Friday, January 30, 2009

~''myheartsayssomething''~




Oh, permulaan hari ini adalah sangat ceria bg aku. Hihi.. Bermula hari ini, aku ingin berkongsi saat sibukku sebelum menjelang hari keramatku pada 31 Mei 2009, iaitu Majlis Pernikahan -Dungun, Terengganu- dan pada 6 Jun 2009 pula, Majlis Bertandang -Slim, Perak-. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan.




( sekadar gambar hiasan..)


Pada usia mula menjengah 24 tahun, kehidupan aku harus mula disusun. Sepertimana impian setiap insan yang hidup di dunia, aku juga menanam impian ini. Pertemuan yang tidak dirancang juga percintaan yang tidak segah cinta dunia. Bukan kepentingan fizikal dipandang mata tetapi rohaninya yang menawan jiwa. Kata bonda, suami biarlah insan yang dapat membimbingmu dunia dan akhirat. Lalu, aku kuburkan cinta dunia dan mula meraih cinta yang menjanjikan akhirat. Dan aku diketemukan dia..



Dalam kesungguhan perkenalan ini, akhirnya aku dan dia ditautkan dengan tanda ikatan pertunangan pada 25 Disember lalu. Alhamdulillah. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh. Tidak siapa menyangka dan aku juga tidak menduga. Mungkin ini hikmah yang dijanji, iaitu cinta yang tersembunyi.. Paling penting, seluruh keluargaku dan keluarganya merestui hubungan ini. Alhamdulillah..




Sepertimana yang telah dirancang, bulan ini aku harus selesaikan segala keperluan dan segala urusan. Aku mula mengatur langkah demi langkah..




Ramai orang berpendapat window shopping / shopping adalah terapi yang baik untuk wanita. Tepat. Ini kerana aku terasa rileks sesekali mencuci mata sambil melayan diri yang keseorangan. Lokasinya hanya di depan kampus sahaja. Aku masuk dan keluar dari setiap kedai. Menjengah ke Metro Store, aku terpandang rantai panjang yang amat menarik minatku. Rantai yang sekarang menjadi fesyen bagi setiap wanita. Oh, jangan salah faham ya, aku bukannya ada koleksi rantai seperti itu. Rantai itu sangat cantik, mutiara silver berselangkan manik hitam sangat menawan apabila digayakan dengan baju kurung mahupun kebaya. Lama aku diam di situ sambil menilik rantai tersebut.




Jika sebelum ini, aku sering melihat kalung menghiasi leher setiap si ratu sehari, tetapi fesyen rantai leher yang ringkas sangat menarik hatiku. Simple tetapi sangat bergaya. Sungguh sebenarnya aku memang berkira mahu membeli rantai itu untuk digayakan bersama dengan baju nikahku. Inspirasi daripada Butik Jakel. Memang sangat cantik dan menawan. -Paid-




Ok. Sekarang barang yang seterusnya ialah butang baju melayu. Harap-harap kali ini ada dijual disini. Alhamdulillah, ada dan aku sangat seronok. Butang baju melayu Kristal yang diikat dengan silver. Lama sungguh aku mencari di setiap kedai dan akhirnya ada dijual disini. Sungguh susah mencarinya bukan? -Paid-




Dengan adanya dua barang kecil yang bernilai ini, maka hati aku sungguh girang. Kali ini aku mahu mencari baju bertandang pula, juga di Metro Store. Bukan baju kurung mahupun kebaya, tetapi sehelai blaus labuh untuk dipakai bersama dengan kain kipas atau kain lipat. Tak ada masalah mencari saiz pada kali ini. Aku memang sangat berkenan pada sehelai blaus ini. Warnanya merah jambu. Bahagian lengannya bersulamkan manik dan kerawang berbentuk V. Blaus ini agak mewah dan aku harus mengenakan tudung polos yang sangat lembut warnanya tanpa kerawang. -Paid-




Ok. Sudah ada tiga perkara kecil yang selesai pada hari ini. Mungkin sudah cukup 3 helai baju bertandang? Satu berwarna hijau apple yang lembut, satu helai lagi baju merah jambu shinning (Nadia Yuna hadiahkan kpd aku tempoh hari sempena majlis pertunanganku –terima kasih Nad, aku pakai lepas nikah ye..hehe..) dan juga sehelai blaus moden merah jambu yang dibeli di Metro Store. Cukupla ni kan?




Ok. Tidak lupa pada jam tangan untuk dipakai sementara waktu. (jam yang lama habis bateri pulak!) Semestinya jam tangan yang berwarna merah. Sumber semangat dan inspirasi.




Ok. Sudah tiba waktu makan tengahari dan pak incik sudah bersedia menunggu di hadapan kedai bersama wajah penatnya. (Maklumlah, baru pulang dari bercuti. Segamat - Melaka - PD -Tg.Malim - Slim)




Minggu depan, InsyaAllah di Rawang nanti, aku akan mula membeli barang-barang azimat aku dan mula menempah kad sebelum aku perlu pening mengisi beberapa boring penting. Barang-barang yang perlu diselesaikan sebelum cuti penggal nanti ialah beg kertas, serta barang-barang hantaran. Temanya ialah purple vs gold. Iaitu tema yang diambil inspirasi daripada hadiah untuk kakakku.




Oh, sekarang, aku masih lagi meninjau baju nikahku. Aku mahukan baju nikahku daripada material yang simple serta putih suci. Samada fesyen baju kurung mahupun jubah. Aku masih lagi membuat pemerhatian ke atas beberapa buah kedai pengantin di sekitar Rawang, Tanjung Malim dan mungkin juga akan membuat survey di Kuala Lumpur. Aku memang suka sangat bab berjalan-jalan ni.., jadi kawan-kawan aku sudahpun maklum dengan perangai aku yang punya karenah dalam segala hal.. Tapi aku bukannya jenis yang cerewet ok?



Urm, kepada pak incik.. Terima kasih kerana memberi kebebasan kepada sy untuk segala keperluan ini.. Terima kasih atas sokongan padu dan kepercayaan yang telah diberikan. Sy akan menghargainya dan menjaga diri dengan baik. Doakan segala urusan dipermudahkan ya? Sy memang tak suka sangat kalo pak incik ikut skali shopping sebab nanti mesti penat dan lenguh kan? Hihi.. -semoga dipermudahkan segala urusan-AMIN.

(sekadar gambar hiasan..)




Esok, aku mungkin akan ke Genting. Aku tidak pasti dan tidak pula berharap. Sekarang aku tengah bersantai di depan laptop sambil melihat hujan yang turun. Cuti semakin habis dan aku akan mula sibuk kembali. Cuti kali ini sungguh santai, boring dan kadangkala sangat menyeronokkan.



Sebentar lagi aku akan mula mengemaskan barang-barangku untuk kembali semula ke rumahku di Rawang. Untuk seketika waktu, blog ini akan sunyi lagi.


2 comments:

Nurul Nadiah said...

elok2 jalan esok. panjang umoq aku pi majlis hang na. lama dah tak balik negeri kelahiranku. ohoh. sedih gile siut ko nak kawen. tak sempat membujang sesame. waaaaaaaaaa waaaaaaaaaa waaaaaaaaaaaaaaaa

Umi::Aisya::Abah said...

hehe..ko MUSTI datang. ko dan Eika adalah diantara tetamu YIP aku. ngeh2.. Datang tau!