Thursday, October 30, 2008

Percutian aku..

Assalamualaikum WBT..


hoho.. Esok aku akan berangkat ke Langkawi.. xsabarnyee.. hihi.. dah lama xpegi bercuti nih.. harap2nye ombak xbergelora.. Sebenarnya aku ingatkan hari ni la bertolak ke sana, rupa2nya Jumaat nih.. nampak sgt xsabo..hoho..


Aku ke sana bersama dengan 26 lagi kawan2 sekelas.. percutian aku dgn kawan2 kali ini merupakan percutian aku yang terakhir bersama dengan mereka.. Lepas ni, semuanya akan menuju ke destinasi masing2.. Harapnya, persahabatan ini tak akan putus walau masing2 sudah berumahtangga kelak.. (hehe)


Inilah Best Star Resort.. aku dan kawan2 akan menginap disini selama 3 hari 2 malam.. Merujuk kepada research yang aku buat, nampak macam Alhamdulillah, baik.. sbbnya resort ni berhampiran dengan laut, (aircond semulajadi yg aku paling suka!!), serta pakej bilik2 yang ditawarkan pun nampak mcm best je.. sekali dengan BBQ dan breakfast. InsyaAllah harapnya bestlah berbanding dengan percutian di Pangkor semester yang lepas.. Hurm.. bagi aku antara perkara penting bagi setiap percutian tentulah makanannya.. yelah, mestilah mcm tu, kalo makanan tak best, tak berbaloi dengan harga yang dijual pun xseronok jugak kan? Tapi, aku tau juga bahawa makanan kat Kedah ni best2 dan murah..(hehe, bagus kalo mcm tuh!). Aku tak leh lupa Nasi Beriani singgit kat Alor Setar hari tu.. owh..sedap!!
Aku berharap, percutian kali ini berjalan dengan lancar..
Terima kasih kepada Ali, Azmi dan Zack kerana merekalah yang merancang dan menguruskan segala hal percutian kami kali ini. Tugas aku adalah membayar pakej je..hehe..
SEKIAN

No comments: