Thursday, January 29, 2009

~observe oh observe~


Satu pagi yang sungguh dingin yang menyebabkan aku susah betul nk bangun awal.
Tiba2 ada calling… Oh no!

Ehem… Hello?

Ni Haliza ke Hayati?

Oh, sy Hayati. Kenapa.. En. Syariefuddin ke ni?

A`ah sy ni.. Hari ni jadual mengajar awk start pukul 10 ke pukul 11 pagi ek?

Pukul 10.30 pagi. Pukul 10 waktu rehat cik. Kenapa? -aku confius-

Sy nk datang ni... Jap lagi sy gerak.

Oh no!

Eh, cik… cuti lagi ni.. kan ke cuti sekolah sempena raya Cina.. Rasenye sy dah maklumkan hari Jumaat lepas.
Ni mesti cik lupa ni…hehee…

Eh, yeke? Ada awk cakap ke..

Adaaa… -confident- cik lupa ni.. hehee.. Nasib baik…cik call dulu .. Ni cik kat mana ni?

Sy kat ofis lagi..Nasib baik sy call awk..hehe

Tu la pasal la. Takpala ape2 hal sy roger nanti..

Oh, ok orait!
??

Eheem…. Hehe..

Otai betul aku borak dgn penyelia praktikum aku sebentar td.. Cesss, malu pun ada.. Sebenarnye nk cover suara tu.. ngeh2..

Masalah aku bukan suara aku yg sangat best tu..
Masalahnya ialah, penyelia aku nk datang observe.
Diulangi. Observe.

Rileks k.
Eheemm.. maklumla pengalaman pertama kan.. hehee….
Buat macam ala-ala microteaching je kan..

Maknanya kan.. mesti khamis depan beliau nk datang observe.
Hehe.. aku dah gugup. Aku tak kesah cara aku mengajar, InsyaAllah orait je takda masalah.. ..yang jadi masalah ialah budak-budak ni.
4Utarid tak mungkin jadi mangsa sbb cik syarifudin kata nk dtg pukul 10 ke atas..
Kalau pun dorang ni memang mangsanya pun aku tak ralat lagi sbb budak-budak ni aku boleh tackle lagi..
Masalahnya sekarang ialah mangsa tu ialah budak-budak 2 Zuhrah.
Tu pun kalau jadual tak berubahla kannn……
Tak pun mangsanya ialah budak-budak 4 Bumi yang rajin amat tu.
Aku harap biarlah cik syarifudin datang masa aku nk ngajar 2 Zuhrah nanti.
Aku kan ke dah ada jampi itu.
Heheheeeee…….. ceesss!

Oh no.. Maknanya jadual aku sangat padat pada minggu depan.


Tenanglah wahai hati..

-hehe...-

No comments: