Saturday, January 31, 2009

'melepet'



Hari ini jadual aku sepatutnya kembali ke Rawang. Namun, pemergian aku ke sana terpaksa ditangguhkan. Tak mengapalah, walaupun hati sedikit kecewa namun aku tahu semua ini direncana hanya yang terbaik untukku. Hanya Dia yang lebih tahu.



Dari tadi aku ‘melepet’ di rumah. Tanda protes dan aku sungguh bosan.



Nasib baik ada si tenet ni. Hari ini cuaca cerah amat namun sangat hening. Sunyi. Aku tidak ada perancangan mahu ke mana-mana sementara waktu ini. Aku juga agak malas melangkah kaki ke luar atau berjalan. Lebih tepat lagi sekarang ini, mood aku telah mati. Sekarang ini wajah aku tidak mempunyai apa-apa reaksi. Aku sungguh bosan. Lagu yang bermain ditelingaku entah apa-apa. Hanya gerak bibir kadang kala turut melagukan sama. Bosan. Tidur? Mata aku sangat segar sekarang. Tak mungkin. Aku mahu teman berborak. Sekarang aku adalah seorang yang abnormal tanpa kawan. Oh tidak!!!!



"Effa…cepatla balik!! Buat ape ko program lame2 sangat ni wesss…Akak bosan ko tade… cepat la buli akak sanggupp kali ni…"(opppsss!!!!)

Ngeh2..


Friday, January 30, 2009

~''myheartsayssomething''~




Oh, permulaan hari ini adalah sangat ceria bg aku. Hihi.. Bermula hari ini, aku ingin berkongsi saat sibukku sebelum menjelang hari keramatku pada 31 Mei 2009, iaitu Majlis Pernikahan -Dungun, Terengganu- dan pada 6 Jun 2009 pula, Majlis Bertandang -Slim, Perak-. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan.




( sekadar gambar hiasan..)


Pada usia mula menjengah 24 tahun, kehidupan aku harus mula disusun. Sepertimana impian setiap insan yang hidup di dunia, aku juga menanam impian ini. Pertemuan yang tidak dirancang juga percintaan yang tidak segah cinta dunia. Bukan kepentingan fizikal dipandang mata tetapi rohaninya yang menawan jiwa. Kata bonda, suami biarlah insan yang dapat membimbingmu dunia dan akhirat. Lalu, aku kuburkan cinta dunia dan mula meraih cinta yang menjanjikan akhirat. Dan aku diketemukan dia..



Dalam kesungguhan perkenalan ini, akhirnya aku dan dia ditautkan dengan tanda ikatan pertunangan pada 25 Disember lalu. Alhamdulillah. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh. Tidak siapa menyangka dan aku juga tidak menduga. Mungkin ini hikmah yang dijanji, iaitu cinta yang tersembunyi.. Paling penting, seluruh keluargaku dan keluarganya merestui hubungan ini. Alhamdulillah..




Sepertimana yang telah dirancang, bulan ini aku harus selesaikan segala keperluan dan segala urusan. Aku mula mengatur langkah demi langkah..




Ramai orang berpendapat window shopping / shopping adalah terapi yang baik untuk wanita. Tepat. Ini kerana aku terasa rileks sesekali mencuci mata sambil melayan diri yang keseorangan. Lokasinya hanya di depan kampus sahaja. Aku masuk dan keluar dari setiap kedai. Menjengah ke Metro Store, aku terpandang rantai panjang yang amat menarik minatku. Rantai yang sekarang menjadi fesyen bagi setiap wanita. Oh, jangan salah faham ya, aku bukannya ada koleksi rantai seperti itu. Rantai itu sangat cantik, mutiara silver berselangkan manik hitam sangat menawan apabila digayakan dengan baju kurung mahupun kebaya. Lama aku diam di situ sambil menilik rantai tersebut.




Jika sebelum ini, aku sering melihat kalung menghiasi leher setiap si ratu sehari, tetapi fesyen rantai leher yang ringkas sangat menarik hatiku. Simple tetapi sangat bergaya. Sungguh sebenarnya aku memang berkira mahu membeli rantai itu untuk digayakan bersama dengan baju nikahku. Inspirasi daripada Butik Jakel. Memang sangat cantik dan menawan. -Paid-




Ok. Sekarang barang yang seterusnya ialah butang baju melayu. Harap-harap kali ini ada dijual disini. Alhamdulillah, ada dan aku sangat seronok. Butang baju melayu Kristal yang diikat dengan silver. Lama sungguh aku mencari di setiap kedai dan akhirnya ada dijual disini. Sungguh susah mencarinya bukan? -Paid-




Dengan adanya dua barang kecil yang bernilai ini, maka hati aku sungguh girang. Kali ini aku mahu mencari baju bertandang pula, juga di Metro Store. Bukan baju kurung mahupun kebaya, tetapi sehelai blaus labuh untuk dipakai bersama dengan kain kipas atau kain lipat. Tak ada masalah mencari saiz pada kali ini. Aku memang sangat berkenan pada sehelai blaus ini. Warnanya merah jambu. Bahagian lengannya bersulamkan manik dan kerawang berbentuk V. Blaus ini agak mewah dan aku harus mengenakan tudung polos yang sangat lembut warnanya tanpa kerawang. -Paid-




Ok. Sudah ada tiga perkara kecil yang selesai pada hari ini. Mungkin sudah cukup 3 helai baju bertandang? Satu berwarna hijau apple yang lembut, satu helai lagi baju merah jambu shinning (Nadia Yuna hadiahkan kpd aku tempoh hari sempena majlis pertunanganku –terima kasih Nad, aku pakai lepas nikah ye..hehe..) dan juga sehelai blaus moden merah jambu yang dibeli di Metro Store. Cukupla ni kan?




Ok. Tidak lupa pada jam tangan untuk dipakai sementara waktu. (jam yang lama habis bateri pulak!) Semestinya jam tangan yang berwarna merah. Sumber semangat dan inspirasi.




Ok. Sudah tiba waktu makan tengahari dan pak incik sudah bersedia menunggu di hadapan kedai bersama wajah penatnya. (Maklumlah, baru pulang dari bercuti. Segamat - Melaka - PD -Tg.Malim - Slim)




Minggu depan, InsyaAllah di Rawang nanti, aku akan mula membeli barang-barang azimat aku dan mula menempah kad sebelum aku perlu pening mengisi beberapa boring penting. Barang-barang yang perlu diselesaikan sebelum cuti penggal nanti ialah beg kertas, serta barang-barang hantaran. Temanya ialah purple vs gold. Iaitu tema yang diambil inspirasi daripada hadiah untuk kakakku.




Oh, sekarang, aku masih lagi meninjau baju nikahku. Aku mahukan baju nikahku daripada material yang simple serta putih suci. Samada fesyen baju kurung mahupun jubah. Aku masih lagi membuat pemerhatian ke atas beberapa buah kedai pengantin di sekitar Rawang, Tanjung Malim dan mungkin juga akan membuat survey di Kuala Lumpur. Aku memang suka sangat bab berjalan-jalan ni.., jadi kawan-kawan aku sudahpun maklum dengan perangai aku yang punya karenah dalam segala hal.. Tapi aku bukannya jenis yang cerewet ok?



Urm, kepada pak incik.. Terima kasih kerana memberi kebebasan kepada sy untuk segala keperluan ini.. Terima kasih atas sokongan padu dan kepercayaan yang telah diberikan. Sy akan menghargainya dan menjaga diri dengan baik. Doakan segala urusan dipermudahkan ya? Sy memang tak suka sangat kalo pak incik ikut skali shopping sebab nanti mesti penat dan lenguh kan? Hihi.. -semoga dipermudahkan segala urusan-AMIN.

(sekadar gambar hiasan..)




Esok, aku mungkin akan ke Genting. Aku tidak pasti dan tidak pula berharap. Sekarang aku tengah bersantai di depan laptop sambil melihat hujan yang turun. Cuti semakin habis dan aku akan mula sibuk kembali. Cuti kali ini sungguh santai, boring dan kadangkala sangat menyeronokkan.



Sebentar lagi aku akan mula mengemaskan barang-barangku untuk kembali semula ke rumahku di Rawang. Untuk seketika waktu, blog ini akan sunyi lagi.


Thursday, January 29, 2009

~~my dEar friEnds~~

Sam yang ceria.
Seronok ea kat Langkawi?
Lokasi : Langkawi

Malam BBQ di Best Star Resort, Langkawi.
Lokasi : Kolam renang Best Star.



Jalan-jalan bagi lenguh di Bukit Larut.
Lokasi : Tepi jalan.




Seronok ae nk pegi Pangkor?
Lokasi : Hentian bas UPSI.




Maintain biarpun kena tinggal. hehe..
Lokasi : Bukit Larut.




Perut kenyang
Annual Dinner
Lokasi : Dewan Sri Tanjung.



Annual Dinner Semester 7.
Lokasi : Dewan Sri Tanjung.


Mendaki Gunung Dara, Teluk Nipah.
p/s: Semua tengah spotcheck pacat kat kaki masing2. hehe..
Lokasi : Hutan Dara


Wana, Awal & Meriam Ellyna.
Lokasi : Jeti Lumut



Hati girang di Pangkor.
Lokasi : Dalam Van




Norsiah Pius.
Cun. hehe..
Lokasi : Dewan Sri Tanjung.



Picnic
Lokasi : Mana tah. Lupa pulak!



Jalan-jalan di Langkawi.
Lokasi : Dataran Lang, Langkawi.




Melancong & BBQ di Bukit Larut.
Lokasi : Banglo Bukit Larut.




Seronok ea nk pegi Langkawi?
Lokasi : Terminal Feri di Jeti Kuala Kedah.


IKLAN.


Pendidikan Sejarah Sesi 2005-2009.
Lokasi : Depan SITC.

Selamat Berpraktikum!

.::babak penantian::.

Oh… Memang sangat boring di kolej sorang-sorang. Hujan menyebabkan kakiku diikat untuk melangkah ke mana-mana.. ceeewaahhh… Tadi Effa call gelakkan aku sebab kena tinggal sorang-sorang.. Tak senonoh.

Dari tadi aku asyik pandang langit je.. Gelap.. Hurmm.. Target pukul 3 nk gerak menuju politeknik. Tapi sejak pukul 2.30 tadi lagu hujan dah mencurah.. target dah lari. Nasib baik ada tenet.. Penyelamat waktu boring aku.. Nak kata aku surf internet 24 jam tak jugak. Segala majalah yang ada kat kedai tu, Harmoni, Pengantin, Wanita, Mingguan Wanita, Mastika, Metro, Berita Harian tak usah nk ceritalah, semua dah khatam..belum buat synopsis je lagi.. Itula yang seronok dan yang tak seronoknye waktu cuti ni..

Sekarang ni tengah searching model p&p. Bagi budak-budak tu celik minda sket.. Carik teknik mengajar yang praktikal dan senang untuk diaplikasikan ke atas populasi SMK Bandar Sungai Buaya. Kalo buat kajian ke atas budak2 ni pun ok jugak.. Masuk dalam kajian thesis aku pastu terus proceed.. hehe.. Aku dah jumpa responden yang mana satu akan jadi mangsa. Masih lagi pada tahap pemerhatian.
-InsyaAllah-

Aku pandang-pandang nset. Oh…

Pak incik. Sy sgt boring ni. Bila awk nk balik. Lama betul awk kat sana.. Sy masih ada beberapa persoalan tentang proposal awk.. Syahdunye kena tinggal kali ni..

Tentang proposal pak incik. Kajian ke atas penghargaan kendiri dalam kalangan orang asli. Best jugak tajuk ni...Tapi yang aku tengah berjuang ni tentang hubungan penghargaan kendiri dan kemurungan ke atas pencapaian akademik pelajar orang asli di Tapah. Oh, otak aku tengah bekerja keras sekarang. Buat dua kerja dalam satu masa.


Di luar, hujan masih lagi turun…
Program ke politeknik kena kansel lagi..
Uwaaaaaa…….

~observe oh observe~


Satu pagi yang sungguh dingin yang menyebabkan aku susah betul nk bangun awal.
Tiba2 ada calling… Oh no!

Ehem… Hello?

Ni Haliza ke Hayati?

Oh, sy Hayati. Kenapa.. En. Syariefuddin ke ni?

A`ah sy ni.. Hari ni jadual mengajar awk start pukul 10 ke pukul 11 pagi ek?

Pukul 10.30 pagi. Pukul 10 waktu rehat cik. Kenapa? -aku confius-

Sy nk datang ni... Jap lagi sy gerak.

Oh no!

Eh, cik… cuti lagi ni.. kan ke cuti sekolah sempena raya Cina.. Rasenye sy dah maklumkan hari Jumaat lepas.
Ni mesti cik lupa ni…hehee…

Eh, yeke? Ada awk cakap ke..

Adaaa… -confident- cik lupa ni.. hehee.. Nasib baik…cik call dulu .. Ni cik kat mana ni?

Sy kat ofis lagi..Nasib baik sy call awk..hehe

Tu la pasal la. Takpala ape2 hal sy roger nanti..

Oh, ok orait!
??

Eheem…. Hehe..

Otai betul aku borak dgn penyelia praktikum aku sebentar td.. Cesss, malu pun ada.. Sebenarnye nk cover suara tu.. ngeh2..

Masalah aku bukan suara aku yg sangat best tu..
Masalahnya ialah, penyelia aku nk datang observe.
Diulangi. Observe.

Rileks k.
Eheemm.. maklumla pengalaman pertama kan.. hehee….
Buat macam ala-ala microteaching je kan..

Maknanya kan.. mesti khamis depan beliau nk datang observe.
Hehe.. aku dah gugup. Aku tak kesah cara aku mengajar, InsyaAllah orait je takda masalah.. ..yang jadi masalah ialah budak-budak ni.
4Utarid tak mungkin jadi mangsa sbb cik syarifudin kata nk dtg pukul 10 ke atas..
Kalau pun dorang ni memang mangsanya pun aku tak ralat lagi sbb budak-budak ni aku boleh tackle lagi..
Masalahnya sekarang ialah mangsa tu ialah budak-budak 2 Zuhrah.
Tu pun kalau jadual tak berubahla kannn……
Tak pun mangsanya ialah budak-budak 4 Bumi yang rajin amat tu.
Aku harap biarlah cik syarifudin datang masa aku nk ngajar 2 Zuhrah nanti.
Aku kan ke dah ada jampi itu.
Heheheeeee…….. ceesss!

Oh no.. Maknanya jadual aku sangat padat pada minggu depan.


Tenanglah wahai hati..

-hehe...-

Wednesday, January 28, 2009

hujan yang turun..




Hari ni dah hari Rabu. Dah 5 hari aku dengan Effa. Boring sey asek kena buli jek nyampah pulak rase nk palakong je budak seko nih..tensen wesss!!!!


Hari ni aku dah seronok sbb budak ni kena pegi program kolej kat mana tah. Aku dah berangan sakan nk pegi politeknik melepak kat sana..

Dah make up santek2 konon dah ready kaki nk melangkah keluar rumah, aku terpandang langit.. hurm.. santeeekkk sangat langit hari ni, kebiru-biruan dan tersangat la mendung. Sedeeeyyy kan…. Sebabkan langit dah tunjuk sign macam tu, aku pun terkedu la melepak sorang2 tepi balkoni…termenung pandang langit… saat mcm gini la aku terberangan pulak…
kalau la aku ada kereta….

Sambil2 termenung tu, aku pun ambik nset kemudian msg..

“Makcik..tak jadi datang.. langit mendung ni tak berani nk keluar..”

Padan muka aku dengan sepadan-padannya.


Kemudian aku msg pak incik,

“Sy tk jd pegi poli. Langit gelap”


Hurm.


Aku termenung lagi sambil pandang langit.

Tengok mcm area KL dah hujan.. sini pun angin mula bertiup.. mula2 perlahan,, syahdu je.. kemudian dah makin gelap.. adeehhh….


Malam ni Effa ada program.

Aku tinggal sorang..

eh,


Aku tinggal sorang????







sambil-sambil ushar langit.. hehe...


-kecewa tahap gaban.-


Tuesday, January 27, 2009

miss u so much...



Rindunye..



Rindunye nk balik kampung.. uwaa… rindunye kat mak.. isk..
Padan muka aku kan..
Tahanla lagi sebulan sebelum March ni..
Oh..hari ni terasa macam nk demam je..isk…
bila demam macam ni kan..
terbayang je hangat tangan mak memicit dan mendemah kepala aku.. isk..
terbayang sup ayam yang selalu mak buat untuk aku,
terbayang limau yang mak belikan untuk menghilangkan tawar selera..

Mak… isk… rindunye….


Oh… kalaula aku ada disisi emak ketika ini, aku nk ikut je mana mak pegi..
akukan anak manja mak..
Mei nanti aku tak dapat lagi bermanja dengan mak seperti dulu,
selalu lagi tak dapat balik kampung sekerap ini..
selalu lagi akan rindukan mak..
selalu akan telefon bertanyakan khabar emak..


rindu sgt…



Mak, i miss u so much!!

Monday, January 26, 2009

boring~

boring~

boring sgt!~



Mulanya aku tak kisah sgt sebab biarpun tiket habis, aku boleh lepak kat kolej sambil2 siapkan keje, lagipun Effa ada kat rumah, budak tu tak boleh balik kampung sbb ada program pada hari rabu until hari Sabtu. Jadi, aku pun tak kisahla melepak kat sini berdua-duaan. Tapi hari ni sungguh boring.. Konon2 nk pegi jalan2 rumah bakal mentua, anak kan dia takde, jadi takde la malu aku nk sembang macam makcik kat sana..hehe... Tapi mcm tak confident je nk bwk keta orang.. sudahnye, tak jadi pegi. pada muka aku.. boring lagi...
Semalam, sebab boring tahap gaban, aku ngn Effa pegile sevenE. borong semua surat khabar dan dan majalah yang ada kat situ.. termasuk la asikrim skali..hehe.. Lepas tu pegi pulak kafe kakak sayang beli segala lauk pauk pulak... lapar... makan, lepas tu lepak depan laptop pulak.. melepak je kejenye kan.. hehe... tak senonoh.... hehe.. Maklumla, bujang beb!











Petang pulak, disebabkan ada org tu kan, dia nk kurus, terpaksa lah aku ikut aktiviti jogging pd petang tu. Mula2 aku dh seronok sebab hujan dah turun.. yahoooo!!!!! boleh tido!!

Tiba-tiba kan.. hujan berenti pulak.. sedih... jadi terpaksalah jogging... bodek punya bodek, Effa setuju kitaorg jalan-jalan je petang tu.. Alasan aku, aku tak bawak tracksuit. hehe.. selamatt!!!!! Aku bukan ape.. aku sayang lemak aku ni...ngeh2.. Best la Effa ni.. Syok jalan2 sambil2 ambik gambar.. dah tabiat..layan je la kan...

Hari ni, kena jogging lagi.. isk.... sedeyyy......

Aku sayang lemak aku ni tau!!!

Saturday, January 24, 2009

update lagi!!

hehe.. bosan pulak.
dari td dok sengih2 depan laptop. mcm org sewel dh aku rase..
jap lagi pukui 4 nk pegi pasar mlm. yea!
nk beli limau.hehe..
nasib baik le ada effa kan. boleh jugak aktiviti buli membuli dijalankan.ngeh2.
petang ni nk pegi jogging. Ada org tu kan.. dia nk kurus. hehe...

update!!!

Assalamualaikum wbt.

cuti..yea!! dah lame aku tunggu saat2 cuti mcm ni... pertamenye aku boleh relaks. hari ni aku berada di kolej. melepak sambil2 layan tenet. cuti kali ni aku tk balik kampung. kesian kan... InsyaAllah cuti bulan 3 aku balik..tak sabo...hehe..


Batuk ni.. suara jadi kasar je.. hadui.. ni penangan budak2 kat skola tu la.. mau rasanya aku sue dorang sbb dh menyebabkan suara aku jd serak.. ape daa... tensen gue!!


Hurm. blog aku ni kan... kosong je kan.. dah lame tak update. tkmenarik pulak aku nengok. kesian kat rumah sana tkda tenet. jd melayan tV je la.. kesian kan..
sepatutnye skrg ni tgh buat proposal.. tiba2 boring pulak..lapar.. nk menguyah mulut sakit. ulser beb! cuaca panas skrg ni, smlm mkn sikit je. dhle kurus kan.. kena pulak penyakit mcm gini.. mkn pun muka buat2 cun je..ngeh2...kesian kan..
*********************************************
Ahad ni ada org tu kan, ajak pegi Nilai..heles! aku dh merajuk pun tanak pegi.. mengada, ish geram kan.. biar aku je sorang2 pegi.. sedeeeey tau... tkpa2 aku claim balik tak kira.
**********************************************
Ni satu lagi citer ni, ape aaaa..malu saye cik Kamal...
ape aa..
Tapi bagus la kalo cik Kamal ada impian nk jd pengetua sekolah ni. Idea cik Kamal pun bernas2!! hehe.. Opss.. cik kamal, budak2 2 Zuhrah dgn saye naik tocang ni, dgn cik Kamal dorang mcm tikus.hehe.. Bukak sekolah nnti dorang mesti takut pd saye.. sy dah jumpa pun jampi2 nk buat budak tu patuh pada arahan saye... ngeh2..
Budak2 lain such as 1 Marikh, 4 Utarid & 4 Bumi so far setakat ni no problem.
Nampaknye kan, segala pandangan saye ttg sekolah ni kenala ada limit. Kan?