matanya berkedip-kedip.)
Aku tersenyum… CISSS… kembang kempis hidung aku tau!!!!

::Rumput::

Hari ini, pakcik mesin rumput telah datang memesin rumput di kawasan rumah sewaku. Lewat 3 minggu dari tarikh yang telah dijanjikan. Mentol bila lagi nak baiki? Susah betul tidur dalam keadaan gelap. Sesudah menyiapkan air limau untuk pakcik mesin rumput, aku melepak depan tV. Kejap lagi nak pegi pasar malam mall. Nk beli buah pulak. Lama dah tak makan makanan berkhasiat sepanjang 4 hari tinggal disini.

::Temujanji::

Nampaknya, program shopping barang kahwin kena tangguh lagi. Sabtu aku kena attend kursus di politeknik. Hari Ahad aku perlu ke Banting temankan Iza drive ketanya dari Banting ke Rawang. Temujanji untuk berjumpa dia hanya pada hari sabtu sebelah petangnya sahaja. Tujuan temujanji kami adalah untuk men’decide’ kad kahwin. Jadi macam mana?

1 Mac 2009 1.00 A.M

Hari ini sudah hari Sabtu. Penatnya. Hari Jumaat aku tak sempat catatkan aktiviti harianku. Hari ini aku sudah attend kursus di politeknik dan kenduri di Sungai Dusun. Kad kahwin juga sudah selesai diuruskan. Semuanya aku serahkan kepada dia. Hantaran pun sudah ditempah maka aku hanya perlu uruskan chalet, borang-borang dan goodies bag.
-SEKIAN-

Sunday, February 22, 2009

PERJUANGKAN !!


ASSALAMUALAIKUM.


Salam buat sahabat2ku semester 8. Kita mungkin akan mengalami masalah lambakan guru jika konvokesyen kita akan berlangsung pada bulan 12, 2009. Jika perkara ini terjadi, maka lambakan guru seperti tahun 2005 akan berulang lagi. Perjuangkan hak kita! Perjuangkan konvokesyen kita bulan 8, 2009.
Perjuangkan!!

Saturday, February 21, 2009

::SIBUK::

Sangat sibuk.
Mungkin tempah online je kot.
Tak buat ape pun lagi ni.
Tak gaya mcm nk kahwin je..huhu
Sibuk.
Lusa sekolah.. Jadi cikgu praktikum sangat sibuk kan?

Monday, February 9, 2009

yeaaaa!!!!!!!!

Usai sudah.

Alhamdulillah..rupa2nya rancangan mengajar aku takla teruk sangat ek? aktiviti budak takdela cikai sangattttt…..kira kreatifla dan kategori pempuan rajinla aku ni kan.ngeh2. takyah tengok2 lagi dah lepas ni boleh tido.
Yahoo!!!

...lalala...

Alhamdulillah..



Aku sudah berada di Rawang.. Esok ialah hari Selasa dan aku akan di observe. Ohoo..aku relaks, tak tahu nk buat ABM ape.. jap lagi la aku nengok..ekekee… mood malas datang….


InsyaAllah, aku boleh BUAT.



Hujung minggu yang baru berlalu aku melepak di kolej, syok ada pulak karnival KHAR. Hehe…masa muda2 dulu aku juga antara penyumbang kejayaan karnival KHAR, yelah, jaga gerai, ngemas2..serve VIP, nolong2 ape yg patut, then ritu aku juga merupakan seorang penyumbang kepada kejayaan karnival KHAR. Tugas aku ialah nolong meramaikan lagi orang yang lalu lalang di kawasan gerai serta menolong penggerai2 memperolehi keuntungan dengan aktiviti kegemaran aku..iaitu menshopping.. he..he… Thanks to kakak yang menjual telekung kpd aku dgn harga yang murah..hehe..

Orait.

Kisah minggu depan pulak. Wah, aku dapat sponsor lagi. Alhamdulillah, semoga murah rezeki kepada pihak yang telah sudi mensponsor barang-barang hantaran aku..hehehheheeeee…kembang hidung aku tau!!!!

Oh, Sabtu ni sekolah ganti. Mula2 ingat nk melepak kat rumah je..maklumla Ahad je boleh rehat pun.. alang2 je aku nk fly ke TM, tapi kan…. dh ada orang nk TOLONG amek, aku on aje…..Alhamdulillah.. semoga harga minyak turun lagi…ekekeeee…murah rezeki…..

Esok dah Selasa 10hb2. Oho..dah nk masuk bulan 3 kan..aku tak sabar nk tunggu habis praktikum.. Tak sabar untuk tanak tinggal di rumah sewa ni. juga tak sabar untuk tanak praktikum di sini lagi. Juga tanak di observe. Ermmmm….kalo aku nk POSTING di sekolah rendah boleh tak ek?????

Urm. Esok sekolah kan.. esok kelas aku ialah kelas F2Z, F4U dan Moral F1. Kelas yang MUNGKIN akan di obesrve ialah F4U atau F2Z. Jadi, aku kena standby ABM untuk dua kelas ni sedangkan dalam rancangan mengajar aku dah rancang induksi pengajaran lepas dan aktiviti soal jawab aje. 40 minit manala aku sempat nk buat aktiviti berkumpulan. Nk tayang video lagila takde LCD. Nk suruh budak bercakap, dh confirm tergagap.. esok masuk tajuk baru. Dua-dua kelas tajuk baru pulak tu! The point is…esok aku memang perlu gunakan kaedah penerangan..dah pasti kena guna kaedah tu. Jadi aktiviti budak-budak ialah ape?? (heheee…)

Esok pasti datang dan aku malas nk serabut kepala ni sekarang.

Aku tak risau ABM, yang aku risau ialah budak-budak tu. Harapan aku cuma satu iaitu aku sangat berharap esok mereka akan berkerjasama dengan aku.

InsyaAllah, semoga urusanku dipermudahkan. AMIN

Thursday, February 5, 2009

....dubisshhh!!!!!


Dush!
Oh, geramnye aku dengan pak incik!

Dush! Dush!
Oh, geramnya aku dengan budak-budak 2Z!

Dubbish!!!!!!!
Kenapa aku kena masuk 4 Ms yang baik hati dan sangat bagus itu???


Dush! Dush!!!!!

Saturday, January 31, 2009

'melepet'



Hari ini jadual aku sepatutnya kembali ke Rawang. Namun, pemergian aku ke sana terpaksa ditangguhkan. Tak mengapalah, walaupun hati sedikit kecewa namun aku tahu semua ini direncana hanya yang terbaik untukku. Hanya Dia yang lebih tahu.



Dari tadi aku ‘melepet’ di rumah. Tanda protes dan aku sungguh bosan.



Nasib baik ada si tenet ni. Hari ini cuaca cerah amat namun sangat hening. Sunyi. Aku tidak ada perancangan mahu ke mana-mana sementara waktu ini. Aku juga agak malas melangkah kaki ke luar atau berjalan. Lebih tepat lagi sekarang ini, mood aku telah mati. Sekarang ini wajah aku tidak mempunyai apa-apa reaksi. Aku sungguh bosan. Lagu yang bermain ditelingaku entah apa-apa. Hanya gerak bibir kadang kala turut melagukan sama. Bosan. Tidur? Mata aku sangat segar sekarang. Tak mungkin. Aku mahu teman berborak. Sekarang aku adalah seorang yang abnormal tanpa kawan. Oh tidak!!!!



"Effa…cepatla balik!! Buat ape ko program lame2 sangat ni wesss…Akak bosan ko tade… cepat la buli akak sanggupp kali ni…"(opppsss!!!!)

Ngeh2..


Friday, January 30, 2009

~''myheartsayssomething''~




Oh, permulaan hari ini adalah sangat ceria bg aku. Hihi.. Bermula hari ini, aku ingin berkongsi saat sibukku sebelum menjelang hari keramatku pada 31 Mei 2009, iaitu Majlis Pernikahan -Dungun, Terengganu- dan pada 6 Jun 2009 pula, Majlis Bertandang -Slim, Perak-. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan.




( sekadar gambar hiasan..)


Pada usia mula menjengah 24 tahun, kehidupan aku harus mula disusun. Sepertimana impian setiap insan yang hidup di dunia, aku juga menanam impian ini. Pertemuan yang tidak dirancang juga percintaan yang tidak segah cinta dunia. Bukan kepentingan fizikal dipandang mata tetapi rohaninya yang menawan jiwa. Kata bonda, suami biarlah insan yang dapat membimbingmu dunia dan akhirat. Lalu, aku kuburkan cinta dunia dan mula meraih cinta yang menjanjikan akhirat. Dan aku diketemukan dia..



Dalam kesungguhan perkenalan ini, akhirnya aku dan dia ditautkan dengan tanda ikatan pertunangan pada 25 Disember lalu. Alhamdulillah. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh. Tidak siapa menyangka dan aku juga tidak menduga. Mungkin ini hikmah yang dijanji, iaitu cinta yang tersembunyi.. Paling penting, seluruh keluargaku dan keluarganya merestui hubungan ini. Alhamdulillah..




Sepertimana yang telah dirancang, bulan ini aku harus selesaikan segala keperluan dan segala urusan. Aku mula mengatur langkah demi langkah..




Ramai orang berpendapat window shopping / shopping adalah terapi yang baik untuk wanita. Tepat. Ini kerana aku terasa rileks sesekali mencuci mata sambil melayan diri yang keseorangan. Lokasinya hanya di depan kampus sahaja. Aku masuk dan keluar dari setiap kedai. Menjengah ke Metro Store, aku terpandang rantai panjang yang amat menarik minatku. Rantai yang sekarang menjadi fesyen bagi setiap wanita. Oh, jangan salah faham ya, aku bukannya ada koleksi rantai seperti itu. Rantai itu sangat cantik, mutiara silver berselangkan manik hitam sangat menawan apabila digayakan dengan baju kurung mahupun kebaya. Lama aku diam di situ sambil menilik rantai tersebut.




Jika sebelum ini, aku sering melihat kalung menghiasi leher setiap si ratu sehari, tetapi fesyen rantai leher yang ringkas sangat menarik hatiku. Simple tetapi sangat bergaya. Sungguh sebenarnya aku memang berkira mahu membeli rantai itu untuk digayakan bersama dengan baju nikahku. Inspirasi daripada Butik Jakel. Memang sangat cantik dan menawan. -Paid-




Ok. Sekarang barang yang seterusnya ialah butang baju melayu. Harap-harap kali ini ada dijual disini. Alhamdulillah, ada dan aku sangat seronok. Butang baju melayu Kristal yang diikat dengan silver. Lama sungguh aku mencari di setiap kedai dan akhirnya ada dijual disini. Sungguh susah mencarinya bukan? -Paid-




Dengan adanya dua barang kecil yang bernilai ini, maka hati aku sungguh girang. Kali ini aku mahu mencari baju bertandang pula, juga di Metro Store. Bukan baju kurung mahupun kebaya, tetapi sehelai blaus labuh untuk dipakai bersama dengan kain kipas atau kain lipat. Tak ada masalah mencari saiz pada kali ini. Aku memang sangat berkenan pada sehelai blaus ini. Warnanya merah jambu. Bahagian lengannya bersulamkan manik dan kerawang berbentuk V. Blaus ini agak mewah dan aku harus mengenakan tudung polos yang sangat lembut warnanya tanpa kerawang. -Paid-




Ok. Sudah ada tiga perkara kecil yang selesai pada hari ini. Mungkin sudah cukup 3 helai baju bertandang? Satu berwarna hijau apple yang lembut, satu helai lagi baju merah jambu shinning (Nadia Yuna hadiahkan kpd aku tempoh hari sempena majlis pertunanganku –terima kasih Nad, aku pakai lepas nikah ye..hehe..) dan juga sehelai blaus moden merah jambu yang dibeli di Metro Store. Cukupla ni kan?




Ok. Tidak lupa pada jam tangan untuk dipakai sementara waktu. (jam yang lama habis bateri pulak!) Semestinya jam tangan yang berwarna merah. Sumber semangat dan inspirasi.




Ok. Sudah tiba waktu makan tengahari dan pak incik sudah bersedia menunggu di hadapan kedai bersama wajah penatnya. (Maklumlah, baru pulang dari bercuti. Segamat - Melaka - PD -Tg.Malim - Slim)




Minggu depan, InsyaAllah di Rawang nanti, aku akan mula membeli barang-barang azimat aku dan mula menempah kad sebelum aku perlu pening mengisi beberapa boring penting. Barang-barang yang perlu diselesaikan sebelum cuti penggal nanti ialah beg kertas, serta barang-barang hantaran. Temanya ialah purple vs gold. Iaitu tema yang diambil inspirasi daripada hadiah untuk kakakku.




Oh, sekarang, aku masih lagi meninjau baju nikahku. Aku mahukan baju nikahku daripada material yang simple serta putih suci. Samada fesyen baju kurung mahupun jubah. Aku masih lagi membuat pemerhatian ke atas beberapa buah kedai pengantin di sekitar Rawang, Tanjung Malim dan mungkin juga akan membuat survey di Kuala Lumpur. Aku memang suka sangat bab berjalan-jalan ni.., jadi kawan-kawan aku sudahpun maklum dengan perangai aku yang punya karenah dalam segala hal.. Tapi aku bukannya jenis yang cerewet ok?



Urm, kepada pak incik.. Terima kasih kerana memberi kebebasan kepada sy untuk segala keperluan ini.. Terima kasih atas sokongan padu dan kepercayaan yang telah diberikan. Sy akan menghargainya dan menjaga diri dengan baik. Doakan segala urusan dipermudahkan ya? Sy memang tak suka sangat kalo pak incik ikut skali shopping sebab nanti mesti penat dan lenguh kan? Hihi.. -semoga dipermudahkan segala urusan-AMIN.

(sekadar gambar hiasan..)




Esok, aku mungkin akan ke Genting. Aku tidak pasti dan tidak pula berharap. Sekarang aku tengah bersantai di depan laptop sambil melihat hujan yang turun. Cuti semakin habis dan aku akan mula sibuk kembali. Cuti kali ini sungguh santai, boring dan kadangkala sangat menyeronokkan.



Sebentar lagi aku akan mula mengemaskan barang-barangku untuk kembali semula ke rumahku di Rawang. Untuk seketika waktu, blog ini akan sunyi lagi.