Tuesday, October 21, 2008

my dEar friEnd..


Assalamualaikum WBT..




Dah terlalu lama aku x update blog aku ni.. ternyata, hari2 yg aku lalui mempunyai perasaan yg sukar aku gambarkan..(ceeewahh!!) bermula hari terakhir aku meng'updated'kan blog aku, hari itu jugalah bermula jadual ketat aku yg memang aku adjust khas pada bulan Oktober. . memang sibuk sgt2!! Jadual yg aku aturkan, sangat padat dan aku perlukan komitmen untuk memenuhi setiap perancangan aku.. penat juga, tp aku gembira kerana setiap tugasan aku diselesaikan dalam jangka masa yg telah aku tetapkan. Alhamdulillah..




Namun begitu, disebabkan sesuatu yg berlaku, aku telah mencuri sedikit masa untuk meng'updated'kan blog ini, meninggalkan thesis aku yg sudah terjerit2 minta dieditkan.. Takpa,small matter.. akan aku selesaikan kerja satu persatu..




Entri ini aku keluarkan khas untuk teman-temanku, (lower six-upper six 2003-04).. Lihat saja shoutbox aku.. sudah menggambarkan perasaan seorang temanku tersayang.. Udeng, (Nurul Huda Fauzi).. sudah sekian lama aku lost cantact dgn si dia ni.. hanya Tuhan saja yg tahu betapa aku rindukan pertemuan itu, kenangan dan saat2 manis bersama menempuh hidup di SMAPL yang penuh cabaran, pahit getit perjuangan, -bersama mereka inilah- ..dan selamanya aku takkan lupa..





Sekian lama aku mencari, akhirnya aku berjaya mencarinya di FS.. aku ni takdala minat sgt nk berFS..aku ralat.. demi mencari teman, aku create FS dan hari inilah semuanya bermula.. Aku terjumpa kembali Udeng-ku, teman yg paling kurindui.. (semacam je entry aku ni ek..) Dalam byk2 teman2ku di SMAPL, udenglah seorang teman yg paling2 aku lost contact.. teman2ku yg lain ada juga aku berhubung walaupun tersangatlah jarang.. Sekarang, melalui FS, aku tahu, Udeng sudah pun bergraduasi sedangkan aku masih meneruskan perjuangan tersebut.. Alhamdulillah.. Udeng tak pernah berubah.. senyumannya, tawanya.. masih lagi seperti yg kukenali dulu.. (aku rasa, kalo udeng baca entry nih, sohih2 ada yg akan kembang semacam..)


Udeng merupakan teman yang paling kusenangi sewaktu berduka dan ketawa, gayanya yg simple dan sempoi buatkan aku terasa damai.. Aku tak lupa semua kenangan itu.. masih kemas di hati.. Cumanya, semua aku simpankan di hati, diimbaskan sewaktu rindu saat2 itu.. (kite x lupa awk.. kite selalu teringat kat awak tau)




Gambar-gambar peribadi milik Udeng telah aku simpankan dalam fail laptopku untuk simpanan aku, disini ada juga aku sertakan beberapa lagi gambar yg aku telah kidnap dari FS Udeng, halal ye.. Susah nk cari gambar2 nih.. sumber asli tau!


Mereka ini merupakan teman2 seperjuangan-ku di SMAPL, Jannatul Naimah, Nurul Huda Fauzi, Zuliazwa, Fakhriah (kakChik), Azlin Aizat dan Hadiddin. dah sgt2 lama ku tak berjumpa dengan mereka.. Cuma td, sewaktu aku berkesempatan pulang ke kolej sementara menunggu jam 2 petang sempat juga aku ke FS, melihat2 perkembangan FS-ku. Terasa nk tgk sbb paginya aku menerima msg dari Husna. x on ym?”. Aku membalas sopan. Sory husna kte kat campuslife. Memang xon sb tgh bz thesis. Sungguh, aku dah lama xon YM, dan aku memang xber'YM' sbb aku menjauhinya.. Tp, kesempatan td aku gunakan dengan membuka FS, kot2 Husna tgh online..takda rupanya.. Sewaktu itu, mataku terpaku pada FS, HUDA FAUZI. Terasa berminat dan terasa aura, adakah ini Udeng?
--YA --

Sungguh sekian lama aku mencari Udeng. Dulupun, sewaktu berFS, aku tak pernah jumpa FS udeng @ HUDA FAUZI. Sungguh.

Kesempatan itu aku gunakan dengan meninggalkan testimonial-ku kepada Udeng. Udeng membalasnya, Ya Allah.. aku sungguh terkejut dan sangat teruja dgn balasan itu. Alhamdulillah. Tetapi, masa sangat tak mengizinkan aku, aku perlu bergegas ke kampus. Dengan meninggalkan nombor telefon dan email, aku berharap agar Udeng menghubungi-ku, mungkin InsyaAllah..

Aku sangat seronok melihat gambar ini.. Syukranfillah.. Ya Allah..berikanlah kesempatan kepadaku untuk memperolehinya juga.. Amin.




**********************************************************************************

**********************************************************************************

Imbasan 3 tahun yang lalu.


Aku masih simpan lagi harta karun di bawah alas meja aku sewaktu di SMAPL. Harta karun ini sangat berharga bagiku, semuanya masih seperti baru, tak dimakan masa tak dimamah usia. Aku sangat cermat menyimpannya.. Sedar tak sedar, sudah 3 tahun aku memilikinya. Aku tak lupa semua ini. Special Gift sewaktu Friendship Day. Mereka selalui memotivasikan aku. Sehingga kini, separuh perjuangan aku bersandarkan kepada semua motivasi itu.. Terima Kasih teman-ku..



Ini adalah kad daripada Zarina Yusof. Mungkin sekarang telah menjadi graduan UPM. Perjumpaan terakhir aku dengannya adalah sewaktu tahun lepas, 2007. Mungkin. Aku ingat2 lupa.. Tapi, kad istimewa ini aku langsung xlupa. Tak berkedut langsung. Aku sangat teliti menjaganya.. Teman-temanku merupakan anugerah yang tak ternilai buatku.. Sbb itu bagiku, biarpun aku semakin meningkat dewasa, biarlah semua harta karun ini juga turut dewasa bersama denganku.. Sewaktu di SMAPL, Zarina merupakan jiran sebelah katilku, sungguh Zarina sangat caring.. sehingga kini, sifat caring itu masih lagi menebal dalam jiwa mulusnya.. (ceewahh!!)





Sijil dibawah merupakan sijil yang tak akan laku dimana2 tempat,sbbnya sijil ini merupakan sijil 'Friendship Day' daripada kelas aku. 6 Farabi 2.. sijil yg sengaja direka2 dan dianugerahkan kepada siapa yang dorang terasa nk bagi.. Aku masih lagi simpan sijil ni bukan apa, cop pada sijil tu tersangatlah mahal.. Entah sapa2 yg mengecop sijil nih.. Aku tak tau la Cikgu Zul tahu ke tidak tentang benda2 nih.. Al-Maklumlah, kelas aku kena aim sebagai kelas yg suka main2.. hehe.. Seronok sungguh waktu nih.. Aku tak akan lupa.



Imbasan lagi..

Keratan akhbar ini, walaupun tak berkaitan dengan aku, tetapi, kejayaan sahabatku, Ahmad Hadiddin Hashim (kalo xsilap) sangat membanggakan aku.. kejayaannya merupakan kejayaan yang paling manis buat kami.. Terima Kasih kepada guru-guru SMAPL yang tak jemu membimbing kami walau dalam tempoh yang singkat pertemuan ini, walau terpaksa mengharungi pahit getir perjuangan.. Semuanya berbayar dengan kejayaan SMAPL dalam STPM 2004. Alhamdulillah..


Aku memang seorang yang agak sentimental cuma aku tak pandai untuk mengekspresikan perasaan itu. Sungguh aku akui kekurangan-ku.. Walaupun begitu, jauh disudut hati, aku sangat merindui semua temanku, terutamanya teman-teman seperjuangan-ku di SMAPL. Andai diberi peluang, ingin aku aturkan pertemuan kita. Namun, semuanya hanya di peringkat perancangan. InsyaAllah andai diizinkan, juga InsyaAllah jika diberi kesempatan oleh-Nya..

Buat Udeng@ Huda Fauzi, sesungguhnya tautan persahabatan itu sangat indah, tak rela untuk diputuskan, biarkan terus bersemi di hati. InsyaAllah, dengan izin-Nya, kita akan bertemu jua nanti.. terlalu banyak peristiwa yang dilalui dalam tempoh empat tahun ini.. terlalu banyak cerita.. suka dan duka.

Ukhwafillah dan salam sayang;

NurhayatiRahim

No comments: