Monday, November 10, 2008

cerita aku dan kwn2.



Assalamualaikum.




Hoho. Banyak aktiviti aku buat sehari suntuk ni. Bukan study punnn.. buat keje lain da... Ape da dorang ni aku pulak yang terpengaruh tau! Aku buat apa? Jahit manik da.. Santek tak? hehe.. Bagus le jahit manik ni, jimat duit tau. Kalo tak silap aku la kan..kat kedai ni leh tahan juge harga upah jahit manik. Buat sendiri jimat, lagipun modal murah je. Yang penting kalo jahit manik jenis ni, dalam dua jam fokus dah siap. Siap jahit manik kat lengan dan leher ok. Berbaloi.. Lagi pulak. manik jenis ni murah je.. Ada yang jenis mahal tu mahalla kan.. Bagi aku yang miskin harta ni, manik murah pun jadi le.. yang penting pandai match warna. kan2??







Ni antara beberapa helai baju yang jadi mangsa keadaan. Minta Mahap le mak incik baju ye.. Janis jahitan manik ni sama je. Cuma kami jahit kat beberapa helai baju dengan beberapa kombinasi warna. Harga kos manik untuk baju bermanik di lengan dan di leher ialah cuma RM10 sahaja. Diulang. RM 10 sahaja. Jadi, korang jangan tertipu dengan harga kedai yang ambik upah mahal. Benda macam gini boleh belajar le.. (mintak mahap le bagi tetuan dan pepuan kedai jahitan manik ye..)



** bagi yang kaya raya dan duit tatau nk belanja kat mana tu, takpala nk hantar kedai punnn...






Habis cerita pasai manik.



Pagi tadi aku dan kawan-kawan yang dikasihi pegi ke Rawang. Pegi cari dan tengok rumah sewa. Hari tu dah dapat rumah dah. Tapi nape tah tiba2 owner tu tak jadi nak sewakan kat kami sbb kawan dia nk sewa rumah dia pulak! Tak senonoh betul la. Diulang. Tak senonoh peel macam gitu ok? Dah janji tapi tak tepati pulak. Takpelah cik akak.. Dah takde rezeki kami le tu...




Kami gerak dalam pukul 7.30 pagi dengan harapan jalan tak jem dan senang nak drive pagi2 kan.. Sudahnya, aku terbangun lewat pulak dalam pukul 7 gitu. Kira lewat le tu kan sbb cadangan asal nk gerak pukul 7 pagi. Lagipun aku tak gemar sangat kalo janji tapi lewat ni. sudahnya aku yg lewat! Alahai.. Kelam kabut le aku solat. Tak terjaga la.. Itule akibatnye tido lewat. (Padan muka aku kan? Kalo mak tau ni, sureee..... -takleh nk sambung. korang paham2 lee...). Tapi aku mandi le weiii..hehe..




7.30 pagi. Aku turun bawah dan tak sempat breakfast puns.. Sedih tau dahle mak incik perut jenis sensitif cam gini. Sampai sekarang aku merana disebabkan effect tak breakfast tadi.. iskkk...


Lihat gambar.

Kat bawah ni le bakal sekolah aku. Ambik dari depan bakal rumah sewa. Hah, lupa pulak nk bgtau tadi.. (Asyik bebel je sampai kang aku lupa motif... ekeke..) Kami dah dapat rumah sewa. Terima kasih ye Abang Aziz dan Kak Zati. Bayaran sewa cuma RM280 sebulan, rumah lot tepi, air cond, 3 bilik 2 bilik air. Ok le tu... Alhamdulillah.




** Aku tak ambik gambar bakal rumah sbb perut meragam**






Dalam pukul 11.30 pagi gitu. Kami pun balik le. Dah tengahari kan.. Kami singgah di KKB untuk makan. Perut aku dah cukup menderita baru le jumpa makanan dan minuman. Nasib baik dalam keta tadi Ain bawak bekal sandwich. Terima kasih ye Ain..



Tengah aku pening kepala pk pasal perut ni nk makan ape, Hafiz cakap kat aku. "Yati, Mee Kundur kat sini sedap. Cubalah rasa.." Aku pun.. "Ek?". Dalam hati, bukan tamau rasa Mee Kundur, tapi aku ni sensitif mee kuning tuh, perut aku ni cepat je detect kapur yang tak dicuci bersih dalam mee. Tapi takpala. Aku cuba rasa. Lagipun aku tak pernah pun dengar nama Mee Kundur sebelum ni, apatah lagi nk rasa. Jadi, aku pun order satu.. hehe.. Langgar pantang nampak?





"Macamana? Sedap?"


"Sedap. Hoho...Mintak mahap.. sy kalo dah mengadap ni tak hengat dunia dah.. Lapar sangat"



Tapi memang betul la sedap. Cukup rasa, bahan. Paling penting, banyak kuah. Harga cuma RM4.50. Sesape yang tak pernah rasa tu kalo tiba2 datang ke KKB, singgah le kat Dataran KKB, Gerai Mama Noor. Berbaloi. Tapi banyak le aku langgar pantang hari nih. Makan ikut dan je.. Siap minum ais. Hoho..

Gambar di bawah ni ialah Gerai Mama Noor. Sempat juge ambik gambar td walau tengah makan.. hehe..

Ok. Sekian.

** Kena tido awal nnti lewat bangun lagi daa..**

Bye2!!

5 comments:

KaSiH said...

cantikla naurah manik tu...akak pun suka jahit..skrg mmg tgh menjahit manik la ni...hehe...

Naurah said...

hehe..teruskan menjahit. Chayokk!!

ku tak sempurna said...

amboi... boleh ambik tempahan jahit manik ni :D

mmg la mereka amik upah mahal... bukan kos manik, tp kos upah... tak terbeliak mata tu nak siapkan satu2 jhtn.. :D

Naurah said...

hihik..tu la..betul tu akak..bg upah mata terbeliak.hehe..

cangguncamfesyen said...

salam..just nk bg pndpt.memg harga manik xsemahal mane.tp hasil kerja tangan yg jadikan die mahal.hanya org yg kreatif dn sabar je leh wat.2 la harga yg dibayar.kalo setakat byr harga manik je ade yg nk jahitkan??