Monday, September 1, 2008

kolejku tersayang...

1 Ramadan di Kolej Harun Aminurashid datang lagi..Tapi hari ni mendung dan akan hujan.. Pagi-pagi lagi lagi aku dah snap gambar ni.. Orang cakap, kalo mendung tak beerti nak hujan.. tapi aku tengok..memang confirm-confirm nak hujan dah ni..


Hujan dah.. lebat la pulak ek?

Tapi best tau kalau hujan.. sejuk je.. nak pulak lokasi kolej kediaman aku yang tersayang ni belakang Banjaran Titiwangsa.. Memang syok layan angin sepoi-sepoi..(maknenye tido la tu..kuikui) Aiseh..tapi hujung minggu awal Ramadhan ni aku tak tido petang tau.. maklumlah..asyik kena kacau ngn Nadia Yuna..(minah ni melepak kat bilik aku hujung minggu nih!)
okey..

snap lagi gambar hujan..


Indah ek permandangan kat kawasan kolej aku nih.. Tu yang slalu aku rindu nak melepak kat sini.. (tp tak bestnye tahun depan aku dah takde lagi kat sini…isk2..)

Ni nama dia Bahtera Teracce. Lokasinya depan kolej aku je.. cantikkan ? sebab tu la aku asyik snap gambar ni je.. depan bilik jah.. buat ape susah2.. kalo tension ke hapa ke aku lepak depan balkoni.. macam-macam aku leh wat..minum ke makan ke baca buku ke..(poyo je baca buku pulak!!) melepak ngn buah hati aku ke..(laptop daaa…).. sebab sini tempat ni memang sweet..
hihi..
.......
Oklah..dah taknak citer pasal kolej lagi.. nak pegi Bazar Ramadhan pulak.. nanti kite citer-citer lagi ek??
Bye!!

2 comments:

ku tak sempurna said...

cantiknya Bahtera Terracce tu... orange colour...

seronoknya duk snap gambar hujan... dah takde kerja ke :P

salam perkenalan

Naurah said...

hihi..
salam perkenalan jugaks!