Wednesday, October 22, 2008

Penantian-ku

Hurm...
Aku menunggu juga andai Udeng muncul di YM atau membalas testimonialku atau email sesuatu kepadaku.. Namun takda sebarang tindakbalas.. Penantianku mungkin masih belum lagi berakhir.. Mungkin juga dia marah kepadaku..
Takpala, aku harus segera menyelesaikan segala kerjaku.. terlalu banyak perkara untuk difikirkan.. terlalu rumit.. Terlalu payah untuk aku ungkapkan dengan kata-kata.. Ada sesuatu yang aku perlu lakukan..perkara yang sangat penting. Oktober sehingga Disember adalah penentu segalanya bagiku.. Segala-galanya yang sungguh rumit untuk aku ucapkan..
Ya Allah.. permudahkanlah urusanku, berkatilah usaha ini.. lancarkanlah laluan untukku.. Hanya kepada-Mu aku berserah segalanya..
Hebatnya cabaran yang aku lalui sepanjang kehidupan baruku.. Ternyata kehidupan ini sangat mengujiku..

No comments: