Saturday, September 6, 2008

Praktikum..hanya menghitung hari..


Hari ini merupakan hari yang agak lega bagi aku dan jiwa ku..
Pagi tadi lepas sahur aku terus tak tidur menyiapkan kerja-kerja aku yang terbengkalai semalam..
dan pukul 10.00 pagi tadi aku telah menghadirkan diri ke taklimat praktikum Jabatan Sejarah di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Taklimat telah disampaikan oleh penyelia praktikum, Pn. Wan Noorlizawati Wan Mat Ali dan sesudah itu, Danial selaku pemacu kelas telah mengendalikan penempatan praktikum yang sangat direbuti oleh kawan-kawan sekelasku.
Penempatan praktikum berjalan dengan lancar dan hanya ada beberapa masalah penempatan yang melibatkan sekolah convert dan sekolah methodist di Melaka.
Penempatan praktikum aku tak ada masalah kerana aku berjaya mendapatkan sekolah SMK Bandar Sungai Buaya di Rawang.
Aku agak terkilan kerana sekolah pilihan aku iaitu, SMK Sungai Choh terpaksa aku lepaskan demi menjaga hati kawan.
hm..aku agak terkilan dengan situasi ini..
Tapi, tak mengapalah sebab aku tetap praktikum di Rawang yang dekat dengan UPSI untuk kerja-kerja tertentu dan tugasan assigment.
Sementelahan, aku juga dapat melepak di kolej bersama otai serumahku jika aku boring sewaktu cuti persekolahan.
Sekarang apa yang aku perlu selesaikan ialah masalah untuk mendapatkan kuarters atau rumah sewa yang dekat dengan sekolah.
Dengar khabar, budak2 Kaunseling pun akan menjalani praktikum di sekolah yang sama dengan aku..
Alhamdulillah..aku dapat lagi kawan baru dari kursus yang berbeza..
Saat ini, aku cuma menghitung hari untuk menjalani praktikum pada 12 Januari sehingga 24 April 2009..
Setelah itu, tugas aku sebagai pelajar akan berakhir sementara waktu sebelum aku bergelar pelajar kembali untuk menyambung Master. InsyaAllah..
Fokus kerja aku sekarang ialah menyiapkan thesis dan bersedia untuk peperiksaan akhir yang akan menjelang tidak lama lagi.
Semoga perjalanan aku sebagai pelajar dirahmati dan diberkatiNya..

5 comments:

~Cinta Milo Ais~ said...

Salam ziarah dan salam kenal Cik Naurah...semoga berjaya utk final exm nanti..:)

*terima kasih links ke blog saya*

selamat berpuasa :D

cikgu jawe said...

oh.. thn dpn eh mula praktikum. sapa ek yg dpt sklh aku? hehe

ku tak sempurna said...

gud luck cikgu... tak kesah la kat mana praktikum, yg penting ikhlas eh...

p/s : tak kira.. nak tegur gak... mata ni tgk cam pelik je..cuba cikgu tgk ejaan ASSIGNMENT... rsnya cikgu salah eja... :D

Naurah said...

> haha..memang betul pun salah eja..kui2.. tima kasih ye atas teguran tu..hihi..

> cikgu jawa xgtau pun nama sekolah dia caner nk tau sape yg dapat.. tapi dah confirm ada budak sejarah yg akan praktikum kat situ.. INSYAALLAH..

sultan said...

ckgu ngajo sejarah ke. almk... subjek tu sy sgt la x power. spm dl dpt 7 je. haha...